Halaman

Jumaat, Januari 23, 2009

TIBA MASANYA POLITIK WANG DIBERSIHKAN


Ada yang setuju dan mungkin ada juga yang setuju....

Ini semua berkaitan laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan ramai ahli UMNO yang didakwa dan direman oleh SPRM kerana politik wang dengan kata lain rasuah politik.

Yang bersetuju akan mengatakan inilah jalan terbaik untuk mengatasi politik wang. Namun bagi yang tidak bersetuju pasti akan berkata "apa guna menteri gaji besar, projek berjuta-juta, setakat hendak campak sepuluh, dua puluh sen pun berkira", "buat apa nak undi A, tak ada apa-apa pun"..  semua  kenyataan ini memang biasa didengar oleh perwakilan... sehingga yang PUTERI pun yang baru setahun jagung mengenal politik, ada yang mula pandai berjinak-jinak dengan politik wang...

Namun jika difikirkan, apakah jalan baik yang terbaik untuk membenteras politik wang ini yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim suatu masa dahulu sehingga menjadi 'trend' yang kini berterusan. 

UMNO patut menjadi wadah yang relevan bagi orang Melayu sehingga bila-bila. Oleh itu, jika ahli UMNO itu seorang pejuang maka dia akan relevan sampai bila-bila, namun jika ahli UMNO itu seorang mata duitan dan oppurtunis maka nescaya mereka pasti tenggelam.

Rasulullah SAW pernah bersbda "sesungguhnya sesuatu amalan itu bermula dengan niat dan sesuatu perkara itu dilakukan bermula dengan apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijarah demi Allah dan Rasulnya, maka Hijrahnya itu akan kembali kepada Allah dan Rasulnya, tetapi jika Hijrah semata-mata untuk urusan dunia dan wanita untuk dinikahi, maka Hijrahnya ke atas apa yang diniatkan" maka niat sesoranglah yang akan menentu segala.

Tidak kiralah sesiapa yang besar mahupun yang kecil, yang tinggi mahupun yang rendah dan sesiapa yang benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara maka tidak boleh tidak politik wang ini mestilah ditangani. Sesiapa yang ikhlas dan jujur hendaklah laporkan kes politik wang ini.

Apa yang penting kita tidak mahu UMNO dihancurkan oleh mereka yang berkepentingan, jadi tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) amatlah tepat, jika tiada cara lagi untuk tangani isu politik wang di dalam UMNO.

Namun padangan ini jika dilihat ianya hanya idealistik semata-mata, bukan realistik yang sepenuhnya. Memang sukar untuk diatasi, namun jika azam dan iltizam yang kuat pasti sesuatu yang sukar manapun pasti dapat diatasi.