Halaman

Ahad, Ogos 08, 2010

Kejam - DAP larang peniaga Melayu di Komtar


"itulah belalang, aku dah cakap".. mungkin ini dialog yang biasa kita dengar dalam cerita P. Ramlee Nujum Pak Belalang.

Namun dalam bab politik, UMNO sudah cakap berulang kali mengenai siapa itu DAP dan dendam kesumatnya terhadap kaum Melayu... penindasan berterusan oleh regim DAPigs terhadap kaum Melayu.. inipun hanya baru sikit kuasa yang diberikan, tetapi mereka dah tunjuk warna sebenar mereka.

Walaupun Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, orang ramai berpusu-pusu bertumpu Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Namun tahun ini, kemeriahan Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu mungkin tidak dapat lagi dilihat atau dinikmati.

Ini kerana, pihak pengurusan kompleks tersebut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu terbabit daripada berniaga di kawasan itu walaupun bayaran yang telah dibuat dan persiapan telah dilakukan... dan makluman diberikan hanya pada saat terakhir..

Lebih malang lagi arahan untuk melarang peniaga Melayu di keluarkan oleh ADUN DAP, Ng Wei Aik... iaitu samseng DAP..

Lebih dikesalkan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan semalam tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka hari ini.


Pada tahun lepas, bazar Ramadan telah dipindahkan ke tempat asal di Komtar Walk daripada Penang Times Square menyebabkan para peniaga menerima kerugian besar ekoran kehadiran jumlah pengunjung yang terlalu kecil.[rujuk sini]

Menurut Syed Hassan, keputusan itu dicapai ketika pertemuan di antara Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman pada 25 Mei 2010.. Namun sekali lagi kerajaan DAP memungkiri janji..

Tahun lalu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghentikan pengeluaran lesen sementara bagi bazar tersebut yang telah wujud sejak 25 tahun lalu atas alasan mengganggu lalu lintas.

Tindakan itu dianggap oleh para peniaga sebagai berat sebelah kerana mereka mendakwa MPPP hanya 'menutup sebelah mata' dengan membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima di bandar ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketegangan bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik cuba mengusir peniaga terbabit... Beliau ini tidak patut dipanggil sebagai ADUN tetapi samseng komunis yang angkuh dan bongkak. [rujuk sini]

Kali ini masih ADUN DAP yang sama.. kali ini mereka mengusir peniaga Melayu Bazar Ramadan di dalam komtar pula.. walaupun kerajaan negeri memberi jaminan bahawa persiapan kali ini berjalan lancar..

Begitulah cerita nasib malang Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan regim DAP yang kejam, zalim, angkuh dan bongkak.

Inilah wajah bermuka-muka DAP, makluman di saat-saat akhir adalah taktik kejam yang digunakan DAP pulau Pinang untuk sabotaj perniagaan bumiputra ini..

Mereka ini adalah peniaga dan tidak sepatutnya terlibat dalam politik sempit... inilah ayat yang di keluarkan peniaga.. mereka menganggap siapa pun perintah sama sahaja iaitu mereka dapat peluang berniaga.. tapi sekarang baru mereka tahu akibat penukaran pemerintahan regim PAS-DAPig, nak niaga pun susah..

Ini adalah agenda sebenar DAP.. DAP mereka lebih menjaga kepentingan peniaga kaum Cina di Komtar berbanding peniaga Melayu.. kemungkinan ianya dilakukan atas tekanan peniaga kaum Cina di komtar yang hanya mencari untung untuk diri mereka.

JIka dizaman BN perintah, kompromi masih boleh dibuat supaya peniaga Melayu dapat berniaga di kawasan Cina.. tetapi jangan harap jika Pakatan Rakyat memerintah...

Bila Tunku Abd Aziz pencacai DAP - bangsa sendiri pun dihina

Kalau dah nama DAP, tetap DAP juga.. no.1 syarat menjadi ahli DAP adalah anti Melayu dan hak keistimewaan mereka.

Inilah yang mesti ada dalam daging mereka iaitu membenci Melayu dengan sebenci-bencinya dan inilah sebenarnya ajaran Komunis dahulu supaya melayu membenci kaum mereka sendiri dan dengan itu mereka mudah untuk menguasai bangsa Melayu... pecah dan perintah..

Orang yang dimaksudkan ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah. [rujuk sini]

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.
“Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

“Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit,” kata Abdul Aziz.
Tapi cuba lihat ini:
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
Jadi soalan kepada Tunku Aziz.. janganlah sampai nak jadi sangat boneka DAP sampai hina kaum sendiri. Siapa yang tak faham dan tak jelas dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 153.. tak nampak tercatat ke.. istilah perizaban dan perkadaran yang munasabah.. lain kali kalau ada mata tengok betul-betul.. jangan mata tu asyik tengok gambar bogel Elizabeth je..

Selepas ni Nak tengok juga kenyataan balas DAP terhadap kenyataan Hj Hadi.. adakah mereka akan bidas hj Hadi kerana masih tak faham perlembagaan persekutuan.. yang memelihara dan melindungai kepentingan kaum Melayu... ada berani ke... ataupun Nik Aziz akan bersuara selepas ni..

Satu lagi pemikiran dangkal yang ditunjukkan Tunku Aziz bila beliau membuat perbandingan hartanah dengan bukan hartanah yang mepunyai nilai berbeza dari segi kepentingannya..
"Diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti “BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata.”
Adakah sama nilai hartanah dengan kereta dan barangan lain.. tentulah tidak... nilai tanah bertambah saban tahun dan nilai barangan akan menurun.. benda kecik macam ni pun tak tahu ke... sebab itu ianya diberikan diskaun kerana peri pentingnya terhadap pemilikan aset bumiputera..

Jauh lagi jika nak kaitkan dari kepentingan politik.. pemilikan tanah bermakna pemilikan aset yang beharga berbanding dengan nilai barangan lain.. berapa ramai bangsa Melayu yang mempunyai nilai aset dan hartanah di tengah bandar... inipun disebabkan ada bantuan dan diskaun dari kerajaan.. kalau tidak jumlah ini pasti mengecil lebih jauh lagi.. akhirnya Melayu terus merempat di negara sendiri. Inilah juga peluang kepada kaum Melayu nak miliki aset yang berharga..

Jadi bila nak cakap tu bagilah fakta mengenai kedudukan dan perbezaan orang Melayu di bandar.. kalau tiada fakta lebih baik jangan cakap...

Jika nak kata aspek penjimatan.. kerajaan Selangor patutnya tidak membeli hutang Talam Corporatian yang bernilai beratus juta yang sehingga kini tidak selesai lagi..[rujuk sini].. ini pun satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Malaysia.. walaupun kata hutang dah dilangsaikan tetapi tiada butiran yang ditunjukkan..

Mengetahui bahawa Talam merupakan syarikat yang sedang sakit tenat adalah mustahil untuk syarikat tersebut membayar RM 50 juta secara tunai kepada kerajaan negeri.

Jika dibayar dalam bentuk pengambil alihan tanah dan aset kita mahu tahu tanah mana dan aset mana yang diambil alih. Bila perjanjian pengambil alihan tersebut ditandatangani.

Adalah luar biasa dan menjadi satu kesalahan untuk sebuah syarikat senaraian awam tidak membuat pengumuman rasmi mengenai pembayaran hutang sebanyak RM 50 juta ini.

Jika berlaku transaksi aset, masyarakat juga berhak tahu aset yang mana dan siapa yang membuat penilaian bahawa aset dan tanah tersebut bernilai RM 50 juta.

Apatah lagi hasrat kerajaan Selangor nak bantu bumiputera dengan buat penjimatan.. mana dia dasar Selangor yang jelas membantu Bumiputera.. sedangkan kontraktor bumiputra di bawah projek Pasir pun diberhentikan..

Cuam yang jelas ialah kerja kosong untuk gadis-gadis Melayu yang mahu menjadi tukang urut.. ini semuanya kerana usaha kerajaan negeri yang banyak membawa pelabur rumah urut di seluruh negeri Selangor.. kalau tak percaya cuba 'check' sekitar bandar Sunway.. rumah urut macam cendawan tumbuh... mana dia pemimpin PAS?.. exco agama tidor ke... pemuda PAS. tak de telor ke?

Memang jelas bahawa cakap mana-mana pemimpin DAP ini memang tidak boleh dipercayai.. ini semuanya untuk melidungi agenda DApigs bagi menghapuskan Melayu ditengah bandar...

Jika tiada Melayu dibandar maka tiadalah pengundi Melayu... jadi senanglah DAP untuk terus mempertahankan bandar... Ini juga cara yang sama dibuat oleh Inggeris ketika menjajah dahulu.. pecah dan perintah.. Melayu nampaknya akan terus diletak dipinggir bandar dan kawasan pendalaman.. dan Cina akan terus berkuasa dibandar..