Semalam di sidang dewan rakyat, PM membidas gagasan Middle Malaysia.. Tindakan ini sangat tepat kerana dasar tersebut bukan sahaja retorik tetapi merupakan agenda DAP untuk mengusai megara ini dengan menghapuskan hak keistimewaan Melayu, Islam, dan Institusi Raja-Raja Melayu!!
Middle Malaysia adalah jelmaan DAP yang mahukan samarata antara Bumiputra dan Bukan Bumiputra, Islam dan Bukan Islam.. Semua ini adalah tindakan dan usaha komunis yang tidak pernah padam dalam perjuangan DAP!!!!
PM secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.
"Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara. "Ia hanya slogan dan retorik yang tiada pelaksanaan, tetapi 1Malaysia datang bersekali dengan tindakan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"
Pada ketika ini, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri dengan mendakwa 1Malaysia telah ditiru daripada Middle Malaysia dan menyifatkan Najib sebagai penciplak paling besar.
Kata Karpal, Najib amat perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes mahkamah termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur Pengerusi DAP itu supaya memberikan soalan yang berkaitan tetapi ia tidak diendahkan oleh Karpal yang berterusan mengaitkan Najib dengan kes-kes mahkamah itu.
Pada ketika ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan bertanya kepada Karpal dengan suaranya yang nyaring: "Are you OK YB," yang disambut oleh gelak ketawa oleh penyokong kerajaan yang lain.
Karpal kemudiannya menanyakan soalan tambahannya dengan mempersoalkan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bersifat rasis, berlawanan dengan semangat 1Malaysia.
Perdana Menteri menjelaskan bahawa mana-mana individu di pejabat beliau yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya 1Malaysia akan diambil tindakan dan dalam kes Nasir, beliau telah dikenakan tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu, mungkin setelah dilihat usaha provokasi Karpal kurang berjaya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun mempertikaikan tindakan kerajaan menolak soalannya yang didakwa berkaitan dengan semangat 1Malaysia.
Kit Siang dalam soalan yang didakwa ditolak itu, meminta Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dituduh bersifat rasis kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu dan Islam.
Tindakan Kit Siang itu ditegur oleh Kiandee yang menyatakan hanya dua soalan tambahan dibenarkan dan Penasihat DAP yang tidak berpuas hati masih enggan mengalah dan berterusan membangkitkan perkara sama.
Pada ketika ini, terdengar laungan dari kalangan penyokong kerajaan yang menyifatkan soalan itu sebagai soalan kroni mengambil kira Guan Eng ialah anak Kit Siang.
"Itu soalan kroni la," jerit Bung Moktar.
Halaman
▼
Rabu, Mac 17, 2010
Edisi PKR diliwat DAP : Kubur Cina diutamakan, Universiti Melayu dikuburkan!!!
kalid dan hilang akal.YBK mahu melaksanakan projek pembinaan kampus UITM serendah.dengan projek ini dapatlah pihak YBK memberikan makan dan pakai secara percuma untuk beratus anak yatim yang dalam tanggungan mereka.
usaha membela bangsa tidak dipedulikan. YBK dilanyak segila mungkin oleh kalid gagap.
pada masa yang sama,kalid gagap mengutamakan kepentingan bangsa lain. dia memperuntukan sejumlah besar tanah di selangor untuk membina jirat (kubur mega) cina..
dokumen ini kami (bloger jalanan) dapat melalui sumber dalaman. bertujuan hanya mahu meranapkan pakatan daripada memerintah selangor pada pru ke 13.
ada orang sudah kepanasan bila aku keluarkan artikel kias, kias yang kononnya kami bloger jalanan dapat RM50 juta daripada najib dan muhyidin.
aku mahu buat sedikit pengumuman. aku bukan ahli umno pun. ini blog independent.
ah peduli apa aku dengan penghargaan umno. soal melayu soal islam bukan perjuangan mutlak parti,ini perjuangan semua umat. semua orang punyai hak memuji dan menegur. .
buat masa ini fokus perjuangan aku mahu lingkupkan pakatan selangor. samada pihak umno setuju atau tidak dalam segala serangan kami itu bukan masalah aku.
samada kamu sakit bila aku balun umno itu juga bukan persoalan aku. jelas umno masih lagi dalam denial syndrome,menafikan kekuatan media blog sebagai sayap baru yang boleh menunggang terbalikkan pakatan.
takde hal bagi aku. aku cakap macamni pasal aku dah kehilangan seorang lagi rakan bloger yang hebat,..analisa kumbang. beliau telah istihar tak lagi aktif menulis blog.
kumbang ni budak je, tapi otaknya lebih tajam daripada si bloger pujaaan umno. siang malam naik motor cari bahan berita.
kumbang suara anak muda,suara bukan umno macam kami yang fokusnya hanyalah mahu menumbangkan pakatan haram.
umno sekali lagi mengulangi kesilapan sepertimana yang mereka lakukan pada pru ke 12, memandang remeh keupayaan media blog.hmmmm..nombor 1 dan 2 umno sedang mengulangi kesilapan lampau
Sumber: GAP