Halaman

Selasa, Oktober 27, 2009

Dunia 'Cyber' bukan lagi milik PAS!

Dunia sudah berubah, UMNO kini bukan di tahap difensif lagi seperti dahulu.. jika dahulu tiada sesiapa yang menjawab isu-isu yang dilontarkan pembangkang dalam dunia cyber... tetapi kini bukan setakat menjawab isu-isu yang dimainkan bahkan menyerang dengan isu-isu baru yang lain.

Kini hakikatnya media UMNO sudah menyaingi media PAS... tetapi mereka ini bukanlah seperti yang didakwa pembangkang.. iaitu penulis upahan UMNO... mereka ini menulis dengan hati yang jujur dan ikhlas apatah lagi mereka mula sedar dengan pembohongan Pakatan Pembangkang yang mahu menjual Hak Istimewa orang Melayu dan Islam kepada DAP Komunis.... ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dengan apa cara sekali pun... kerana negara ini adalah tanah Melayu dahulu, kini dan selamanya... yang hidup aman tenteram berkongsi dengan penduduk bukan Melayu berzaman lamanya.

Blogger ini ialah sebenarnya pejuang Melayu dan Islam sejati di dunia cyber yang menulis dengan ikhslas untuk mempertahankan maruah agama Islam, Bangsa Melayu dan Bumi Malaysia... mereka bukanlah bloggers upahan.. jika mereka bloggers upahan gelombang kesedaran ini tidak mungkin berlaku... dan kini ramai lagi muncul blogger-blogger baru yang turut menyumbang idea dan pendapat mengenai isu-isu semasa... ramai orang muda mula sedar tentang sejarah mereka.

PAS pula sekarang merasai bahang perkembangan dunia Cyber ini... dunia cyber kini bukan lagi milik PAS... seperti laporan dibawah (baca di sini):

"Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah."

Namun ulasan yang berlaku dalam PAS oleh bloggers pro Melayu dan islam ini adalah berdasarkan kenyataan dan ulasan oleh pemimpin Pas sendiri bukanlah mereka mengada-adakan cerita seperti didakwa. Semua catatan 'posting' pasti akan ada sumber rujukan sebagai bukti sokongan.

Hakikatnya PAS tidak boleh menolak kebenaran, sebagaimana yang ditulis albanjari.. penulis blog bukanlah goblok.. Kepalsuan pasti akan di ketahui rakyat suatu hari nanti..

Tahniah kepada semua blogger-blogger yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.. khasnya kepada BPN dan kumpulan penyokongnya yang bergerak sabagai satu saf yang kukuh... memegang panji bangsa dan agama melawan pengkhianat dan penderhaka.. moga dengan hati yang tulus... perjuangan ini diberkati oleh Allah SWT..

Pemilihan Mustafa Kamil Ayub sebagai Pengerusi PKR Perak dipertikaikan

Baru sahaja perubahan kepimpinan pengerusi PKR negeri-negeri namun sudah kedengaran keluhan tidak puas hati dari pihak-pihak tertentu dalam PKR... Apakah signifikannya perubahan kepimpinan PKR ini atau hanya mahu menutup kelemahan kepimpinan PKR yang kini dalam krisis perebutan jawatan.

Berita terbaru adalah mengenai Mustafa Kamil Ayub dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana katanya Mustafa Kamil Ayub dikatakan tidak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak (baca di sini).

Tiada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun ketika menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PKR Perak.

Malahan semasa menjadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, beliau tidak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri.

Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.

Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit…hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.

Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak…apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil.

Ada juga yang mengatakan Mustafa Kamil Ayub ini tingkah lakunya adalah lebih kurang sama dengan Hj Osman Pengerusi PKR Perak yang lalu.

Hj Osman dikatakan hanya pandai mengambil hati DSAI, tidak suka turun padang untuk bertemu dengan akar umbi, sombong dan tiada tokoh sebagai pemimpin, lebih sesuai dijadikan sebagai pemimpin Parti dan bukannya pemimpin Rakyat.

Malah tiada tindakan yang diambil oleh Hj Osman untuk mempersiapkan PKR dalam menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil DUN Perak ketika kedengaran khabar angin mengenainya suatu masa dulu.

Hj Osman juga dikatakan hanya mahu melibatkan diri dalam Majlis-majlis besar yang melibatkan DSAI atau pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat sahaja.

Mungkin penampilan Mustafa yang sedia ada menampakkan yang beliau itu dari golongan elit. Tambahan pula kehadirannya dengan Merc bersama tiga orang sahabat merangkap pemandu dan juga bodyguard.

Tentang hanya kelihatan bila DSAI atau pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ada itu sudah menjadi budaya didalam PKR walau dimanapun terutamanya di Cabang Permatang Pauh.

Hanya mahu menunjukkan kepada DSAI atau Pemimpin-Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang mereka-mereka itu boleh bekerja dan perkataan yang sesuai bagi mereka ialah HIPOKRIT!

Blogger PAS berbohong

Nampaknya ada pengakuan jelas dari pemimpin PAS sendiri yang mengatakan ramai ahli pas atau bloggers pas yang suka berbohong. Jadi memang jelaslah sikap suka berbohong sememangnya sebahagian dari tradisi PAS khasnya dari lidah rasmi mereka... harakah daily yang sentiasa menebarkan fitnah..

Alhamdulillah ada juga pemimpin Pas yang mengakui hakikat ini.. apa yang dikasihankan ialah rakyat yang menjadi mangsa pembohongan ini...

Nik Abduh dalam blognya (baca di sini) Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.

Saya rasa lebih baik beliau menyatakan blog manakah yang dikatakan berbohong.. agar rakyat mengenali mereka.... atau ia hanyalah fitnah semata-mata..

PAS pun mula takutkan blog ke!

Aku teringat pada pilihanraya Umum ke 12 dahulu... BN agak jauh ketinggalan dengan PAS dari bidang Media Baru... rata-rata semua milik pembangkang... dan inilah antara sebab di katakan BN kalah pada pilihanraya umum yang lalu.

Tapi kini keadaan sedikit berubah... atau mungkin banyak berubah... bukan hanya pembangkang sahaja... banyak blog-blog yang pro kerajaan, pro BN dan Pro UMNO dah muncul sehingga isu-isu yang ditimbulkan Pembangkang melalui media baru dapat dijawab dengan berkesan... khasnya khalayak yang celik internet dan IT.... dan kini timbul pula fenomena baru iaitu FB atau facebook yang menjadi kegilaan masyarakat Malaysia masa kini.

Kesannya adalah maklumat dapat diketahui dengan segera oleh pelayar internet.. blog mahupun FB.

Kini PAS pula merasakan kesan ledakan maklumat dalam blog dan FB mengenai isu-isu dalaman mereka dan menyebabkan mereka takut dan menghalang blogger mereka dari menceritakan masalah dalaman mereka. Blogger PAS yang menulis sebaliknya dipersalahkan...

Ini mula timbul apabila isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Blogger ini turut mempersoalkan kewajaran katakutan terhadap Blog oleh pemimpin PAS ini...

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…!
Apa sudah jadi.... PAS sudah takutkan blog ke.... nampaknya mungkin senjata mula makan tuan...

Adakah Jawatankuasa Pusat PAS akan selesaikan masalah Nik Aziz

Adakah Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura dapat menyelesaikan masalah Nik Aziz dan pandangannya.

Hari ini PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas "dalam tempoh terdekat ini."

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

Kita mengetahui bahawa Presiden, Timbalan, Setiausaha PAS serta ramai pemimpin lain dalam kepimpinan PAS Jawatankuasa Syura dan Majlis Ulama adalah pro puak ulama/konsevertif. Dengan kata lain Nik Aziz tidak mempunyai kuasa pemutus.. mungkin JK Pusat PAS hanya mendengar sahaja... layan jelah orang tua tu... maklumlah kan..

Rakyat harus sedar kepincangan pembangkang: TPM

KUALA LUMPUR: Kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang harus memberi kesedaran kepada rakyat bahawa gabungan berkenaan tiada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai masalah yang timbul di negeri yang dikuasai mereka menunjukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang tiada persefahaman.

"Kita di luar Pakatan Rakyat dah tahu awal-awal lagi mereka tidak mampu bekerja walaupun mereka mahu menunjukkan seolah-olah mereka ada satu bentuk kerjasama yang agak mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan (NAFAM) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam blognya juga mengakui bahawa pakatan pembangkang mengalami hakisan keyakinan awam akibat kegagalan pemimpin menyakinkan rakyat Malaysia tentang kredibiliti mereka.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata dengan kenyataan yang dibuat oleh Lim itu akan membuka mata rakyat bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tiada kemampuan dan kesatuan pemikiran yang boleh memberi keyakinan kepada mereka.

"Itu yang saya cukup bimbang, kalau ada dua tiga tahun lagi dia memerintah negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak diurus dengan baik, jadi apa yang sudah dibangunkan selama ini oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) mungkin akan merosot.

"Kesannya ialah nasib rakyat dan pengundi di negeri-negeri itu yang menjadi lebih menyulitkan lagi. Eloklah dia buat pengakuan terbuka supaya membuka mata rakyat, kepincangan yang sudah berlaku.

"Mungkin mereka harus melihat kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan BN yang sudah lama dan mempunyai pengalaman memajukan negara. Ini seharusnya menjadi kesedaran kepada rakyat," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media berasingan selepas menghadiri perasmian konvensyen itu, berkata pemimpin pembangkang hanya tahu mengkritik dan apabila mereka diberi peluang untuk mentadbir negeri, mereka tiada kemampuan.

"Kini, mereka telah membentuk kerajaan (negeri). Mereka tidak tahu untuk bertindak kecuali menjadi pembangkang. Kini mereka bertelagah sesama mereka sendiri kerana mereka perlu menentang dan mengkritik orang. Mereka hanya pandai dalam soal itu (membangkang).

"Tetapi dalam soal pelaksanaan, baru mereka tahu. Ia bukannya mudah. Mentadbir sebuah negara bukannya mudah dan pastinya untuk mentadbir dan memajukan sebuah negara, adalah amat sukar...mungkin mereka perlu belajar seratus tahun lagi," katanya. - Bernama