Halaman
Khamis, Jun 11, 2009
Jangan pertikai kedaulatan Yang di-Pertuan Agong: Sultan Perak
Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, serta dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.
"Persetujuan tersebut sudah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu," titahnya pada perasmian Majlis Wacana Ilmu di Institut Tadbiran Islam Perak di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
"Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang sudah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka," titah Baginda.
Sultan Azlan bertitah, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.
Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.
"Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titahnya.
Baginda bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warga negara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.
Sultan Azlan bertitah, manusia biasanya dapat berfikir dengan rasional jika asas pertimbangan sentiasa didasarkan kepada ilmu pada sesuatu peristiwa yang ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.
Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan emosi yang dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku, titah Baginda.
"Ilmu menjadi bernilai jika yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi.
“Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi," titahnya.
"Lima puluh tahun yang lalu ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan profesional, kesopanan dan kesusilaan adalah sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, adalah komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, adalah elemen penting untuk mewujudkan kestabilan," titah Sultan Azlan Shah.
Baginda bertitah, negara sudah memiliki bilangan cerdik pandai dan profesional yang jauh lebih ramai namun ia mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara.
Titahnya, aspek kesopanan dan kesusilaan juga bagaikan tidak diutamakan lagi walaupun institusi ilmu tumbuh bercambah pada hari ini.
"Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian, atau kemungkinan berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titahnya.
Sultan Azlan bertitah, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.
"Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terbabit dengan aktiviti keilmuan," titah Baginda. - Bernama
Nik Aziz semakin nyayuk, Hadi dituduh 'boneka UMNO'
Malaysia Kini :
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.
"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas. Nik Aziz berkata "Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,"
"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya. Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.
"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas, tapi orang tertentu dalam Pas, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya.
PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS - PAS Tak de telur ka?
Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".
Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.
Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.
Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda".
"Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.
Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu.
Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu.
"Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.
Perpecahan terburuk PAS dan Anwar tersenyum kegirangan!
Stopa tu pandai pasang jarum mainkan benda ni.. sampai semua kaki ulamak
terikut-ikut rentak, kononnya nak jaga melayu-islam. Nampak sangat kebodohan. Label Husam pro anwar dan anti ulamak gedebab gedebub macam-macam. Tujuannya hanya satu.. biar dua orang yang dalam poket dia ni,
H1H2 menang dulu. Harakah, Siasah (MSO) bawah dia dan akhbar-akhbar UMNO geng dia jugak, jadi sama-sama main peranan, kocak sana kocak sini untuk menjayakan agenda tersembunyi.Skrang bila tajaan dia dah dapat kerusi pandai pulak kata UG tu brake dulu.. Nampak sangat lidah bercabang puak ni. Ni belum habis lagi ada banyak lagi episod perancangan puak Trojan UMNO..Kesian yang kena tunggang kat dia ialah puak2 ulamak. Janji dapat kuasa.. cop mohor dan bendera hijau. Lantak pi pengundi-pengundi PAS!
Cuba kita renung kat hati nuraini kita.. dalam ramai-ramai pimpinan PAS tu sapa yang paling hudoh dan tak nampak cahaya nur sedikit pun kat wajah, walaupun kadang-kadang dia cuba pakai jubah? Memang tadak hadiah pun kalau betul sebab jawapannya senang sangat bagi orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan..Tak percaya tanya tok guru.
Anwar Hanya tersenyum kegirangan...
KAH KAH KAH..kah kah kah… SATU LAGI MEMBANTAH… ULAMA KENA BELASAH...
kah kah kah…kah kah kah… APA PUNYA JENIS PAKATAN NI…. kah kah kah…kah kah kah…
ANWAR SENYUM…. kah kah kah..kah kah kah…
INI PAKATAN MERAPU …kah kah kah..woit.. PASAL APA TAKUT DENGAN UMNOKah kah…woit… BUKAN MADEY NAK BELAJAR…. kah kah kah...
Pinjam dari blog Tukar Tiub!
PR resah kesatuan Parti Melayu dan Parti Islam
Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya
KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.
Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.
"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. "