Akhirnya MB Kelantan akui kerajaan Kelantan PAS rugi RM 50 juta akibat kroni... habis duit rakyat Kelantan di belasah oleh menantu Nik Aziz...
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta. (baca di sini)
Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.
MB Kelantan sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab ke atas kerugian secara lansgung kepada duit rakyat kelantan... semuanya disebabkan Nik Aziz meletakkan kroni iaitu menantu sebagai CEO PMBNK... seudahlah meletakka rkoni kemudian merugiakan duit rakyat, tidak kompeten, pihak bekaitan perlu mebuat siasatan dan perlu diaudit dan dibentangkan di Dewan DUN...
Halaman
▼
Sabtu, Januari 16, 2010
Apa pula ANuwar ALjuburi akan tipu rakyat menjelang 25 Jan
Menjelang hari-hari terakhir AnUwar Aljuburi untuk menghadapi perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan seterusnya meraih simpati dari rakyat. Kasihan rakyat menjadi mangsa penipuan tak bermoral ANUwar AL Juburi...
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwanddin Hamzah yang membuat dakwaan itu berkata, isu baru memburukkan kepimpinan kerajaan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes berkenaan termasuk isu baru yang menyerang kepimpinan kerajaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kemudian mangsa serangan diberi label negatif tertentu sebelum 25 Januari ini. (baca di sini)
"Taktik sebegini pernah dibuat sewaktu perbicaraan kesnya pada 1998 dengan menyerang dan melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai 'Mahafiraun' dan 'Mahazalim', akhirnya rakyat lebih banyak bercakap tentang dua label itu berbanding perjalanan kes,". selain itu ia termasuk yang dilancarkan dari dalam penjara mengenai penggunaan racun arsenik kononnya untuk membunuhnya. Katanya, semua anggota AMK diarah terus memainkan isu arsenik tersebut bagi menggoncang sentimen rakyat. "Tapi sampai hari ini dia masih sihat, kalau sudah diracun arsenik pasti lain ceritanya," tegas Azwanddin.
Dalam pada itu Azwanddin mengemukakan beberapa isu yang diolah Anwar untuk mengabui mata masyarakat termasuk penubuhan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September 2008 dan serangan terhadap Biro Tatanegara (BTN). Dakwanya, isu 16 September dicipta bagi mengalihkan perhatian terhadap pertentangan pendapat di kalangan PKR negeri berhubung kerjasama dengan parti pembangkang lain. Sementara itu, isu BTN pula untuk mengalihkan perhatian masyarakat menjelang sebutan kes liwatnya.
Rakyat akan bersedia menunggu taktik lapuk ini, namun media massa lah pasti jadi baruanya.. yang menghangatkan isu ini sedangkan kita mengetahui ini semua ciptaan dan penipuan semata-mata.
Persoalannya adakah pemimpin UMNO dah sedia.. atau masih tidur lagi..
Hanya Sabah dan S'wak dibenarkan kalimah Allah dalam bible
Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.
Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.
Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.
Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.
Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.
Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.
Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.
Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.
Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah.
Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ia telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan Allah dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menguatkuasakannya. - Malaysiakini