Halaman

Selasa, November 10, 2009

Kickdefella dipecat serta merta dari Perbadanan MB Kelantan

Blogger yang pernah menuduh Tan Sri Harussani, Mufti Perak sebagai pelacur kini dpecat serta merta dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan berikutan isu SPRM. Berikut antara catatan dalam blog beliau


Penamatan Kontrak Serta Merta -

Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.......................

......Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.

Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.

Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.


=======>>>>> Tak sungguh orang tak kata, tak buat takkan orang nak pecat... ish!!

Bila Speaker Kedah pun macam Firaun!!!

Agaknya bagaimana kalau anak speaker kedah ni sakit kemudian dibuang kerja oleh majikannya atas alasan tidak datang 2 hari berturut-turut... sedangkan doktor mengesahkan anak speaker ni sakit.. apatah lagi jika majikannya telah dimaklumkan lebih awal..

Kalau ikut cara speaker ni dan penyokong mazhabnya maka.. anak speaker ni patut dibuang kerja kerana walau apa-pun alasan... anak speaker memang bersalah.. ini jenis tidak berperi kemanusian... berhati iblis!

Ataupun patut diambil alasan sakit, dan anak speaker terus melakukan kerja beliau... ini nampak lebih berperikemanusiaan...

Nampaknya alasan sakit ini tidak boleh diterima kerana manusia mana boleh sakit...

Dalam kes Speaker DUN Kedah lebih kurang macam tulah..

Beliau menegaskan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukannya.

Beliau berkata, Abu Hasan telah hilang kelayakan selepas ADUN Kota Siputeh itu gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).

Nampaknya beliau sebagai majikan langsung tiada pertimbangan kemanusiaan iaitu atas alasan sakit dan ini bertentangan dengan hak asasi manusia.

Mana ada manusia tidak pernah sakit... ini tidak logik... mungkin speaker PAS ni macam jenis Firaun yang tak pernah merasa sakit... eloklah tu, Mursyidul Am PAS dah macam Firaun sampai nak mati pun masih nak kan jawatan... Ni ada seekor lagi Firaun dalam PAS...

ANwar tidak berani pecat Zulkifli Nordin

Beberapa hari lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

Ianya berikutan terdapat pemimpin PKR yang dikatakan tidak mengikut dasar parti.. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Hari ni, Sivarasa Dakwa Amaran Anwar ditujukan kepada pemimpin seperti Zulkifli Noordin sebagai amaran kepada pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar.

Zulkifli dikatakan mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Sangat memalukan... sebagai seorang Islam... apatah lagi Anwar Ibrahim dikatakan sebagai tokoh Islamis... tetapi memberi amaran kepada pemimpin PKR yang mahu membawa agenda Islam!

Jika benarlah ini dakwaan Sivarasa.. maka masa depan agama Islam akan terancam sekiranya PKR berkuasa... dan dibantu pula dengan penentang Islam DAP... dan ditambah pula dengan pengkhianat Islam PAS... nescaya Islam akan hancur berkecai..

Tapi jika dilihat bagaimana Islam dilayan di negeri Selangor yang ditadbir PKR...
# Beliau pernah mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri dan dapat digunakan oleh semua kaum dan Agama.

# Kepimpinan beliau telah meneruskan dan menghalalkan penjualan arak di negeri Selangor walaupun dibantah oleh pimpinan PAS negeri.

# Rumah-rumah urut di negeri Selangor semakin bertambah dan berkembang subur.

# Mempertahankan anggota EXCOnya yang bersekedudukan luar nikah atau bahasa kasarnya, seks bebas dan foto kemaluannya terdedah ke seluruh dunia.

# Memberikan lembu korban kepunyaan rakyat Selangor kepada penduduk-penduduk di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak.

# Melalui YB Khalid Samad, mereka telah mengamalkan Islam liberal, nama Allah bebas digunakan di gereja.

# Rasuah berleluasa. Membiarkan komunis DAP mentadbir negeri Selangor melalui SELCAT, yang bertujuan untuk merendah-rendahkan dan menindas kakitangan kerajaan negeri yang rata-ratanya Melayu Islam.

# Kuil-kuil ditambah untuk menjaga hati sekelompok kaum. Kuil dibina di kawasan majoriti Melayu.

# Membesarkan dan memodenkan tempat-tempat sembelihan babi.

# Menindas pelajar-pelajar Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) dengan menutup kelas-kelas pengajian mereka. Kejadian terbaru melibatkan 58 murid-murid KAFA Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang yang terpaksa belajar di jalan di bawah panas terik.

# Membenarkan dua EXCO bukan Islam berceramah dan memakai "skirt" di dalam masjid.

Jadi memang benarlah bahawa, jika PKR memerintah nescaya Islam dan Melayu akan menjadi mangsa kerakusan kuasa ANwar.... inipun dengan sedikit kuasa yang PKR ada...

Bagaimana dengan kata-kata Anwar untuk melindungi Islam semuanya hanya tipu belaka.....

Persoalannya sekarang dalam keadaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut..... Adakah ANUwar berani untuk memecat Dr Zulkifli?

Ingatan Zulkifli Noordin kepada Dr Asri - jangan sertai politik!

Semalam Dr Asri berkemungkinan akan menyertai parti politik jika dengan cara itu sahaja dakwah dapat disampaikan. Pendirian tersebut dinyatakan Dr Asri ekoran apa yang terjadi kepada beliau pada beberapa yang lau sehingga menyebabkan penahanan beliau ketika menyampaikan satu ceramah di ampang.

Timbul reaksi pelbagai pihak, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Ada yang mempersoalkan... jika DR Asri menyertai parti politik maka apakah parti politik yang menjadi pilihan beliau.

Tetapi bagi Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah. Beliau yakin bahawa Dr. Mohd. Asri tidak akan menghadapi halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya yang diterima ramai sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

"Saya berpendapat bahawa Dr. Asri ini sudah sampai ke peringkat melangkaui politik partisan. Kedudukan dia diterima oleh masyarakat dari semua peringkat.

Saya kira lebih sesuai Dr. Asri main peranan sebagai ulamak non-partisan.

"Dakwah dia itu akan lebih efektif kalau dia kekal dalam kedudukan sekarang (tidak berparti)..sebab dalam politik ini banyak kompromi, banyak konsesi dan dia lebih sesuai dalam keadaan sekarang,”

Pada pandangan Aspirasi pun sama, biarlah Dr Asri tidak menyertai mana-mana parti politik kerana cara beliau menegur boleh diterima oleh semua pihak... tetapi jika dia memasuki politik.. pandangan dia akan dilihat bias... sangat merugikan.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

200 tinggalkan Parti Kroni dan Rasuah (PKR)

* PKR Perlis terus lumpuh apabila 200 ahlinya meninggalkan Parti Kroni ANwar tersebut... dan 1000 orang dijangka akan keluar darti parti kroni tersebut.

* Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis merangkap Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO. Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.

* Beliau juga memberitahu, semua 200 bekas ahli PKR itu akan menubuhkan cawangan baru UMNO yang dikenali UMNO Cawangan Sungai Siran yang terletak di sempadan kawasan Parlimen Padang Besar dan Kangar."Kami akan berbincang dengan UMNO Perlis untuk membolehkan cawangan di Sungai Siran itu dimasukkan ke kawasan Parlimen Kangar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, yang mana wakil rakyatnya ialah Menteri Besar Perlis sendiri," ujarnya.

* Sementara itu, Md. Isa pula mengalu-alukan kehadiran ahli PKR menyertai UMNO demi memperkuatkan lagi perjuangan dan perpaduan masyarakat Melayu.

Beliau berkata, semua sedia maklum bahawa UMNO merupakan parti yang berteraskan perjuangan Melayu demi kepentingan rakyat dan berbekalkan dasar tersebut, UMNO kekal sebagai parti teras Barisan Nasional (BN).

Diskriminasi terhadap Melayu oleh Singapura


Prof. Mohammed Yacob.

Mukadimah


MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah mencetuskan kontroversi apabila berkata masyarakat Cina di Malaysia dan Indonesia cuba dipinggirkan secara bersistematik.

Bekas Perdana Menteri negara republik itu membuat kenyataan tersebut dalam satu majlis forum yang diadakan sempena Mesyuarat Bank Dunia-Dana Kewangan Antarabangsa di negara pulau itu baru-baru ini.

Tindakan Kuan Yew mencetuskan kemarahan di kalangan para pemimpin di Malaysia dan Indonesia yang menyifatkan komen yang dibuatnya itu umpama menghasut masyarakat Cina di kedua-dua negara jiran republik tersebut.

Tindakan itu dilihat sebagai satu cubaan mencampuri urusan dalam sesebuah negara lain dan disifatkan sebagai bertentangan dengan semangat yang diamalkan oleh negara-negara ASEAN.

Namun bagi Prof. Mohammed Yacob, 89, bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri Singapura yang kedua, Lim Yew Hock, pemimpin negara pulau itu (Kuan Yew) telah meminggirkan masyarakat Melayu secara bersistematik sejak tahun 1959 lagi apabila Parti Tindakan Rakyat memerintah pulau itu.

Wartawan Mingguan Malaysia, Zaharuddin Mohd. Ali dan Mohd. Fairuz Yusof serta jurugambar, Ishak Rahmad telah menemui Prof. Mohammed Yacob untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai kenyataan Kuan Yew itu.

Prof. Mohammed yang kini menetap di Johor Bahru menyifatkan kaedah pemerintahan di Singapura sejak Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengambil alih pemerintahan di republik itu menyebabkan orang Melayu di republik itu tidak berani bersuara dan tidak dapat mencari rezeki di tanah air sendiri.

Menurutnya, ini berlaku kerana undang-undang yang dibuat menjadikan mereka ‘terikat’... mengakibatkan apa juga tindakan yang mahu dilakukan menjadi terbatas ekoran rancangan licik Kuan Yew.

MINGGUAN: Pada pandangan Prof. apakah kesan langsung terhadap masyarakat Melayu Singapura hari ini akibat tindakan pemerintah republik itu meminggirkan masyarakat Melayu

PROF. MOHAMMED: Apa yang saya akan katakan mungkin kasar bunyinya, takut pula nanti (awak) terlajak tulis, tetapi saya berani katakan masyarakat Melayu di Singapura tidak berani.

Mereka bimbang rezeki mereka disekat jika bersuara. Umpamanya pendapatan mereka berbanding masyarakat Melayu di Malaysia. Contohnya secara purata mereka mendapat gaji S$2,000 dan dengan gaji sebanyak itu berbanding mata wang Malaysia tentulah mereka boleh hidup mewah.

Sebab itulah kebanyakan warga Singapura memasuki negeri ini (Johor) kerana mereka mahu berbelanja di sini. Cuma bezanya nilai mata wang mereka tinggi berbanding ringgit Malaysia.

Faktor pendapatan ini menyebabkan mereka selesa dan enggan mencari masalah... datang ke Malaysia membeli-belah kerana semua barangan yang dijual di sini murah berbanding negara sendiri.

Apa komen Prof. mengenai tuduhan kononnya masyarakat Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan oleh pemerintah mereka?

PROF. MOHAMMED: Mengenai tuduhan Malaysia menjadikan orang-orang Cina di sini ‘pak turut’ sebenarnya Kuan Yew juga telah menjadikan orang Melayu Singapura ‘pak turut’.

Pemimpin Melayu di republik itu takut. Saya tahu kerana saya dibesarkan di Singapura selama 60 tahun. Selepas itu dipaksa balik kerana ada orang memaklumkan kepada saya supaya kembali ke Malaysia kerana kawan-kawan saya kena tangkap. Antaranya, Dr. Jali Muin dan Kapten Mat Said. Abdullah Bachumi pula melarikan diri.

Satu mesyuarat jawatankuasa bertindak orang Melayu yang dianggotai oleh 25 orang diadakan di Pasir Panjang dan saya salah seorang ahli jawatankuasa itu. Selepas mesyuarat itu, Dr. Jali dan Kapten Mat Said ditangkap dan ditahan selama dua tahun. Selepas dibebaskan, mereka jadi ‘orang baik’.

Akibatnya orang Melayu menjadi ‘pak turut’ dan tidak boleh bersuara. Tetapi mereka (pemerintah) pandai dan dalam aspek-aspek tertentu dia (pemerintah) mahu Melayu maju hanya berdasarkan kuota.

Dulu sebelum PAP berkuasa, terdapat perkampungan Melayu di Singapura. Kerajaan Perikatan (sebelum berpisah daripada Malaysia) ada wartakan dalam perlembagaan mengenai penempatan orang Melayu.

Semua masyarakat Melayu berkumpul di sana. Jadi apabila PAP berkuasa, mereka ubah perlembagaan. Pemerintah ambil tanah orang Melayu dan digantikan dengan wang pampasan.

Jadi orang Melayu diberi (tempat tinggal) rumah pangsa. Dengan itu (secara halus) kekuatan Melayu terhakis. Pemerintah melakukan ini secara terang-terang. Ketika itu orang Melayu tidak sedar... tetapi jika ada yang sedar sekalipun mereka tidak berani bersuara.

Masa itu saya bergerak tetapi secara tidak bersuara... saya kena berhati-hati... saya juga menyertai politik Singapura selama 60 tahun. Saya sertai kesatuan sekerja di Singapura ketika itu bersama-sama Lee Hsien Seong.

Adakah sebarang bentuk ancaman yang dilakukan oleh pemerintah Singapura terhadap orang Melayu

PROF. MOHAMMED: Pemerintah (Singapura) bukan mengancam tetapi menggunakan taktik ‘brain wash’ atas nama ingin melakukan sesuatu kebaikan kepada orang Melayu... umpamanya dengan memodenkan kampung-kampung tersebut.

Hakikatnya, jika kampung-kampung orang Melayu dimodenkan, wakil-wakil pemimpin Melayu ini akan kehilangan kuasa.

Selepas itu, kedudukan orang Melayu di kampung-kampung ini akan dipecah-pecahkan berdasarkan kuota.

Ketika itu, dalam sesebuah kawasan penempatan baru yang diwujudkan, 72 peratus diberikan kepada kaum Cina, 16 peratus kepada masyarakat Melayu manakala 12 peratus untuk kaum India dan lain- lain.

Keadaan ini dengan sendirinya mengakibatkan orang Melayu hilang kuasa (khususnya ketika pilihan raya) kerana tidak akan berupaya memperoleh sebarang majoriti.

Pemerintah akan memujuk orang Melayu dengan mengatakan penempatan baru yang mereka sediakan lebih baik, bersih dan sebagainya.

Pemerintah juga membuat peraturan dan mewujudkan sekolah di kawasan penempatan baru itu, dan berusaha ‘memuaskan hati’ penduduk kawasan itu.

Apakah bentuk bantahan yang dibuat oleh orang Melayu kepada pemerintah ketika itu?

PROF. MOHAMMED: Mereka tidak boleh protes. Pada mulanya orang Melayu gunakan cara lembut dengan mengutus surat dan meminta sesuatu kepada pemerintah. Bila adakan mesyuarat mereka kata baik-baik tetapi semua permintaan yang dibuat ditolak.

Yang jadi masalah kepada Singapura dan dianggap penghalang kepada kemajuan negara (ketika itu) ialah orang Melayu.

Rusuhan di Singapura pada tahun 1964, mereka mendakwa UMNO menjadi dalang. Saya ada dalam jawatankuasa bertindak Melayu dan saya nampak semua itu.

Kalau saya ke depan dan bersuara... saya akan ditahan dan dipenjarakan... dikenakan tindakan di bawah Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada pandangan Prof. bagaimana dengan pencapaian orang Melayu di Singapura sekarang?

PROF. MOHAMMED: Sekarang sudah ada orang Melayu menceburi bidang perniagaan. Pemerintah beri peluang kepada orang Melayu supaya belajar dan pekerjaan dalam bidang tertentu.

Jadi orang-orang ini diberi biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Tetapi persoalannya berapa ramai yang diberi peluang untuk menyambung pengajian? Dan apabila mereka balik ke negara, mereka ini akan berterima kasih kepada kerajaan. Mereka ini pula akan dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Malah ada yang dipilih menyertai politik untuk menyokong pemerintah.

Dalam soal pendidikan, berapa ramai orang Melayu yang lulus dan jadi peguam atau doktor? Pemerintah ada kuota. Sebagai contoh, kalau di universiti, mata pelajarannya banyak... kalau 100 orang diambil, 72 orang adalah kaum Cina, 16 Melayu dan 12 India.

Jadi 16 (budak) Melayu ini kalau nak minta jadi peguam... mereka tidak akan diterima walaupun lulus. Banyak Melayu akan dihantar menjadi guru.

Apa pandangan Prof. tentang pertubuhan Melayu di Singapura sama ada mereka benar-benar ada peranan untuk masyarakat Melayu pada masa ini.

PROF. MOHAMMED: Para pemimpin pertubuhan Melayu di Singapura sekarang ini hanya menjaga kepentingan persatuan masing-masing.

Kalau menentang sahaja mereka ini akan dikenakan tindakan. Pemerintah akan panggil dan tahan. Mereka ini (pemimpin-pemimpin pertubuhan) akan di ‘brain wash’. Apabila keluar sahaja dari tempat ditahan ini, mereka akan melepaskan jawatan yang disandang.

Saya sendiri pada tahun 1969 mempunyai persatuan rakyat. Jadi ketika itu di kampung-kampung Melayu ada wakil-wakil PAP. Ada kerjasama antara orang Melayu dengan PAP.

Nama saya dimasukkan (ke dalam persatuan itu) tetapi hanya bertahan selama enam bulan dan kemudian dikeluarkan kerana mereka bimbang saya akan timbulkan penentangan.

Pemerintah ada berkata, mana-mana ahli baru yang tidak bersetuju dengan pemerintah akan dihapuskan dengan matlamat kononnya untuk membangunkan negara.

Apakah bentuk diskriminasi terhadap orang Melayu sehingga hari ini?

PROF. MOHAMMED: Diskriminasi dilakukan oleh pemerintah membabitkan soal pelajaran dan ketenteraan selain soal keagamaan dikawal.

Saya pernah menghantar surat kepada Lee Kuan Yew meminta tolong bagi mengubah nasib orang Melayu tetapi tidak dilayan.

Apa nasihat Prof. kepada orang Melayu di Malaysia?

PROF. MOHAMMED: Oang Melayu... kalau kita bekerja, bekerjalah kerana Allah. Selain itu kita perlu berjihad, bekerja dengan ikhlas, jujur dan berintergriti. Kalau kerja tak ikhlas... orang tak suka. Selain itu kita mesti menjaga akhlak. Tegur dengan cara berhemah dan orang Melayu mesti sedia berubah.