Halaman

Ahad, November 15, 2009

ANwar pertahankan Azmin dan KRONI membeli SAHAM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Naib Presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran.

Anwar berkata, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan,” katanya.

uLASAN aSPIRASI : Sikap berpihak Anwar, kronisme dan nepotisme terhadap Azmin memang telah diketahui sejak awal lagi...

Sebagai bapak perasuah semasa di dalam UMNO, Tindakan Anwar mempertahankan Azmin bukanlah sesuatu yang mngejutkan....

- BERNAMA

Penganalisis Politik : Strategi manupulasi isu PKR tidak lagi berkesan

Penganalisis politik Ahmad Masrizal Muhammad berkata, PKR dilihat memang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan imej parti di dalam peta minda setiap rakyat negara ini bahawa mereka sebuah parti yang amat relevan dengan kehendak semasa iaitu semua bersatu dalam satu parti.

''Namun begitu hakikat dan realiti sebenar adalah jauh berbeza dengan apa yang diuar-uarkan melalui slogan-slogan. Pertentangan kepentingan antara kaum wujud sama ada secara senyap ataupun terbuka. Masing-masing memasang strategi.

''Ini sekali gus menunjukkan bahawa untuk mencapai tahap wahdatul fikr (penyatuan fikiran) sesama saf dalam pimpinan dalam PKR bukanlah suatu yang mudah sebagaimana lakaran di atas kertas,'' katanya.

Menurut beliau, kekaburan terhadap teras utama dalam parti ini juga memberi impak yang besar kepada pencapaian hala tujunya pada masa akan datang.

Seperkara lagi yang tidak harus dilupakan bahawa PKR diwujudkan atas dasar populariti semata-mata. Mengikut penganalisis politik, sejak pilihan raya umum 1999 hinggalah 2008, faktor Anwar masih lagi menjadi 'barang yang didagangkan' untuk meraihkan sokongan rakyat.

Lebih daripada itu seperti mana kata Ahmad Masrizal, parti tersebut memberi fokus berlebihan kepada strategi memanipulasi isu demi meraih persepsi dan populariti. Tetapi PKR terlupa bahawa strategi seumpama itu sudah semakin tidak berkesan.

''Natijahnya, pelbagai polemik kepimpinan berlaku di negeri-negeri dan yang terbaru di Sabah dan lain-lain negeri, ia pastilah akan menjejaskan PKR pada masa akan datang,'' katanya.

Oleh itu kita tidak perlu terkejut apabila PKR merancang untuk terus mengatur strategi bagi memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana itu sahaja cara mereka bagi menutup kelemahan sendiri.

Ia juga sekali gus memaparkan perangai PKR yang semakin 'bankrap' isu dan terus berusaha menjadikan persepsi sebagai 'senjata' untuk meraih sokongan di dalam pilihan raya. Kalau hendak bersandarkan kepada prestasi, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh parti itu.

Bagaimanapun rakyat tidak akan selamanya boleh diperbodohkan oleh mainan politik seumpama itu, justeru tersilap langkah boleh berlaku 'senjata makan tuan'. Berdasarkan keadaan itu, bukanlah sesuatu yang mustahil jika PKR akan mengalami nasib seperti mana sesetengah parti politik serpihan yang sebelum ini berkubur selepas menikmati kemenangan sementara.

Matlamat

Menyentuh perkara ini, Ahmad Masrizal berkata, peristiwa demi peristiwa dan drama demi drama yang dipersembahkan kepada rakyat telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata dan sedar bahawa PKR semakin jauh untuk mencapai matlamat strategik yang dicipta oleh mereka sendiri.

''Matlamat dan hala tuju perjuangan PKR yang dikatakan lebih menekankan kepada aspek idealisme perjuangan dan meningkatkan khidmat kepada rakyat nampak semakin kabur. Inilah yang dimaksudkan dengan PKR sedang berhadapan dengan suatu fenomena baru dalam fasa kewujudan mereka iaitu kematian yang senyap dan halus atau lebih popular dikenali sebagai gangren politik,'' katanya.

Kita tidak pasti sejauh manakah fakta ini akan menjadi kenyataan tetapi dari semasa ke semasa PKR terus dilanda konflik dan tahap kepercayaan serta keyakinan di kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa parti itu boleh menjadi parti utama semakin luntur. PKR mungkin boleh mengatur strategi dengan mengadakan apa juga konvensyen termasuklah pada hari ini di Shah Alam dengan slogan 'Menggilap Harapan Rakyat', tetapi apa yang pasti dari semasa ke semasa segala kekalutan dalamannya semakin terdedah.

Tidak mustahil PKR akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya kalau pemimpin-pemimpin terlalu teruja untuk menampakkan mereka kelompok paling sempurna di muka bumi Allah ini, sedangkan 'di tubuh' parti itu 'penuh dengan penyakit'.

RENCANA 'Hayat' PKR berakhir dalam senyap?

ANuar Shaari : PKR diwujudkan untuk agenda peribadi Anuwar

Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Anuar Shaari yang merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak terkejut dengan apa yang berlaku kepada PKR.

Bagi beliau, PKR adalah sebuah parti yang rapuh dan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi seorang pemimpin. Atas alasan inilah satu demi satu prinsip dan asas parti diubah sesuka hati mengikut kehendak seorang pemimpin sahaja.

''Dalam pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana,'' tegas Anuar.

Itulah yang berlaku kepada PKR, apabila suara ahli dan parti tidak dipedulikan melainkan untuk menjaga kedudukan seorang dua pemimpin sahaja. Faktor inilah yang menyumbangkan kepada kelemahan PKR sehingga sejak dari awal penubuhan sehingga ke hari ini, seorang demi seorang pemimpin parti itu meninggalkannya.

Mungkin bagi pemimpin PKR mereka boleh menuduh apa sahaja kepada pemimpin yang berbuat demikian tetapi realitinya pemimpin yang bertindak keluar daripada PKR itu, melakukannya atas dasar prinsip. Mereka tidak mahu terus bersandiwara dan mempermainkan prinsip perjuangan yang ditanam di sanubari mereka ketika awal menyertai PKR.

Oleh itu, apabila mereka melihat PKR tidak lagi selari dengan kehendak perjuangan mereka, maka langkah terbaik adalah mengundurkan diri dan itu lebih mulia daripada bersekongkol dengan pemimpin yang hanya ingin mencapai agenda peribadinya. Pepatah ada mengatakan bagaimana acuannya begitulah juga kuihnya, mungkin itulah yang berlaku kepada PKR sekarang apabila wajah sebenar kenapa parti itu ditubuhkan sudah terlihat.

Laungan kononnya mereka berjuang untuk rakyat hanyalah omong kosong sebaliknya segala-galanya hanya semata-mata bagi membela seorang pemimpin dan lebih penting lagi meletakkan dia di tempat yang diidam-idamkan olehnya selama ini.

Apa yang anehnya, biarpun diserang bertubi-tubi oleh bekas-bekas pemimpinnya namun pemimpin di dalam PKR termasuklah Anwar sendiri hanya mendiamkan diri. Antara isu itu termasuklah dakwaan oleh Anuar, Nallakaruppan dan Ezam Mohd.Noor bahawa ada pemimpin yang diberi layanan istimewa oleh Anwar.

Ini belum lagi termasuk dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh '3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin. Walaupun dakwaan itu boleh menjejaskan kewibawaan PKR tetapi tiada tindak balas.

Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah mengiakan apa yang didakwa dan ini sekali gus menimbulkan kesangsian kepada rakyat bahawa semua dakwaan itu ada kebenarannya.

Walaupun PKR sebenarnya sebuah parti yang bermasalah tetapi mereka cuba menutupi konflik yang berlaku dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Tetapi berdasarkan kepada perbualan penulis dengan beberapa rakan di negeri-negeri tertentu mereka mengakui, jika masalah PKR boleh diibaratkan seperti lava gunung berapi, ia hanya menanti masa untuk 'dimuntahkan'.

Apa yang mengecewakan, biarpun terdapat seribu satu masalah dan termasuklah juga kewibawaan pemimpin-pemimpin PKR dipertikaikan oleh banyak pihak tetapi masih ada pihak yang cuba mengetengahkan kononnya golongan itulah bakal pemimpin masa depan negara.


Hayat PKR 'berakhir' dalam senyap


1PAS "Islam sekadar Alat" : PAS hanya kambing hitam PKR

Zulkiflee Bakar

SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar Memperkasakan Pas yang diadakan baru-baru ini. Ia kerana mereka melihat tidak ada apa-apa signifikannya seminar itu, selain kritikan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh itu, timbullah persoalan apakah seminar itu diadakan kerana Pas sememangnya bermasalah atau ada 'tangan-tangan' ghaib yang memainkan peranan untuk memburukkan Pas.

Lebih daripada itu, adakah seminar tersebut satu manuver politik oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian daripada pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam soal ini, kita perlu mengimbas apa yang berlaku sepanjang pertengahan Oktober lalu, sebelum tercetusnya soal untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa kepimpinan Pas dan kemudian disusuli dengan keputusan mengadakan seminar memperkasakan parti itu.

Ketika isu tersebut timbul, PKR sedang menghadapi krisis dalaman yang cukup serius. Ia mula tercetus di Sabah apabila 18 daripada 23 ketua bahagian PKR menolak pelantikan Azmin Ali sebagai pengerusi perhubungan.

Tumpuan media terarah kepada pergolakan dalam PKR sehingga akhirnya pada 27 Oktober menyaksikan peletakan jawatan Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan, namun krisis itu seolah-olah reda apabila timbul isu dalam Pas.

Perhatian tidak lagi diberikan kepada apa yang berlaku dalam PKR sebaliknya lebih kepada Pas. Tetapi apabila seminar yang diadakan tidak menyaksikan apa-apa yang menarik maka timbullah persoalan siapa sebenarnya bermasalah, Pas atau PKR.

Mungkin buat seketika pemimpin-pemimpin PKR mampu meredam gejolak masalah yang berlaku dalam parti itu tetapi ramai pemerhati politik yakin bahawa parti tersebut sedang berada di ambang perpecahan yang serius.

Sebab itulah di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pas melihat PKR sering membawa masalah kepada mereka.

''Cuba lihat apa yang berlaku di Kedah, Perak dan Selangor, semuanya adalah gara-gara kemelut yang berlaku dalam PKR.

''Tetapi malangnya orang lupa semua itu, mereka lebih suka hendak melihat kononnya Pas bermasalah sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah,'' kata seorang pemimpin muda Pas kepada penulis dalam satu pertemuan.

Akibatnya, kepimpinan dalam parti pembangkang lain terutamanya Abdul Hadi sengaja digembar-gemburkan sebagai bermasalah dan lemah. Mungkin secara dasar kita boleh katakan agenda atau manuver mereka berjaya tetapi mereka terlupa bahawa ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi tidaklah sebodoh itu.

Penulis difahamkan, di kalangan sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong Pas mereka semakin menyedari 'permainan politik' yang dicetuskan oleh sesetengah pemimpin pakatan pembangkang sendiri bagi mencapai cita-cita politik mereka.



'Hayat' PKR berakhir dalam senyap?

Pakatan senyap - Formula baru perpaduan Melayu?

'PAKATAN SENYAP’ antara UMNO dan Pas amat diperlukan untuk pembangunan Islam dan Melayu di negara ini kerana perbezaan politik tidak harus terbawa-bawa sehingga mengakibatkan perpecahan ummah dan merugikan Melayu secara keseluruhan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pakatan secara tertutup atau terbuka antara UMNO dan Pas adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menuntut ia dilakukan demi kepentingan bersama.

Menurutnya, ajaran Islam tidak pernah menggalakkan umat berbalah, malah menyeru semua pihak tidak kira fahaman, warna kulit dan agama agar berdamai demi membangunkan agama, bangsa dan negara.

“Tidak kira ia dipanggil `pakatan senyap` ataupun `pakatan terbuka`, tetapi pakatan ini perlu diadakan demi kepentingan umat Islam dan negara, biar kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi hal-hal melibatkan hak bersama, kita bersatu, oleh itu pakatan ini akan menguntungkan kita.

“Bagi UMNO, kita tiada masalah kerana ajaran Islam secara jelas menyeru umatnya bersama-sama demi membangunkan agama, tanah air dan manfaat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, `pakatan senyap` antara kedua-dua parti itu boleh menjaga hak-hak kaum Melayu dan Islam kerana UMNO dan Pas mewakili orang Melayu yang beragama Islam.

“Suara yang melibatkan hak agama dan Melayu kita boleh perkuatkan kerana kita sudah lama berpecah dan sekarang adalah masanya untuk menyatukan semula suara orang Melayu menjadi satu,” katanya.

'Pakatan Senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’ dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.

Memetik artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.

“Benar, mereka (DAP, MCA dan Gerakan) nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti DAP akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang akan bekerjasama secara senyap?

“Dua parti komponen ini (MCA dan Gerakan) akan senyap-senyap menyampaikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah,” kata Ridhuan dalam blognya.

Baiah talak tiga : kebimbangan PAS menjadi kenyataan

Setinggi mana tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.... Isu baiah talak 3 yang di nafikan oleh pemimpin PAS akhirnya diakui Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali berikutan bukti rekod audio yang diterima.

Dengar disini : Bai'ah Taalik Didedahkan.mp3



Sebelum ini hampir semua pemimpin PAS menafikan Bai'ah Talak 3 yang dikatakan ianya hanyalah sumpah laknat semata-mata

Hj Hadi Awang hari ini menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah sebagaimana diamalkan oleh ahli dan pemimpin parti itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bai'ah talak tiga tidak pernah menjadi dasar atau konsep Pas sebaliknya parti itu mengamalkan bai'ah sumpah laknat.

Kebimbangan penyokong PAS nampaknya menjadi kenyataan:-
Buletin Utama siarkan klip Presiden PAS nafi wujud baiah cerai taklik (Astro Awani). Then klip rakaman sulit part baiah cerai taklik Nasha-Hasan ditayangkan pula. 22 juta rakyat Malaysia, dari bayi 2 tahun hingga bakal pengundi baru meluat dan keliru.

Kemudian, upkan kenyataan Salahuddin, Mahfuz, Mustapha Ali, dan terakhir Mursyidul Am tentang penafian. Tak kiralah penafian berbentuk lulit (penafian samar2) atau tidak, tetapi damage besar tetap berlaku. Klip rakaman sulit Timbalan Presiden PAS sekali lagi ditayangkan.

Kemudiannya, tersebar di youtube, dalam bentuk 3gp for handset. Soalnya timing yang dipilih Najib bila? Lihat sahaja bagaimana terdapat gerakan UMNO yang menampal risalah bentuk poster di merata Malaysia berkaitan dengan ini. Bermula dengan isu perbalahan TGNA-TGHH dan diakhiri dengan isu baiah kemudiannya?

Kepimpinan Ulama? What the fuck is that? (baca di sini)
Lepas ni... macam mana pemimpin PAS nak mengelak lagi.. Janganlah menipu rakyat lagi... tuhan marah.... 26 juta rakyat Malaysia dah tahu....