Halaman

Khamis, Ogos 13, 2009

Syabas Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bercakap benar

"Lucut Kerakyatan" itulah nada tegas Mufti Perak ini terhadap pihak yang menghina Intitusi Raja. Nada beliau itu susulan kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria pasti sekali lagi akan menjadi mangsa penghinaan pihak yang tidak berpuas hati atas kenyataan beliau.. yang pastinya tertumpu kepada 2 perkara iaitu:

1. Kenyataannya kepada penghina Institusi Raja pasti akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan dilabel sebagi perkauman.

2. Bagi pihak menyokong Nik Aziz pula akan menyerang peribadi Mufti Perak ini seperti Blog Malaysiawave.

Tahniah kepada Tan Sri Harussani Zakaria kerana beliau merupakah satu-satunya ulama dan mufti yang berani bercakap benar... samada kepada Kerajaan mahupun Pembangkang...

Nik Aziz - DAP boleh menghina Islam


Selepas ni boleh lah ramai lagi orang bukan Islam boleh hina Islam atas alasan kurang kefahaman. Begitulah juga sebaliknya orang Islam pun boleh hina agama lain kerana kurang kefahaman merupakan sesuatu yang diizinkan Nik Aziz.

Jika kurang kefahaman diambil ukuran bolehlah manusia ni melanggar undang-undang kerana kurang kefahaman, bolehlah manusia ni buat maksiat kerana kurang kefahaman. Adakah kurang kefahaman satu alasan yang wajar... apakah kurang kefahaman sesuatau menjadi ukuran untuk agama dan undang-undang.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat. Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. -

Nik aziz terlupa masa dia serang batang tubuh Nasarudin Mat Esa.. Nik Azik pun lupa DAP kata langkah mayat aku untuk tubuh negara Islam.. agaknya berapa banyak wacana PAS dan DAP dah buat untuk kefahaman Islam.. adakah orang seperti Ronnie Liew, Jeef Ooi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh masih kurang kefahaman tentang Islam.

Nik Aziz terlupa tindakan Ronnie Liew halang penguatkuasa rampas arak atas arahan EXCO sehingga arak boleh dijual dimana-mana ikut suka hati peniaga!. Bukan setakat itu pula DAP dengan angkuh tidak akan menarik balik kenyataannya menghina Islam. Ulama PAS Nik Aziz pula sokong.... apa jenis umat Islam ni menyokong pihak menghina Islam...

Adakah hukum menghina Islam berdasarkan pihak yang menghina... jika sekutu kita hina Islam tak pa... tetapi jika bukan sekutu tak boleh?... apakah jenis hukum yang memilih-milih ini. Bagaimana Islam boleh dilihat sebagai agama yang membawa keadilan jika hukumnya boleh dipilih-pilih.

Patutpun Hudud PAS Kelantan dan Terengganu ditolak jika inilah yang dinamakan Hukum Islam. Tiada keadilan, diskriminasi, kabur.. Jahanam jika Islam dipimpin manusia sebegini...

Orang Melayu dan Islam patut malu kerana ada pemimpin bergelar 'ulama' yang kini menjual Islam.