Halaman
Selasa, Jun 30, 2009
Tuan Guru bukan Maksum!
Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak sewajarnya mencerca Nik Aziz kerana kedudukan Nik Aziz kini bertaraf Tuan Guru dan soal politik yang mengaitkan Nik Aziz tidak seharusnya di jadikan mainan media.
Tuan guru bukanlah maksum apatah lagi N.Ajis ialah ularmak politik... bukanlah ulamak Islam tulen... Ulama Islam yang tulen kenal yang hak dan yang batil.. yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram!.. bukan macam N.Ajis yang haram dihalalkan..
PAS patut debat dengan DAP dan PKR dahulu- kenapa Perosak Rakyat tolak Islam!
BISIK-BISIK
DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya berkeras mahu menghantar surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengajak berdebat.
Apakah motifnya setelah beliau secara lantang menentang gagasan kerajaan perpaduan yang ideanya dicetuskan sendiri oleh pimpinan Pas.
Bagi Awang, Nik Abdul Aziz perlu pandai membaca pendapat umum iaitu rata-rata sama ada di dalam UMNO mahupun cerdik pandai atas kapasiti berkecuali mendesak supaya UMNO tidak melayan pelawaannya kerana ia hanya membuang masa.
Lagipun, selaku orang yang dikaitkan sebagai Tok Guru, Nik Abdul Aziz sudah tentu lebih maklum bahawa dalam Islam perbincangan atau muzakarah lebih diutamakan daripada perdebatan terbuka.
Melihat kepada struktur gabungan parti-parti politik pembangkang sekarang, adalah lebih logik bagi Nik Abdul Aziz, selaku pemimpin Pas, berdebat dengan sekutunya terlebih dahulu iaitu DAP kerana Awang percaya terlalu banyak perbezaan ideologi antara Pas dan DAP. Antaranya perkara yang boleh ditumpukan ialah isu negara Islam.
Bagi Awang, Nik Abdul Aziz perlu bereskan terlebih dahulu perkara- perkara dalam pakatan pembangkang sebelum menyatakan minat untuk berdebat dengan pihak lain.
Awang – Cukup faham.
Debat jalan terakhir, inilah alasan paling bodoh yang pernah aku dengar dari seorang Ularmak PAS. Jika ini jalan terakhir mestinya sebelum itu ada jalan yang lain... cubalah N.AJis terangkan satu persatu jalan yang lain!
PAS telah kehabisan modal, jika dahulu UMNO ajak berbincang PAS tak nak, kenapa pula kali ini PAS ajak berdebat UMNO perlu ikut. Sedang perbinacngan ialah amalan syura yang sebenar!....
Dakwaan PAS Umno kini gelabah dengan pelawaan N.Ajis untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.
"Cumakan lebih baik jika N.Ajis ajak DAP dan PKR berdebat tentang tajuk mengapa Pakatan Rakyat tolak Islam. Jika Pakatan Rakyat telah sepakat tentang isu Islam barulah PAS dan UMNO boleh berdebat! "
Sebab isu Islam dalam Pakatan Rakyat pun tidak selesai, maka selesaikan dahulu dalam Pakatan Rakyat... barulah dengan UMNO!