Halaman

Khamis, Oktober 15, 2009

Jumpa Chin Peng - Bukti Pakatan Rakyat bertuankan Komunis

Walaupun Chin Peng jauh di Bangkok terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sanggup membuat kejutan hari jadi Chin Peng kerana bertuankan kepada komunis ini.

Terdapat laporan dari blogger Pisau menyatakan pada 12/10/09 Ngeh Khor Ham dan M.Kulasegaran bersama 2 orang peguam pakatan haprak telah berlepas melalui lapangan terbang bayan lepas ke bangkok untuk menemui Chin Peng,bekas pemimpin parti komunis malaya. Urusan dipercayai ada usaha untuk membawa pulang dan menetap di malaysia.

Aku sebenarnya pelik kerana tiba-tiba ada laporan dari Malaysian Insider tentang kejutan sambutan hari jadi Chin Peng dari rakan-rakan tetapi tidak disebut siapa rakan-rakan mereka. Biasalah... secara logik takkan rakan dari BN kot.... kalu pembangkang logiklah kan..

Ini semua menunjukkan Pakatan Rakyat masih bertuankan komunis... walaupun komunis sudah berkubur tetapi idealisme komunis tetap subur dalam hati Pakatan Rakyatkhasnya DAP. Idea membuang hak Istimewa orang Melayu, menghapus Institusi raja dan Malaysian Malaysia yang dibawa Pakatan Rakyat jelas cenderong kepada Komunis sejak dahulu lagi.

Sebenarnya Pakatan Rakyat ialah ancaman sebenar kepada keselamatan rakyat Malaysia sebab mereka telah menimbulkan perlbagai huru-hara seperti demonstrasi haram, insiden gaduh di Pilihanraya Kecil dan banyak lagi. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa komunis ini dan anak buahnya (Pakatan Rakyat) telah banyak membunuh orang Melayu zaman darurat dahulu... mereka ini perlu ditolak kerana dosa mereka membunuh pejuang tanah ini.

UMNO lakukan perubahan, PAS pula yang sakit hati

Sebentar tadi maka sahlah pindaan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO di PWTC. Ianya membabitkan 7 pindaan iaitu:

Tujuh pindaan Perlembagaan Umno itu ialah :

Pindaan 1. Perluasan jumlah pemilih perwakilan. 146,000 akan terbabit dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT).
Pindaan 2. Sistem kuota pemilihan dihapuskan.
Pindaan 3. Tambahan satu wakil Wanita di peringat MT, Bahagian dan cawangan.
Pindaan 4. Pemilihan bahagian diadakan serentak.
Pindaan 5. Yuran tahunan dihapus, diganti yuran seumur hidup. RM2 bagi ahli baru.
Pindaan 6: Ketua-ketua sayap diberi kuasa untuk meluluskan permohonan ahli baru.
Pindaan 7. Taraf perwakilan kepada setiausaha bahagian secara automatik.

Usaha UMNO untuk berubah melihatkan parti ini jelas dan bersungguh-sungguh untuk berubah dan kesannya dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang lalu. Fokus UMNO pertamnya ialah rakyat... rakyat mesti didahulukan, keduanya segala imej yang buruk kepada UMNO perlu dihakis.. sebab itu pindaan perlembagaan... iaitu bagi memastikan aspirasi rakyat terhadap UMNO dapat diterjemahkan dalam tindakan yang serius oleh UMNO.

Namun perubahan ini disambut dengan perasaan cemburu, sakit hati, jeles, prasangka dan sebaginya semuanya perasaan yang dilarang oleh Islam... Islam menyuruh umatnya berbaik sangka dan Islam juga mensucikan hati... tapi Parti yang kononnya Islam ini membuat apa yang dilarang oleh Islam.

Harakahdaily melaporkan Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno! sebagai satu tajuk prasangka buruk yang dilarang oleh Islam. Mungkin inilah dia penyakit hati yang Islam tegah.. Sedangkan hadis Rasulullah SAW ada menyebut di dalam hati manusia ada seketul daging, jika daging ini baik maka baik manusia itu, jika daging ini rosak maka rosaklah manusia itu... apa dia iaitu hati... Jika inilah yang ditunjukkan oleh parti yang menggelar diri mereka sebagai Islam ianya sangat memalukan bangsa dan agama. Bagaimana seseorang yang kononnya alim bertindak bertentangan dengan kehendak agama.

Sepatutnya PAS mendoakan kebaikan perubahan dalam UMNO, itu baru dakwah yang sebenar. Sebab UMNO hendak berubah kepada yang lebih baik bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun apa yang penting, apabila kita membuat sesuatu mestilah jujur dan ikhlas demi Allah SWT bukan demi manusia atau PAS, PKR dan sebagainya. Barulah apa yang dibuat itu mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.

Syabas UMNO, apa yang penting ialah usaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal kepada Allah SWT.

Layak bertanding jika lepasi kelayakan minimum

Tiada kuota ditetapkan bagi bertanding jawatan tertinggi Umno, tetapi calon-calon masih perlu melepasi satu kelayakan minimum mengikut peringkat jawatan yang dipertandingkan.

Usul ini antara cadangan pindaan perlembagaan Umno yang akan dibentangkan hari ini.

Cadangan pindaan ini, menurut Presidennya Datuk Seri Najib Razak, telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi lewat malam tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, Najib berkata beliau telah mendengar penerangan dan penjelasan daripada pengerusi jawatankuasa pindaan usul Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Jelasnya lagi, kelayakan minima itu dicadangkan selepas mengambil kira maklumat dan cadangan balas selepas bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat perhubungan dan bahagian.

"Tak ada syarat, cuma kelayakan minimum sahaja. Misalnya kalau dia nak bertanding di peringkat bahagian, dia cuma perlu jadi ahli sahaja.

"Kalau dia bertanding di peringkat lebih tinggi , dia kena jadi ahli peringkat jawatankuasa bahagian (selama) satu penggal, ini termasuk (jawatan) yang dilantik. Ini yang paling minimum, tak lebih daripada itu. Ini termasuk jawatan presiden," katanya lagi.

Beliau turut berharap cadangan berkenaan akan diterima oleh perwakilan yang akan menentukan kaedah tersebut secara undian.

Katanya lagi, cadangan berkenaan juga akan dijelaskan oleh Hishammuddin kepada perwakilan hari ini.

"Kita akan kemukakan hujah-hujahnya dan besok (15 Okt) kita harap ia akan diterima oleh perhimpunan agung," katanya.

"Pindaan ini telah dikaji dengan begitu mendalam, kita pun dah bincang di peringkat perhubungan dan bahagian dan maklumat dan maklum balas yang kita telah terima.

"Cadangan balas pun dah diterima. Kita telah cuba rumuskan satu pakej yang terbaik untuk memenuhi beberapa tujuan perlembagaan kita dipinda.

"Lepas itu pecah kepada jawatankuasa peringkat usul perhimpunan peringkat jawatankuasa, dan kita kita bincang satu-satu fasal pindaannya," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam, Najib berkata, maklum balas yang diterima oleh MT memberi gambaran yang "sangat positif."

"Temanya adalah merapatkan barisan dan perpaduan dan juga pengukuhan parti, bagi memberi sokongan kepada pindaan perlembagaan parti dan juga dasar-dasar yang dilaksanakan," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Pakatan Rakyat Sarawak berkocak

Terdapat khabar angin yang mengatakan Pengerusi PKR Sarawak, Gabriel Adit akan meninggalkan parti tersebut. Ianya dikaitkan samada penubuhan parti baru atau melompat ke parti Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) iaitu menyertai Parti Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing.

Menurut laporan ianya beikutan rasa tidak puas hati Adit dengan kempimpinan PKR Pusat khasnya Mustafa Kamil Ayub. Namun apa yang kelakarnya ialah seperti biasa, PKR pasti akan menuduh BN yang bertanggungjawab terhadap hal ini.

Manurut laporan Malaysia Mirror yang diambil dari sumber PKR mengatakan kepada bahawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah menyetujui kesepakatan dengan Adit, yang diyakini akan menghadapi masalah-masalah peribadi termasuk hutang kewangan.
"Adit diberi tawaran yang baik untuk kembali kepada Barisan Nasional flip ditambah janji-janji bantuan lebih lanjut untuk dirinya sendiri dan para pengundi," kata sumber yang PKR.

Sebagaimana diketahui semuanya hanya tuduhan yang tidak berasas tanpa bukti dan inilah yang PKR sentiasa buat menuduh tanpa bukti.

Dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang tidak berapa lama lagi nampaknya krisis ini pasti akan melenyapkan peluang Pakatan Rakyat. Pastinya krisis ini menumbulkan tandatanya apakah sebenarnya berlaku dalam PKR dan Pakatan Rakyat di Sarawak. Tidak mungkin pokok bergoyang jika angin tidak bertiup.

Hakikatnya kita dapat merasakan terdapat masalah besar di peringkat dalaman PKR yang kita melihat pemimpin mereka sering tidak puas hati dan sering keluar baru-baru ini.. terdahulu pemimpin PKR di Kedah dan kini di Sarawak pula dan begitu juga di Sabah. Semuan ini menunjukkan sebenarnya PKR ialah sebuah parti yang bermasalah.

Sumber: Malaysian Mirror

BAGAN PINANG - PENGUNDI INDIA TIDAK YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT

By M.Perry


Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon BN, Tan Sri Isa Bin Abdul Samad menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N.31 Bagan Pinang , Negeri Sembilan dengan memperolehi 8013 undi berbanding dengan calon PAS, Zulkefly Mohamad Bin Omar yang memperolehi hanya 2578 undi. Tan Sri Isa dikatakan menang besar atau menakjubkan kerana memperolehi lebih besar majoriti iaitu 5435 undi berbanding dengan majoriti 2333 yang diperolehi oleh calon BN pada PRU12.

Pada PRU12, calon BN memperolehi 6430 undi .Manakala calon PAS mendapat 4097 undi.Ini jelas menunjukkan bahawa BN kini telah meningkatkan sokongannya sejumlah 1583 undi dan PAS pula mengalami kemerosotan 1519 undi. Calon BN ,Tan Sri Isa menguasai 75% sokongan pengundi Bagan Pinang berbanding dengan hanya 24 % yang dikuasai oleh calon PAS. Keputusan ini jelas menunjukkan BN masih gagah dalam mempertahankan kerusi N.31 Bagan Pinang, malah menyebabkan malapetaka kepada impian PAS untuk menguasai kerusi ini dan seterusnya bertapak di Negeri Sembilan.

Pelbagai sebab-menyebab digariskan oleh penganalisis politik bagi kemenangan besar calon BN. Namun, peningkatan sokongan pengundi India dan Cina kepada calon BN, Tan Sri Isa, adalah antara sebab utama yang menyebabkan kemenangan besar BN.

Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi India didapati menolak samasekali dakwaan –dakwaan yang dimajukan oleh Pakatan Rakyat atau PAS terhadap BN.Malah pengundi India jelas menunjukkan sikap tidak berkenan dengan dasar dan pendirian Pakatan Rakyat dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kaum India sejak PRU12.

Isu Kampong Buah Pala (Pulau Pinang) yang dibangkitkan oleh petugas-petugas BN didapati lebih mempengaruhi pengundi India berbanding dengan isu ‘kepala lembu’, Isu ‘Kuhan’ dan Isu Kuil di Sek23 (Shah Alam, Selangor) . Kegagalan PAS , PKR dan DAP dalam mempertahankan kepentingan kaum India seperti diharapkan dan janjikan oleh PR dalam PRU 12 juga menimbulkan perasaan kecewa dan tidak yakin dikalangan sebahagian besar pengundi India Bagan Pinang terhadap calon PR atau PAS.

Sebaliknya, selain daripada populariti calon BN , Tan Sri Isa, dikalangan pengundi bukan Melayu, kempen BN yang berlandaskan konsep 1 Malaysia juga dikesan berjaya menguasai pemikiran dan jiwa sebahagian besar pengundi India di Bagan Pinang. Keiklasan, kesanggupan dan komitmen yang dipamirkan oleh YAB Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri, dalam membantu komuniti India didapati bukan sahaja kaum India yakin terhadap kepimpinan beliau malah mempengaruhi minda mereka memihak BN dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi India percaya bahawa Najib bersungguh-sungguh dalam membantu kaum India dan bukan retorik politik.

Peningkatan sokongan kaum India kepada BN jelas menunjukkan bahawa pengundi India yang merajuk dengan BN kerana terguris hati akibat peristiwa roboh kuil menjelang PRU12 mula kembali menyokong BN. Sekiranya trend ini diteruskan maka negeri-negeri yang ditawan oleh PR dalam PRU 12 kerana mendapat sokongan pengundi India akan jatuh kepada BN dalam PRU13. BN didapati telah besedia menggasak PR untuk menebus imej yang terhakis dalam PRU12. Rakyat Malaysia kini menunggu fenomena ‘tsumani politik’ yang dijangka akan menghilangkan Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia pada PRU13.

Sumber: Wira Malaysia