Halaman

Khamis, Julai 10, 2008

Awas Najib! Serangan peribadi bermula

Sudah terang lagi bersuluh!..

Dato'Seri Najib (DSN) bakal menerajui kepimpinan negara sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Maka hari ini secara rasminya akan menjadi sasaran pihak yang tidak menyukainya khasnya pembangkang....

Kita telah lihat beberapa siri serangan peribadi pihak pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti DSN... seperti isu Attantuya, kaitan isu liwat Mohd Saiful, Isu scorpene dan Sukhoi dan lain-lain lagi.

Usul tidak percaya terhadap PM


Hari ini nampaknya banyak isu besar yang timbul. Terbaru usul tidak percaya Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri di pejabat Speaker Dewan Rakyat. Mengikut peraturan Parlimen, notis 24 jam diperlukan untuk mengemukakan usul tergempar.

Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menfaikan notis usul tergempar itu jam 3.45 petang tadi. Bagi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan membuat keputusan mengenai notis itu, Isnin ini

Nampaknya drama lebih besar akan berlaku.. DSAI terlalu 'desprate' untuk melepaskan diri beliau...

Tujuanya hanya satu buat rakyat sibuk untuk memikirkan pihak lain.. dan bukan dirinya..

Apa yang penting kita melihat adakah SAPP akan menyokong usul tidak percaya terhadap PM ini?

Sah bersara! PM umum Jun 2010 !

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Maksudnya, jawatan Presiden UMNO kemungkinan tidak akan ditandingi.. nampaknya kerusi panas ialah kerusi timbalan presiden..... dan ura-ura mengatakan Pak Lah mungkin mengishtiharkan kerusi timbalan tidak dipertandingkan...

Cuma apa yang ditunggu ialahn adakah Tun Dr Mahathir akan kembali kepada pangkuan UMNO!...

DAP Perak takut ke?

Nampaknya amaran Dato' Seri Tajol Rosli memberi kebimbangan besar kepada DAP Perak..

Hari ini dilaporkan DAP Perak membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pada satu majlis tertutup di sini Sabtu lepas yang mendakwa pakatan pembangkang Perak akan tumbang sebelum atau pada 31 Ogos ini.


Kata Rakyat : Nampaknya DAP sudah takut.... Sepatutnya DAP menyiasat siapa YB DAP yang akan melompat ataupun adakan skuad pengintip... PAS Perak amat memalukan dan bacul, macam lembu ditarik hidungnya..

Gagal debat- letak jawatan

Menteri penerangan hari ini berkata sekiranya beliau gagal, beliau serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan masa depan (sebagai menteri) katanya ketika diminta mengulas kenyataannya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai perkara itu semalam.

Jadi mr Anwar!... apa lagi...

Dato' Ahmad Shebery Cheek nampaknya sudah menyenseng lengan baju...

Lawan tetap lawan Dato'....