Halaman

Sabtu, Januari 09, 2010

Fitnah Besar sedang melanda Umat Islam

Dalam tempoh beberapa hari yang lalu, umat Islam negara ini sedang melanda dugaan dan cabaran yang amat hebat, satu fitnah yang besar dan dahsyat sedang melanda untuk menguji sejauh mana umat Islam terus berdiri teguh di atas perjuangan suci.

Pada 31 Disember yang lalu, umat Islam telah di cabar kesabaran mengenai kebenaran Mahkamah Tinggi untuk Herald Weekly menggunakan kalimah Allah.. iaitu kalimah suci umat Islam yang merujuk Allah. tuhan yang satu..

Selama hampir seminggu ini, polemik isu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat. Bagi Umat Islam yang benar-benar memahami perjuangan tulen umat Islam dan apatah lagi tindakan yang selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa Kalimah Allah pada Muzakarah kali ke-82 bertarikh 7 Mei 2008 ialah khas untuk umat Islam:

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.


Namun terdapat juga umat Islam yang hanya mengeluarkan 'fatwa sesuka hati' kerana tujuan politik semata-mata dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Namun dalam masa yang sama, ianya membuktikan bahawa dakwaan mahkamah di arah oleh tangan ajaib adalh pembohongan belaka. Dengan ini jelas Mahkamah ada kuasa eksekutif tersendiri di mana kerajaan tidak campur tangan.

Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan khasnya kepada umat Islam dari peringkat rakyat hingga ke pemimpin negara dan diikuti dengan pelbagai program yang mendesak agar kalimah ini ditarik balik kegunaannya oleh bukan Islam termasuklah demonstrasi, solat hajat, ceramah, serahan memorandum dan sebagainya.

Namun semalam telah berlaku fitnah yang lebih besar kepada umat Islam iaitu kejadian membakar gereja yang seterusnya mencalar imej umat islam.

Dalam keadaan umat Islam tersepit dengan tekanan orang bukan Islam yang sengaja mahu mencakar umat Islam dengan imej negatif dan juga umat Islam yang berperangai umpama bukan Islam serta terdapat juga pihak yang menangguk di air yang keruh..

Semuanya ini menuntut kesabaran yang heabat dari umat Islam untuk berhadapan dengan Fitnah Besar ini.. biarkan tindakan umat Islam tidak diikuti emosi tetapi berfikir secara rasional.

Marilah kita bersama berdoa untuk keselamatan, kesejahteraa dan keamanan umat Islam dan rakyat Malaysia.. mohon dijauhkan Fitnah Besar ini.. dan seterusnya biarlah Islam manjadi agama yang disegani dan dihormati...

EDISI KHAS : RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!

Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...

Disediakan oleh

Panglima Perang Cyber


AT MENYOKONG PENUH RESOLUSI BPN.

SEMUGA ISU PANAS LAGI SENSITIF INI AKAN BERAKHIR DENGAN BAIK.

SELAIN DARI ITU AT JUGA INGIN MEMBERIKAN BEBERAPA PANDAGAN BERKAITAN ISU INI.

SEMUA PIHAK HARUS MEMAINKAN PERANAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN NEGARA DIUTAMAKAN.

DI HARAP PIHAK GEREJA DAN THE HERALD TELAH FAHAM BETAPA SENSITIFNYA ISU INI DAN DIHARAP MEREKA DAPAT MENGKAJI SEMULA TUNTUTAN MEREKA.

PIHAK GEREJA DAN PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PERLU BERSEMUKA BAGI MENDAPATKAN SATU KESEFAHAMAN BAGI MENYELESAIKAN DAN MENAGANI ISU INI DENGAN BAIK DI LUAR MAHKAMAH.

PIHAK PEMIMPIN PEMBANGKANG USAH LAGI MEMAINKAN POLITIK TUDUH MENUDUH DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK SEMATA-MATA.

PIHAK PEMBANGKANG JUGA PERLU TEGAS MENARIK BALIK SOKONGAN MEREKA TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH AGUNG UMAT ISLAM.

PIHAK BERKUASA KERAJAAN DIHARAP JANGAN TERAGAK-AGAK MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN BAGI MENGEKANG ISU INI MENJADI LEBIH BURUK.

AT MENYOKONG DEMONSTRASI TETAPI PIHAK YANG BERDEMONSTRASI DIHARAP DAPAT MENJAGA EMOSI DAN ETIKA KETIKA BERDEMO AGAR TIDAK KELIHATAN KETERLALUAN.

PIHAK BLOGGER DIHARAP DAPAT SAMA MEREDAKAN ISU INI DENGAN MENYUMBANG PANDANGAN-PANDANGAN YANG POSITIF LAGI BERHEMAH.