Halaman

Selasa, Januari 12, 2010

Allah untuk Islam – Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya. Baca seterusnya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini. - di Utusan Malaysia

Kata AB : Dah tiba masanya Sultan masuk campur tentang kalimah Allah, mengenai perkara ini. Selain itu umat Islam melalui NGO nya perlu juga menggerakkan kesedaran mengenai kepentingan kalimah Allah hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Program kempen dan penerangan sekurang-kurangnya dapat meredakan ketegangan apa yang berlaku sekarang. Dakwah Bil-Hikmah, untuk menjelaskan bahawa kejadian membawakr masjid adalah bukan ajaran Islam tetapi pihak ekstrimis atau sengaja mengangguk di air keruh mungkin juga sebahagian yang dirancang oleh CIA dan sekutunya.

Umat Islam dalam memperjuangkan haknya tidaklah bermakna mereka ini sebagai pengganas.. semoga Allah melindungi semua umat Islam di negara ini.

JAL dijangka berhentikan 15,600 pekerja

TOKYO: Penerbangan Jepun yang berdepan dengan masalah, dijangka memberhentikan 15,600 pekerja bagi tempoh tiga tahun, iaitu 30 peratus daripada tenaga kerja kumpulan itu, di bawah pelan pemulihannya, menurut satu laporan yang disiarkan hari ini.

Pemberhentian itu, termasuk dengan pemotongan faedah dan gaji akan dilaksanakan bersama dengan penjualan anak syarikat JAL, termasuk JAL Hotels CO, kata laporan Kyodo News, tanpa memetik sumber khusus.

Katanya, tenaga kerjanya akan dikurang kepada 36,000 menjelang tahun perniagaan Mac 2013. “Syarikat sokongan kerajaan, Enterprise Turnaround Initiative Corp (ETIC), merancang membuat keputusan berhubung pakej menyelamatkan JAL seawal 19 Januari, iaitu tempoh sama pernebangan itu dijangka memfailkan perlindungan muflis,” kata Kyodo.

ETIC menganggarkan tanggungan syarikat itu melebihi asetnya, iaitu lebih daripada AS$9.5 bilion. - AFP

Kata AB : Cuba bayangkan jika MAS dan Proton jika tidak ditolong oleh kerajaan beberapa masa dahulu. Jika Syarikat penerbangan Jepun JAL yang lebih terkenal dengan sistem kerjanya yang hebat namun setiap tindakannya bukannya perfect dan tiada risiko.. kadang-kadang boleh memberi risiko yang amat dasyat, seperti yang berlaku sekarang. Keadaan ekonomi semasa menuntut kecekapan dan kepintaran serta tindakan yang hebat untuk keluar dari kemelut ini.

Bayangkan berapa ramai orang yang akan dibuang kerja... dan bayangkan setiap orang meanggung sekurang-kurangnya 4 orang ahli keluarga iaitu seramai 144000 keluarga yang akan kehilangan mata pendapatan dan keadaan rakyat akan semakin parah..


Ia bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi perlu dibuat oleh kerajaan untuk menyelamatkan pekerja dan kelaurga mereka.