Halaman

Ahad, April 05, 2009

Ayat Al-Quran dipersenda! dimana maruah kita!



Inilah adalah isu kesucian Islam.. bukan masalah dia akan dapat hidayat atau sebagainya!

Sedangkan umat Islam sendiri jika hendak membaca ayat Quran hendaklah dalam keadaan suci dan baca dengan hukum Tajwid!



Inikan pula si kafir harbi... jika nak kata mandi wajib tentu jauh sekali... apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah!

Adakah umat Islam akn terus membiarkan ayat Al-Quran akan terus dipersenda, dimainkan dan dihina!

Tolaklah mereka yang telah bersekongkol mencemarkan Islam! Tolak lah PAS!

Calon Pas bukan pilihan pengundi Melayu

Melalui pemerhatian yang dibuat di blog-blog pembangkang, semuanya mengakui melalui survey risikan yang mereka buat, menunjukkan 60 % pengundi Melayu masih cenderung kepada BN/ UMNO berbanding bakinya antara 40-45% memberi sokongan kepada PAS.

Namun mereka masih rasa berbangga kerana mengharapkan sokongan kaum Cina dan India sebanyak 70 % kepada mereka. Namun mengikut maklumat terkini terdapat sedikit angin perubahan sokongan terhadap BN berlaku kepada kaum Cina iaitu meningkat kepada lebih 40%. Manakala bagi kaum India juga terdapat perubahan ketara kepada lebih 40%. Khasnya Apabila DS Najib membabaskan 13 tahanan ISA.

PAS sekarang masih berharap kepada undi kaum Cina dan India dan mengharapkan janji mereka mereka untuk mengundi PAS, apatah lagi terdapat berita yang mengatakan PAS sudah membayar sebanyak RM 100 hingga RM 500 bagi memastikan kaum Cina dan India mengundi mereka.

Namun apa maknanya bagi PAS sebagai parti yang berteraskan orang Melayu tetapi tidak mendapat undi majoriti orang Melayu. Adakah PAS relevan kepada orang Melayu atau tidak... Namun sebagaimana diketahui sokongan kaum Cina dan India ada kaitan dengan sokongan DAP. Jika tiada sokongan DAP maka kesimpulannya PAS akan kalah. Sekarang kita mengetahui dengan jelas kenapa PAS sanggup menjadi pencacai DAP demi untuk mendapatkan undi bukan Melayu semata-mata.

PAS kini membangun bersama DAP dan bukan lagi membangun bersama Islam!

27 sebab kenapa perlu tolak calon PAS!

Panduan kepada semua pengundi P.059 Bukit Gantang


Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?

1. Calon PAS bukan anak tempatan

2. Calon PAS seorang jutawan hasil projek BN

3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon

4. Jika calon PAS menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk

5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu

6. Calon PAS meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.

7. PAS boneka kepada DAP

8. PAS gagal membela rakyat

9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka

10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009

11. Calon PAS adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)

12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong

13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS

14. PAS pembohong dan tidak menepati janji

15. Calon PAS mohon derhaka kepada Sultan Perak

16. Calon PAS enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak

17. PAS menganjurkan politik ganas!

18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak kerana mohon taat kepada Sultan

19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah

20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah

21. PAS tidak mampu membawa pembangunan

22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik

23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September

24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.

25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk

26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.

27. PAS tidak memperjuangkan hudud kerana takut kepada DAP

28. Kalau ada lagi yang mahu ditambah ... disilakan!

Anwar menipu lagi!

SUNGAI PETANI, 5 April (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah hari ini menafikan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebanyak 6,000 ahlinya telah menyertai PKR.

Gambar belakang : tak ramai rupanya


Gambar depan... macam ramai orang


Timbalan Pengerusi PPP Kedah K.Vadi Vellu berkata dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah kerana kesemua 9,000 ahli PPP dari seluruh negeri Kedah masih setia dan aktif dalam jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Naib presiden PPP sertai PKR
Abdul Rahim Sabri | Apr 4, 09 11:22pm

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

nagarajan joining pkr 050409Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.


Vadi Vellu yang juga Ketua PPP Bahagian Merbok berkata tindakan bekas pengerusi PPP Kedah Datuk M.Nadarajan bersama-sama lima anggota parti yang telah dipecat kerana masalah disiplin yang menyertai PKR tidak akan menjejaskan parti.

Nadarajan yang digugurkan daripada jawatannya oleh presiden PPP Datuk M. Kayveas merupakan seorang yang oportunis, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"PKR mengambil (Nadarajan dan) lima bekas ahli PPP yang bermasalah dan itu tidak mendatangkan masalah kepada PPP kerana kami ada lebih 9,000 ahli lagi," katanya.

Semalam, Anwar dalam ceramahnya mengumumkan kononnya sebanyak 6,000 ahli PPP telah menyertai PKR yang diketuai oleh Nadarajan.

Anwar menipu lagi
Rakyat ditipu Anwar lagi
Pakatan rakyat memang kaki tipu

laungkan slogan ini:
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... 
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... 
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!...

Pas terus membeli pengundi Bukit Gantang!


Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... tedapat maklumat terkini bahawa Pas kini terus membeli undi melalui perayu undi mereka.

Menurut pengundi, Pas kini semakin berleluasa memberikan wang kepada pengundi atau rasuah atau politik wang ataupun istilah untuk menghalalkan tindakan mereka ialah derma.

Terbaru, pengundi Melayu dan India di Ayer Terjun mengatakan mereka telah diberikan RM 100 oleh jentera PAS. Selain itu jentera PAS hari ini dilihat sedang memberikan toto dari rumah ke rumah di Peti Undi Ayer Terjun.

Manakala di Batu Hampar pula menawarkan RM 100 kepada pengundi jika mereka menaiki kenderaan mereka ketika hari pengundian.


Rasanya eloklah selepas ni anggota SPRM boleh naik kereta perayu undi Pas ataupun ikut sekali perayu undi Pakatan Rakyat. Begitulah kejinya Pakatan Rakyat ini, mengatakan orang kotor tetapi mereka sendiri terpalit dengan 'taik' di badan mereka.

Pas sedang mengedarkan risalah kempen fitnah mereka dan memberikan dadih kepada pengundi didalam perkarangan Masjid Trong pada hari jumaat yang lalu.

Mereka mengatakan UMNO dan BN rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah dan politik wang dan mereka sendiri membeli pengundi.

Tolaklah mereka yang hipokrit
Tolaklah mereka cakap tak serupa bikin
Tolaklah mereka pengamal rasuah 
Tolaklah Pakatan Rakyat 
Tolaklah calon PAS...
Tolaklah mereka yang menggadai bangsa!



Mesej Dato' Seri Najib

Selepas membuat ucaptama 1 Malaysia, pengumuman tergempar mengenai penarikan 2 larangan akhbar parti PAS da PKR, pembebasan 13 orang tahanan ISA dan hari ini beliau sendiri 'turun padang' secara mengejut untuk bertemu rakyat apakah sebenarnya mesej yang hendak disampaikan oleh DS Najib.

Ada pihak yang mengeluarkan reaksi yang positif dan ada juga pihak yang sebaliknya. Apa yang Najib hendak sampaikan ialah harapan, rintihan, padangan dan kepentigan rakyat Malaysia boleh disandarkan kepada kerajaan yang sedia ada, iaitu kerajaan BN yang ditonjangi oleh UMNO.

Mesej kepada rakyat, tindakan DS Najib ialah sebenarnya apa yang hati naluri sebahagian rakyat Malaysia tidak kira samada yang bersama kerajaan mahupun yang menentang kerajaan. Bahawa kerajaan kini mula berubah dan sedang menjalani proses tranformasi bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Bahawa rakyat kini tidak lagi mempunyai jurang antara pemimpin dan rakyat, Rakyat boleh menyampaikan terus pandangan, rintihan serta masalah mereka secara terus khasnya kepada DS Najib sendiri. Apatah lagi beliau kini telah mempunyai laman web atau blognya sendiri yang meliputi program dan interaksi bersama rakyat melalui 1 Malaysia (http://www.1malaysia.com.my).

Mesej kepada pemimpin BN pula ialah, mereka perlu 'perform' untuk melaksanakan perubahan dan menjadi penggerak kepada tranformasi yang perlu dijadikan. cara kerja mereka perlu berubah dan mereka sendiri perlu turun ke akar umbi untuk melihat dan mendengar sendiri masalah dan padangan rakyat. Mereka tidak boleh lagi menjadi pemimpin politik tetapi hanyan tinggal di 'pejabat' semata-mata. Mereka perlu turun ke akar umbi dan menyelesaikan masalah rakyat. Mereka perlulah bekerja keras untuk rakyat dan membawa perubahan kepada rakyat supaya mereka menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Mesej kepada pembangkang ialah apa yang diminta oleh rakyat akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan jadi pembangkang tidak perlu mengambil kesempatan ke atas perkara seperti ini. Isu-isu yang dimainkan oleh mereka akan dikurangkan sekurang-kurangnya.... sehinggalah mereka tidak punyai isu dan mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap isu yang mereka timbulkan.

Hakikatnya banyak perkara yang DS najib telah tunjukkan sebagai 'hint' kepada rakyat Malaysia. Namun apa yang beliau perlukan ialah kerjasama daripada rakyat untuk menjayakan apa yang beliau hasratkan.

Poster PAS semakin menyeleweng!


Sudah cukup hukum Islam diubah-ubah mengikut kepentingan parti!

Ubahlah sebelum agama Islam terus didagangkan!