Halaman

Isnin, Januari 11, 2010

Blogger diancam kapak terbang

Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

Menurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman. - Malaysiakini

Kata AB : Semakin hari semakin kalut cerita di negeri Kelantan... cerita Nik Aziz pula semakin bertambah teruk, terbaru Nik Aziz dituduh terima rasuah kek.. dan macam-macam lagi. Adakah doa memburukkan orang kembali makan tuan... macam kata pepatah 1 jari tunjuk pada orang, 4 jari tunjuk pada diri sendiri... heheheh..

Biarkanlah kes ini jadi kes mahkamah... barulah seronok...