Halaman

Selasa, Mac 23, 2010

MP Kalabakan tak payahlah nak melenting!!!

"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan,"


Itu kata Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh tentang dakwaan Zahrain mengenai peristiwa 16 September!!

"Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat.

"Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau,"

Ini pula kata Zahrain ketika mengulas kenyataan MP Kelabakan..

Isu??... tak de isu sebenarnya besar pun... Zahrain hanya sampaikan apa yang Anwar kata, itulah 8 nama yang ANwar sebut padanya.. jadi tak payahlah nak melenting sangat..
Kalau tiada jemputan ANwar katakan tiada.. jadi ceritalah balik kepada rakyat Kalabakan yang sebenarnya...

Cubaan lagakan Hisham dan Musa gagal!!!

Bila dengar berita tentang Hishamudin dan Musa, hanya senyuman sahaj yang terukir kerana terfikir ini mesti ada pihak yang sahaja mahu lagakan polis dan menteri... Pihak mana? tak kiralah siapa yang timbulkan dan mainkan .. tentunya ini usaha terdesak pembangkang...

Mana tidaknya, dalam dua tiga hari ini, suka betul media pro Pakatan Aljuburi tentang berita Musa Hassan yang mendakwa ada pihak ketiga yang mengganggu polis.

Maka selepas itu tersebarlah berita umpama pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Musa ialah Hishamudian iaitu menteri Keselamatan dalam Negeri.. jadi banyaklah cerita mengambarkan bahawa Hisham dan Musa nampak berselisih.

Berita ini timbul apabila pengesahan Hishamudin mengenai rombakan kepimpinan pasukan Polis. Selepas itu timbullah pelbagai berita yang mengeruhkan keadaan antara polis dan Hishamuddin.

Namun Musa dan hisham nafikan bersama hubungan antara mereka keruh.. Bahkan Hisham minta pihak polis buat siasatan dan tindakan yang sepatutnya jika ada pihak lkura yang terlibat.

Musa pula dengan jelas berkata "Apabila pihak media jumpa saya dan bertanya mengenainya, saya jawab ia bukan daripada sumber rasmi. Jadi, jika tidak daripada sumber rasmi, maka ianya tidak betul. Saya beranggapan bahawa jika perkara ini boleh dijadikan bahan spekulasi dan ianya datang dari sumber bawah tanah, maka pasukan polis akan jadi kelam kabut. "Maka, saya memetik Seksyen 4 Akta Polis, bahawa pentadbiran polis adalah di bawah kuasa dan kawalan Ketua Polis Negara dan juga pegawai-pegawainya... "Jadi, janganlah ada pihak ketiga yang cuba membuat spekulasi mengenai perkara ini. Itu yang saya jelaskan,".

Rasanya dah cukup jelas apa yang Musa mahu sampaikan.. pertama menafikan bahawa pihak itu adalah Hishamudin kerana beliau adalah sebahagian 'sumber rasmi' yang boleh memberi arahan kepada polis..

Kemudian dia juga memberitahu bahawa tiada apa masalah antara beliau dan menteri.... jadi usaha pembangkang nak lagakan pihak polis dan menteri adalah gagal!!!

Cuma baguslah dan syabas kepada KPN kerana berani berterus terang mengenai pihak ketiga tu... sekurang-kurangnya usaha mereka untuk meresap dalam polis dah diketahui dan menghentikan tindakan tersebut.. cuma kalau dapat jelaskan siapa dia lagi bagus!!!

Hadi semakin nyanyuk!!


Siapa yang tak kenal Hadi yang kefirkan UMNO dengan manat paling popular di seantero dunia.. amanat tersebut dikenali dengan Amanat Hj Hadi..akibat amanat ini ramai orang PAS yang semakin sesat..

Jika imbas kembali, dahulu beliaulah yang berjuang menentang puak-puak kafir ini.. bahkan siapa yang bekerjasama dengan kafir pun dianggap sesat...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Tapi kini siapalah pula peluk cium dengan DAP dan Lim kit Siang yang jelas musuh Islam yang mahu menubuhkan negara sekular!!

Terkini Hj Hadi pula minta digantikan istilah tuhan kepada Kalimah Allah dalam rukun negara yang pertama sebagaimana yang Herald Kristian hendaki. [rujuk sini]

Wah!!!.. kini HJ Hadi pula yang ikut telunjuk kristian.. agaknya Hj Hadi ni dah tekena minum 'holy water' agaknya ni... mungkin dah nyanyuk Hj Hadi ni macam Nik Ajis..

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Itulah tok guru politik atau kata ANuwar Tok Guru terompah yang layak bawa masuk jamban sahaja.. dahulu kata lain sekarang kata lain... Islam hanya alat mereka yang untuk dipermainkan semata-mata.

Nukilan : Aspirasibangsa

Ibrahim on Talam Debts: Respond for Transparency and Accountability’s sake


Talam Corporation Debts: Answers Required

by Pandak Bin Tukan


Dear Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, I refer to my previous letter to you, ‘Recovered’ Talam debts: Transparency, please.

It has been more than one week since I asked my questions and you are taking an inordinately long time to respond. You were quite happy to release the RM50 million figure but now seem rather coy about releasing further details.

My questions are a straightforward request for facts which, I would have thought, were at your fingertips when you saw it fit to tell the whole world that RM50 million in cash and assets have been collected from Talam Corporation. I really don’t understand why you are not forthcoming. Here are the questions again:

1. What is the breakdown between cash and assets that make up the figure of RM50 million?

2. What were the assets collected?

3. How were the assets’ value arrived at, that is, what was the method used in arriving at the valuations on these assets that, together with the cash, make up the amount of RM50 million?

4. Who were the parties that performed the valuations and are they sufficiently independent of both the state government and Talam Corporation?

Please understand that I am not a supporter of any political party and am just an ordinary citizen seeking answers from a government leader over a matter of public interest. I hope it is proving as acutely embarrassing for you as it is highly disappointing to me that you have so far not given the information sought.

You must realise that the longer you delay in replying, the more doubts there will be about your competence and whether, in fact, RM50 million had been collected from Talam Corporation as you claimed.

I do not know yet which political party to vote for in the next general elections but, from the way you are treating this matter, I’m beginning to have a fair idea which one not to vote for.

Lagi pendedahan Nik Aziz amal Wahabi





Pendekatan Wahabi yang membuat Nik Aziz sedia memecahkan perpaduan sesama ummah dan sedia bersekongkol dengan kafirun anti Islam DAP.

Wahabi lebih bersedia bekerjasama dengan Yahudi unuk menentang SUnnah Wal Jamaah demi kepentingan fahaman Wahhabi mereka.

Inilah dia permaslahan ummah Melayu dan Islam di negara ini sekarang.

Sumber : The Unspinners

News : Hanya 180 rakyat tempatan mohon kerja sebagai pembantu restoran

KUALA LUMPUR 22 Mac - Hanya 180 rakyat tempatan membuat permohonan untuk mengisi 25,000 kekosongan jawatan sebagai pembantu restoran yang ditawarkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Timbalan Presiden Presma Kadhar Shah Abdul Razak berkata daripada permohonan itu, 40 warga tempatan telah diterima bekerja dan bilangan itu amat kecil berbanding jumlah sebenar yang diperlukan oleh 7,000 restoran di bawah naungan persatuan itu.

Beliau berkata Presma sememangnya berharap kesemua 25,000 jawatan yang ditawarkan dapat diisi rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selaras dengan dasar kerajaan.

"Kita sudah gantung banner di semua rangkaian restoran ahli kita seluruh negara, mereka boleh datang terus untuk temuduga di restoran cawangan, tidak perlu datang ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

"Mereka tidak perlu fikir tentang kemudahan untuk pergi temuduga, datang sahaja ke cawangan restoran dan isi borang, tapi sekarang sambutan tidak sampai satu peratus pun,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pemuda UMNO, Presma dan Reach Org Sdn Bhd bagi mengatasi masalah golongan merempat di bandar di sini hari ini. - Bernama