Halaman

Khamis, Mac 26, 2009

Tabik spring buat mukhriz!!!

Inilah seorang pejuang yang berjiwa besar, tidak pernah kenal erti kecewa..... bahkan sentiasa mahu memberi sumbangan yang berertai buat parti dan bangsa.

Ditanya adakah beliau akan bersuara dan menegur jika kepimpinan baru parti melakukan kesilapan, sepertimana dilakukannya sebelum ini, pemimpin muda itu berkata: “sudah tentu”.

“Jangan kerana ada peralihan kuasa maka saya akan berdiam diri. Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) tahu,itu sifat saya.

“Saya akan tegur bukan kerana tidak suka tapi untuk kebaikan parti dan rakyat,” kata Mukhriz yang mengenakan baju Melayu merah dengan mafela Palestin di atas bahunya yang menjadi “ciri” pemimpin muda itu selama ini.

“Saya tetap akan menyumbang kepada parti, walaupun tiada jawatan,” kata anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Bernama ketika melawat bilik operasi agensi berita itu yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mukhriz masih muda dan mempunyai masa yang panjang... dan kekalahan ini bukan bererti karier politiknya akan berakhir... masa akan menentukan...

Mahu larikan diri: SPRM tahan ADUN PKR

Kantoi!.. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

ADUN PKR tersebut dikatakan ditahan pegawai imegresen ketika mahu larikan diri ke Singapura.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan timbalan I ketua menteri Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Syukri Abdul berkata Mohammad Fairus Khairuddin dikesan di kompleks imigresen Johor malam tadi sebelum dibawa ke pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan.

"Rakaman percakapan Mohammad Fairus direkodkan pagi ini," kata Syukri kepada Bernama hari ini.

"Usaha mengesan beliau dibuat sejak 19 Mac lepas berhubung dakwaan kes itu."

MB lanjutkan cuti eli - membazir wang rakyat!

Kerajaan PKR negeri Selangor memutuskan untuk terus melanjutkan cuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga 15 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan keputusan mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan diputuskan sebaik sahaja tempoh lanjutan cuti itu berakhir.

''Keputusan ini diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini.

''Keputusan ini wajar memandangkan siasatan polis masih belum selesai dan ia juga telah mengambil kira perbincangan antara antara beliau dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu pada minggu lalu...

Adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk melanjutkan cuti isu Elizabeth bogel ini. Isu penyebaran gambar bogel dan tindakan yang tidak bermoral adalah isu yang bertentangan...
Isu moral di sini sangat jelas, dan tidak perlu untuk siasatan polis lagipun Eli telah mengaku bahawa gambar bogel ini adalah diri beliau.

Tindakan melanjutkan cuti ini hanya membazir wang rakyat, yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang lain apatah lagi jika cuti ini ditaja oleh kerajaan negeri.

Wanita, Pemuda dan Puteri! masa untuk bersatu hati dan bekerja keras

Maka pada malam ini rasmilah keputusan pertandingan sayap UMNO pada Persidangan Agung UMNO 2009.

Memang lumrah dan adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang kalah perlu berjiwa besar untuk bersama-sama bekerja kuat untuk UMNO manakala yang menang pula di bahunya terpikul tanggungjawab besar untuk dilaksan dan dijayakannya dengan sempurna.

Maka jangan dibawa perasaan emosi dan gundah gelana yang berpanjangan.. kepada Tan Sri Rafidah, Mukhriz Mahathir, Dato' Seri Khir Toyo , Datin Ismalina Ismail, Shahaniza Shamsudin, Ida Rahayu, Saarah dan Bibi Sharliza terima kasih semua di atas sumbangan yang telah diberikan. Jangan serik untuk terus memberi sumbangan kepada UMNO, Melayu dan Islam selagi hayat dikandung badan.

Kepada yang menang Dato' Seri Shahrizat, Khairi Jalalluddin dan Datuk Rosnah Abd Rashid, jangan bangga diri. Pikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. UMNO perlukan tranformasi untuk diremajakan kembali, memberi nafas baru yang segar pendekatan, strategi dan program kepada rakyat Malaysia dan memberi khidmat kepada agama, bangsa dan negara dengan penuh ikhlas tanpa mengira masa dan tenaga.

Kembalilah bertaut dan bersatu, mulalah bekerja keras untuk UMNO mendapat segala keyakinan kembali dari semua lapisan rakyat.

Ayuh jangan toleh lagi ke belakang dihadapan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan!