Halaman

Jumaat, April 23, 2010

Gempar : Malumat Risikan PKR bocor!!!


Tadi AB baru dapat sms terkini dari kawan di Selangor. Ianya berbunyi begini:
"Peringatan kepada semua anggota dan jentera petugas PR, maklumat risik kita telah mengesan satu usaha jahat pihak BN yang sedang merancang provokasi dengan membakar patung calon kita Zaid Ibrahim di hadapan Petronas KKB malam ini. Tolong arahkan semua anggota kita bertenang dan elakkan diri dari terperangkap dengan provokasi jahat mereka. Tolong sebarkan. Sekian Terima kasih - Latheefa Koya"
..Wah.. sedap sangat propaganda PKR ni.. dia yang buat provokasi.. dia tuduh BN pula yang buat!!!..

Kita mengetahui tujuan sms ni.. ianya disebarkan di seluruh selangor!!

Inilah antara strategi mereka di saat-saat akhir kempen.. membuat dan menyebarkan berita palsu tentang BN.. supaya menaikkan semangat dan imarah penyokong mereka...

BN perlu bersedia dengan berita palsu PKR ini...

sebagaimana kata Muhyiddin , Kilang Fitnah mereka sedang beroperasi 24 jam.. siap dengan 'overtime' lagi..

Ayuh blogger semua.. tingkatkan serangan terhadap calon PKR dan pakatan Rakyat.. jatuhkan calon PKR!!! kita tawan Selangor!!!

Jangan Jadi boneka DAP!!!

Tolak Zaid!!!

Tolak katak Mabuk!!

Tolak kaki Lumba Luda!!!

Selamatkan Malaysia

Selamatkan Melayu dan Islam!!!

EXCO Agama Selangor : Ronnie Liu lebih mulia dari Sultan!!


Patutlah kes Arak tak dapat PAS selesaikan di Selangor.. Pusat mengurut pula macam cendawan tumbuh.. EXCO dah tahap bebal, tak reti bahasa!!

Bila EXCO sendiri tak hormat Sultan sendiri sebagai Ketua Agama islam.. inikan pula anak buah.. bila bapak kencing berdiri.. anak pula mestilah kencing lari-lari anak!!!

Ini berikutan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa yang dianggap sebagai menderhaka kepada titah Sultan. {rujuk sini}

Inilah padahnya bila jadi boneka DAP... bila Ronnie liu larang, merangkak pun EXCO sanggup buat... tak payah larang rak pun tak pa!!!

Tapi bila Sultan sendiri titah.. EXCO dengan biadapnya ingkar perintah Sultan!!!..

Sebab itu orang Melayu perlu menilai perkara ini secara jujur dan Ikhlas mengenai Pakatan Rakyat .. dimanakah kedudukan Sultan sebagai ketua agama dan pemimpin bangsa Melayu di kacamata mereka?

Mereka lebih muliakan DAP dari Sultan!!!

Adakah orang Melayu sanggup melihat sultan sendiri sebagai payung daulat Melayu dihina oleh pemimpin Pakatan Rakyat!!!

Larangan menggunakan masjid adalah titah secara dari Sultan Selangor.. bukan titah budak-budak.. beginilah nasib Sultan Melayu di bawah pemerintahan Pakatan.. dan jika Pakatan memerintah lagi malang nasib Sultan..

Jikalah taraf Sultan sebagai ketua negeri dan agama boleh dilayan sebegini hina, apakah nasib orang Melayu dalam jika Pakatan memerintah... cuba bayangkan!!!

Inilah adalah contoh terbaik untuk orang Melayu renungkan!!!

Jangan Jadi boneka DAP!!!

Tolak Zaid!!!

Tolak katak Mabuk!!

Tolak kaki Lumba Luda!!!

Selamatkan Malaysia

Selamatkan Melayu dan Islam!!!

Ada yang tak reti bahasa..


Hari ini Sultan Selangor sekali menegaskan supaya Jais memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

Ianya berkaitan penguatkuasaan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 iaitu mengajar tanpa tauliah.
``Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik serta tempat mengadakan demonstrasi yang negatif sama ada di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.

``Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturahim dan sehingga hari ini beta merasa amat berpuas hati kerana institusi masjid masih menjadi simbol perpaduan umat Islam,’’ titah baginda.
Nampaknya masih ada yang tak reti bahasa khasnya pemimpin Pakatan Rakyat!!!

Apa lagi Jais!!.. lesen besar dah dapat.. lepas ni jangan tak buat kerja pulak.. kalau Nik Aziz ceramah jangan tak tangkap pulak!!

Tapi kalau penguatkuasa ni tak buat tangkapan dan pemantauan.. sah!!! bahawa Penguatkuasa JAIS ni dah kena rasuah dengan Pakatan haram!!!

Selamatkan Malaysia

Tolak PKR!!!

Melayu dan Islam pasti selamat!!

Panas!!: Nik Aziz takut pecah tembelang!!!


Nampaknya Nik Aziz tidak senang apabila hal penyelewengannya dalam pentadbiran Kelantan didedahkan oleh Kickdefella [kickdefella].

Bukan setakat itu, Abdul Aziz juga anggap penulis blog Kickdefella seorang yang obsesif sehingga sanggup menyerang dan mengkritiknya mencapai tahap serangan peribadi.
"Itu hal dia, dia macam dah mabuk dan bercakap mengarut. Lebih suka buat serangan peribadi. Dia bukan wartawan tapi bloger yang tak masuk akal,"
Namun apa yang penting ialah sejauh mana kebenaran pendedahan Kickdefella mengenai... ulang balik... perkara pokok ialah kebenaran!!!.. benar atau tidak?..

Hakikatnya Nik Aziz takut tembelangnya diketahui ramai...

Jika dilihat pendedahan Kickdefella terhadap Nik Aziz memang terdapat kebenaran.. memang wujud unsur penyelewengan oleh Nik Aziz... seperti perlantikan menantu beliau Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.. sehingga terdapat tuduhan penyelewengan di dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Syed Azidi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK sebelum kontraknya ditamatkan oleh Abdul Ariffahmi.

J kita mengetahui hari ini motif sebenar Kickdefella dipecat oleh Tn Guru Nik Aziz Alfamily.. iaitu kerana mendedahkan kebenaran dan kebobrokan yang berlaku dalam pentadbiran PAS Kelantan!!!

1 Nik Aziz : 1 Family

So Nik Aziz... you are busted!!!

Tamparan kepada Nik Aziz

Masa sudah begitu suntuk, pembangkang kini semakin terdesak mendapatkan sokongan dari pengundi sehingga masjid sebagai tempat Ibadat juga digunakan oleh mereka.

Lantas atas kesedaran itu, YM Sultan Selangor sangat kecewa dengan tindakan PKR menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka. Baginda telah mengambil tindakan suapaya melarang mana-mana parti politik menggunakan dewan masjid untuk berkempen. Kerana ini sangat bersesuaian dengan peranan masjid di dalam Islam iaitu tempat perpaduan umat Islam dan bukannya untuk melemparkan fitnah.

Oleh itu, sebagai penguatkuasa agama, tindakan JAIS melarang Nik Aziz berpolitik dalam masjid adalah tindakan sangat tepat bagi mengelak masjid terus dihina oleh Pakatan Rakyat.

Menurut berita "Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor."

Pastinya tindakan ini akan dipolitikkan oleh PKR.. kita tunggu sahajalah .. dakawaan ini pasti terdengar bagi menutup kelemahan mereka; JAIS alat UMNO, Sultan Selangor dipegaruhi UMNO dan sebagainya.

Syabas kepada YM Sultan selangor kerana tegas sebagai ketua Agama Islam.. melarang masjid dipolitikkan!!!

Kepada PAS atau Nik Aziz, tidak cukupkah anda merosakkan Islam, tidak cukupkah menyesatkan umat Islam... Kalimah Allah anda hina, masjid pun anda Hina.. apatah lagi negara Islam dan hudud pun anda hina!!!

Selamatkan Malaysia!!

Tinggalkan PKR...

Jauhi Dosa!!!

Anwar memperbodohkan Pengundi Hulu Selangor

Kalau nak cakap.. biarlah berpijak bumi yang nyata.. janganlah perbodohkan rakyat Hulu selangor macam tak de otak..

Anwar dalam ceramahnya memberitahu PKR akan menang 30,000 undi majoriti [rujuk sini]..

“Mereka boleh beli tiga orang dan tiga puluh orang tapi 30,000 lagi masih sokong kita di Hulu Selangor.... Saya nak kita menang majoriti semua kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong Pakatan Rakyat (PR)"

Kalau nak majoriti PKR kena Menang majoriti 30,000 undi, bermakna PKR perlu dapatkan sekurang-kurangnya 40 ribu undi dan BN hanya dapat 10,000 daripada seramah 64,500 pengundi keseluruhan...

Ingat rakyat ni bodoh sangat, mudah nak disogok dengan propaganda dan fitnah PKR...

Wah.. sedap mulut Anwar tuduh orang aka Fitnah orang... kalau aku baca memang lah nak tergelak.. dan terfikir.. tak habis-habis Anwar nak tipu orang khasnya pengundi Kuala Selangor..

Anwar terlupa semakin ramai pemimpin PKr yang meninggalkan Parti tersebut... Janganlah ego sangat PKR sedang nazak.. jangan nak perbodohkan rakyat lagi!!!


Selamatkan Malaysia!!

Tinggalkan PKR...

Jauhi Dosa!!!

Kronologi Meluluskan Usul heret Anwar ke jwatankuasa Disiplin

Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat kenyataan palsu mengenai 1Malaysia : 1 Israel diluluskan selepas didebatkan oleh lapan ahli parlimen, termasuk ketua umum PKR itu.

3:00pm: Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas lima minit ucapan Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas). Ahli parlimen pembangkang yang membantah keputusan itu bertindak keluar dewan.

2.45pm: Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) menjelaskan tiada kecacatan dalam usul itu kerana ia bertujuan mengheret Anwar ke jawatankuasa itu yang akan menentukan kemungkinan hukuman ke atasnya.

2.40pm: MP Pakatan terus mempersoalkan kesahihan usul ke atas Anwar. Kiandee menjawab bahwa beliau tidak akan mempertimbangkan perkara itu lagi.

2.30pm: Sidang disambung dengan timbalan speaker, Ronald Kiandee pula mengambil-alih. Beliau memberi amaran supaya menghentikan dakwaan bahawa usul itu "cacat".

1.00pm: Sidang berehat untuk makan tengah hari.

12.50pm: Anwar mengakui mempunyai pertalian rapat dengan Amerika tetapi berkata pendiriannya jelas, khususnya dalam menentang dasar negara itu ke atas Afghanistan, Palestin dan isu-isu lain.

Katanya, kerajaan Najib sebaliknya melutut kepada Barat apabila mengarahkan Petronas menghentikan bekalan ke Iran yang merupakan musuh Amerika.

Kenyataan itu menyebabkan MP BN membantah dan menyaksikan kekecohan seketika.

Anwar menarik balik kenytaan itu atas arahan Speaker dan keadaan kembali tenteram.

12.36pm: Pendebat terakhir Pakatan, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mendakwa usul ke atasnya itu "cacat" kerana ia bermotifkan politik.

"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.

12.25pm: Sebaliknya menurut Khairy yang cuba menimbulkan kemarahan Pakatan menyamakan slogan "Israel untuk semua" dengan slogan "PAS untuk semual".

Sambil memegang sebuah fail, Khairy mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai perhubungan terus dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionist.

12.16pm: Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) memulakan debatnya dengan mendakwa Anwar menimbulkan kontroversi berhubung Apco Worldwide kerana beliau kuathir kerajaan pusat yang diterajui BN kini mendapat sokongan 68 peratus rakyat.

Katanya, kegusaran Anwar itu diburukkan lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, termasuk beberapa pemimpinnya yang berpaling tadah sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu kehilangan majoritinya di kalangan pembangkang including a string of defections from PKR which has caused him to los.

“Walaupun Pakatan tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain," sindir Khairy.

12.00pm: Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menggunakan peluang giliran beliau berucap dengan membenarkan rakan-rakannya yang lain untuk berucap. Antara mereka adalah Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).

11.56am: Pendebat ketiga Pakatan, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memulakan ucapannya dengan “Salam anti-Apco”.

Semua 'soalan tambahan' yang dikemukakan mempertikaikan kesahihan usul itu kerana mendakwa ia tidak tepat kerana tidak mengatakan bahawa Apco Worldwide diupah oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.

MP Pakatan berkata mengikut Peraturan 36 (12), untuk mengheret seseorang MP, ia mesti dibuktikan bahawa beliau menyedari maklumat yang dibekalkan di dewan adalah silap.

Mereka juga mempertikaikan mengapa BN hanya membenarkan MP Umno untuk berdebat dan inginkan jawapan sama ada Umno membolot semuanya.

11.44am: Abdul Rahman kemudiannya menarik balik kenyataannya atas arahan Wan Junaidi.

Beliau mempertahankan konsep 1Malaysia dan berkata beliau hairan mengapa pembangkang menolak konsep yang baik itu.

11.43am: Wan Junaidi mencelah dan Abdul Rahman mengulangi dakwaanya bahawa One Israel “hampir menyerupai Pakatan Rakyat”.

MP pembangkang terus menuntut beliau “tarik balik".

11.37am: Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman mengambil-alih kerusi speaker.

Abdul Rahman berkata tidak seperti 1Malaysia,
One Israel adalah gabungan tiga parti di Israel yang sama seperti gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu sekali lagi menimbulkan kekecohan dengan MP PAS membuat bantahan kerana dikaitkan dengan Israel.

11:36am: Abdul Rahman senyum sinis dan berkata setelah mendengar ucapan pembangkang tadi, beliau berpendapat semua mereka sepatutnya dirujuk ke jawatankuasa itu.

Merujuk ucapan Azmin, menurutnya, “Gombak berkata usul ini untuk menutup mulut Permatang Pauh. Bila masa Permatang Pauh boleh berdiam? Adakah sesiapa yang berjaya membuat beliau senyap?”

Katanya, arahan polis dan juga hukuman penjara gagal menutup mulut Anwar Ibrahim.

11.33am: Abdul Rahman juga menolak dakwaan Kit Siang berhubung “majoriti bodoh”. Katanya, BN sentiasa memberi peluang kepada Anwar untuk menjelaskan dakwaannya bagaimanapun ketua pembangkang itu menggunakan kesempatan itu untuk menimbulkan perkara lain.

"Ini bukan isu politik, ini mengenai individu yang memperdayakan dewan dan dengan degil enggan menjelaskan perkara yang sebenar. Justeru, beliau perlu dibawa ke jawatankuasa itu,” katanya.

11.30am:
Pendebat kedua BN Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud) bangun untuk berucap. Beberapa MP pembangkang menyindirnya sambil menjerit “putar belit”.

11.26am: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyalahkan sikap
"lebih kurang" kerajaan BN. Beliau menggunakan Mandarin yang memetik ahli falsafah terkenal Cina, Hu Shi's berhubung artikel 'Mr Lebih Kurang' untuk memperkukuhkan hujahnya itu.

Lim mengakhiri ucapannya dengan berkata,"Lebih banyak anda mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat dan pembangkang, semakin cepat anda akan kiamat."

11.28am: "Mengapa begitu buruk untuk mengatakan 1Malaysia diciplak dari One Israel? Saya sendiri mengatakan 1Malaysia diciplak dari Malaysian Malaysia. Adakah saya akan dirujuk ke jawatankuasa itu?” soal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Beliau juga mempersoalkan pembabitan kabinet dalam isu berkenaan bagi mengheret Anwar Ibrahim.

“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campurtangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” kata pemimpin veteran DAP itu.

Lim berkata majoriti parlimen BN itu sebagai "majoriti hodoh, majoriti bodoh". Dengan menuduh majoriti itu sebagai bodoh dan bukan menuduh orang perseorangan, Lim terlepas dan dibenarkan meneruskan ucapannya oleh Pandikar.

Namun apabila Lim menyebut perkataan 'majoriti bodoh', Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) senyum sambil mencatitkan sesuatu pada notanya.

Lim juga membidas sikap hiprokit MP BN. “Mereka menyerang peribadi calon PKR di Hulu Selangor, tetapi berapa ramai di Dewan ini yang tidak muinum?”

Speaker Pandikar menyampuk, "Saya pun minum, YB, tapi air sahaja."

11.13am:
Giliran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk berucap. Katanya, ini adalah hari yang paling sedih di Parlimen.

Difahamkan bahawa asalnya, Kit Siang adalah sdeorang daripada empat pendebat Pakatan. Tetapi slot berkenaan diberikan kepada Anthony Loke (DAP-Rasah) selepas ada yang mendakwa bahawa Kit Siang adalah ahli jawatankuasa hak dan kebebasan.

Namun apabila diperiksa bahawa Kit Siang bukan lagi menganggotai jawatankuasa itu, namanya disenaraikan semula.

11.10am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) menuduh Anwar mencemarkan kesucian Dewan dan menggangu keselamatan negara dengan tindakannya itu.

Setiap kali Nur Jazlan menyebut 'Apco', ahli parlimen pembangkang akan membalas 'Umno'. dan setiap kali MP berhujah bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar, ia diikuti dengan jeritan 'buktikan'.

11.06am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) berkata Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) menggunakan "publisiti negatif" di mata antarabangsa untuk memburukkan kerajaan.

Beliau mempertahankan keputusan kerajaan menggajikan Apco untuk memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Anwar. Beliau juga menuduh Anwar menggunakan NGO, pakar Internet dan media antarabangsa bagi memburuk-burukkan imej Malaysia.

10.55am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) - pendebat pertama mewakili BN. Dewan kecoh apabila Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bangun untuk membantah sesuatu yang dibacakan oleh Pulai.

Speaker Pandikar mengarahkan mereka yang tidak berdebat usul itu supaya duduk dan mendiamkan diri atau tidak, menghadapi perintah keluar dewan.

10.48am: Azmin Ali (PKR-Gombak) meneruskan ucapannya dan berkata "Saya minta wakil BN bercakap dengan ikhlas. Negara kita diserang oleh pihak Zionist atas jemputan anda.

"Di mana Pekan (Perdana Menteri Najib Razak)? Di mana Pagoh (timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin)? Kenapa mereka tak berani nak hadapi tuduhan ini?"

Azmin menggulung hujahnya dengan berkata Perkara 36(12) adalah supaya menteri-menteri membekalkan maklumat yang sebenarnya di dewan. Jika peraturan itu diambil secara literal, ramai menteri-menteri akan akan diheret ke jawatankuasa hak dan kebebasan.

1

0.39am: Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah MP Pakatan pertama berucap. Beliau terus menyerang BN sambil mendapat tepukan gemuruh MP Pakatan. Katanya, usul itu tidak adil dan mempertikaikan mengapa dokumen yang dibekalkan oleh Anwar dalam penjelasannya kepada Parlimen sebelum ini tidak disiasat.

Azmin menuduh kerajaan Malaysia sebagai budak suruhan Apco - firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington yang diupah oleh kerajaan Malaysia dan juga Israel.

Katanya, Anwar dihukum oleh usul tergesa-gesa yang dibuat mengikut telunjuk tuan mereka Apco-Israel.

Azmin melahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan negara dan katanya Umno cuba menutup pembabitan sebenar Apco berhubung apa yang dikemukakan oleh Anwar.

10.37am: Pandikar memperuntukkan 15 minit kepada setiap pendebat.

"Jika kita benarkan Padang Serai (PKR MP N Gobalakrishnan), lima hari pun tak cukup," katanya berseloroh.

MPpembangkang terus menimbulkan isu teknikal berhubung usul tetapi Pandikar bertegas mengatakan ia teratur.

Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) akan menggantikan Anthony Loke (DAP-Rasah) sebagai seorang daripada pendebat Pakatan.

10.28am: Gobind (DAP-Puchong), yang agak emosional bertegas mahu mendebatkan peraturan dewan. Speaker Pandikar mengarahkannya supaya diam.

Beberapa MP yang lain cuba bercakap. Pandikar mengarahkan semua supaya duduk dan dengar arahannya.

Pandikar kemudiannya membacakan Peraturan 43. Katanya, adalah keputusannya bahawa usul yang dibentangkan itu adalah teratur dan keputusannya itu adalah muktamad. Sesiapa yang mempertikaikannya akan diperintah keluar dewan.

10.23am: Berlaku sedikit kekecohan apabila MP daripada kedua-dua pihak cuba berucap. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit beberapa kali untuk meminta point of order.

Speaker Pandikar memberi amaran kepada Gobind supaya jangan melenggah-lenggahkan sidang dan mengingatkannya bahawa "Saya berkuasa mengeluarkan anda dari dewan".

10.18am: Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangkit dan berkata usul yang dibentangkan oleh BN itu menghina Dewan Rakyat.

Ini kerana, kata beliau usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu adalah memohon jawatankuasa itu untuk menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak.

Kamaruddin juga mendakwa ia mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.

10.16am: Kit Siang hampir bertikam lidah dengan dengan Pandikar Amin berhubung perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakannya. Tetapi selepas penjelasan oleh Pandikar, Kit Siang mengalah.

10.11am: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa beliau dan timbalannya akan menentukan sama ada perkataan dalam usul itu adalah tepat. Hujahnya, jika ia dalam peraturan mesyuarat, maka ia adalah tepat.

10.09am: Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) bangkit dan meminta penjelasan. Beliau bertanya sam ada kata-kata usul itu adalah tepat.

10.08am:
Whip BN Datuk Seri Nazri Aziz memulakan usul itu dengan membacakan:

“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.

Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.

10.06am: Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas) berkata sessi Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan selagi usul ke atas Anwar Ibrahim ((PKR-Permatang Pauh) dan beberapa rang undang-undang lagi belum diluluskan.

10am: Empat pendebat daripada Barisan Nasional:

1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)

Pakatan rakyat pula diwakili oleh:

1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri memberitahu bahawa BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Usul itu akan dibentangkannya dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

9.46am: Usul mengheret Anwar Ibrahim adalah agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat, mahupun galeri awamnya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen yang menjangkakan perdebatan hangat.

Rakyat Hulu Selangor perlu bersiap sedia menghadapi 7000 'pengganas'!!!

Pakatan Rakyat melalui PAS akan menghantar 7000 pengganas ke Hulu Selangor.. Setkat ini PAS sudah mempunyai 2000 orang dan akan ditambah seramai 5000 orang [rujuk sini].

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Operasi pilihan raya kecil PAS, Jamaludin Alias dan petugas itu kini ditempatkan di kesemua 47 unit peti undi di seluruh Hulu Selangor.

Ramai itu.. jika dengan 2000 orang pengganas dah pun huru hara Hulu Selangor dan mengganggu ketenteraman awam.. inikan pula seramai 7000 pengganas!!!

Gambar dibawah sudah cukup menceritakan Sikap ganas Pakatan semasa berkempen di Hulu Selangor!!








Rakyat Hulu Selangor perlu berhat-hati dengan jentera Pengganas Pakatan Rakyat ni.. jika mahu berkempen kepada Anda.. maka tolaklah mereka dengan baik... inilah sikap pengundi rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa.. Cakap dengan mereka, "
"kami sukakan keamanan, perpaduan dan keharmonian, kami bencikan fitnah dan keganasan"..
Adakah Rakyat Hulu Selangor bersedia menghadapi kerosakan yang bakal dibawa oleh Pakatan... jika tidak... Tolak calon PKR.. tolak Zaid!!!

Selamatkan Malaysia!!


Tinggalkan PKR...


Jauhi Dosa!!!

Akibat kerugian : Unisel akan ditutup?



Sejak Pakatan Retak mengambil alih Pucuk pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor antara perkara yang Khalid Gagap lakukan adalah mengubah Kepimpinan UNISEL termasuk TNC nya. Satu demi satu Bencana yang menimpa UNISEL gedung ilmu yang dibanggakan oleh segenap lapisan masyarakat yang mengenali prestasi Universiti ini.
Tidak cukup dengan Kemasukan Pelajar UNISEL Merudum, Data menunjukkan Universiti Industri Selangor (UNISEL) mengalami keuntungan yang paling teruk dalam sejarahnya sehingga negatif RM 20 juta (2009) - ( RM 6 juta (2007), RM15 juta (2008).
Masalah dari segi kemasukan bilangan pelajar dan jumlah Bilangan kemasukan pelajar 6,758 (2007), 4,477 (2008), 2,481 (2009) dan hanya 400 (Jan 2010). Masalah pengurangan pelajar dikatakan kerana ramai lepasan diploma enggan melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah. Peningkatan kos pula kerana emolumen meningkat sebanyak 53% pada 2009 antaranya kerana membiayai kos Naib Canselor (JUSA A), 4 TNC (JUSA
B), dan 2 – Pendaftar dan bendahari (JUSA C)
Kepada sesiapa yang nak masuk Unisel lupakanlah... Unisel ini University yang gagal bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.. Lagipun university ni dah nak lingkup... budak dah tak nak masuk, duit pun dah tak masuk!!!

Ps. Mana punahsihat ekonomi Selangor?.. makan gaji buta ke

Sumber : MD

Barua Samseng PKR Dikurung


Inilah wajah-wajah barua samseng PKR...
memang layak duduk kat dalam tu.. Kali ini mereka tidak boleh lari lagi!!

Sepandai-pandai tupai botak melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..
Fariz dan skuad Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) ditahan dilokap polis Kuala Kubu Baru. Mereka akan direman 4 hari kerana mensabotaj bahan kempen BN semalam. Menurut sumber , semua samseng AMK ini akan didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan seksyen 6 (1 ) dan seksyen 8 Akta Senjata dan bahan letupan .

Kumpulan ini juga didapati membawa senjata tajam bersama dengan alasan untuk memotong banner dan menjahamkan poster BN . Dengan menggunakan alasan membantu tugas SPR kononnya ?untuk menguatkuasa peraturan pilihanraya jelas adalah tidak masuk akal . Siapa AMK untuk amik alih tugas SPR dan PDRM dalam menguatkuasakan peraturan pilihanraya ini ?? Ingat undang-undang kerajaan bawah pokok ke ?? [klik sini]

Jentera PKR HS tempang - semakin ramai tinggalkan PKR


Setiap hari kita mendengar ramai pemimpin PKR keluar Parti.. walaupun PKR masih mendabik dada dengan mengatakan mereka tidak terjejas.. tetapi pilihanraya ialah mengenai jumlah dan angka.. walaupun lebih satu undi tetap dikira menang

Jentera PKR di Hulu Selangor kini semakin tempang apabila Pengerusi Jawatan Kuasa Daerah Mengundi Hulu Bernam, Mohd Salleh Mat Noor meninggalkan parti bersama 200 pemimpin kawasan dan pengikut parti tersebut. Ianya termasuk Ketua Angkatan Muda Hulu Bernam Hanif Sairan. [rujuk sini]

Alasannya, kepimpinan PKR Selagor hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakannya. dan juga gagal menjaga kebajikan rakyat!!.

Sebelum itu, Bekas Pengerusi PKR Perlis, Keria Senawai dengan beberpa pemimpin PKR di negeri tersebut juga megumumkan keluar parti tersebut.

Kepada rakyat Malaysia.. kini telah tiba masnya untuk meninggalkan Parti Kubur Rakyat!!

Semakin ramai hilang kepercayaan kepada kepimppinan dan perjuangan PKR..

Selamatkan Malaysia!!


Tinggalkan PKR...


Jauhi Dosa!!!