Halaman

Selasa, Ogos 17, 2010

Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!

Mungkin PAS Kelantan dah terlalu bangga dengan pelancaran dinar emasnya beberapa hari lepas.. tapi ironinya pelancaran Dinar Emas yang melambangkan kehebatan ekonomi Islam tidaklah setaraf dengan pembangunan dan pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan yangtidk ke mana pun, belanjawan Defisit tahun 2009, FDI dan pelaburan bukannya ada apatah lagi dengan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Namun yang hebatnya ia mendapat perhatian kolumnis editor majalah Islamic Banker di Arab Saudi.. dahsyatnya juga penangan dinar Enas Kelantan. Untuk artikel penuh sila baca dibawah:

Seorang kolumnis akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews menganggap langkah kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai politik oportunis murahan untuk mengambil kesempatan emosi dan simpati penduduk Muslim.

“Pengumuman kerajaan negeri Kelantan minggu lalu bahawa ia akan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang sah diperlakukan bersama-sama ringgit adalah cubaan gagal untuk secara sendirian mengisytiharkan kebebasan dasar kewangan,” kata Mushtak Parker yang juga editor majalah Islamic Banker.

“Apa lebih ketara ia mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990,” katanya.

Beliau berkata, hakikat bahawa PAS mengumumkan langkah itu sempena permulaan Ramadan, menunjukkan ia langkah politik oportunis murahan.

PAS, katanya, akan mempunyai lebih kredibiliti jika ia cuba memperkenalkan langkah itu sejurus selepas krisis kewangan global pada 2008.

Bagaimanapun, seperti beberapa parti Islam lain, PAS terbukti tidak berkesan apabila memegang kuasa, dengan tumpuan diberi kepada dasar autoritarian yang ketinggalan zaman dan tidak anjal, serta pandangan patriak dan penguasaan golongan lelaki dalam kedudukan kuasa.

“PAS adalah parti yang memperkenalkan aparteid agama di Kelantan di mana wanita disediakan kaunter asing di pasar raya,” katanya.

Namun, beliau berkata dalam bidang ekonomi dan kewangan parti Islam, seperti PAS, “amat naif bahawa dinar emas Islam atau kewangan Islam adalah penawar kepada semua masalah dunia, semata-mata kerana ia adalah falsafah dan etos berlandaskan agama.”

Isu mata wang Islam bukanlah satu perkara baru, kata Mushtak.

Malah mata wang Islam sudah pun wujud iaitu Islamic Dinar (ID), iaitu unit perakaunan Bank Pembangunan Islam (IDB).

ID berkenaan adalah bersamaan satu SDR (Hak Pengeluaran Khas), unit perbankan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). ID itu secara berjaya digunakan IDB sejak penubuhannya pada 1975.

Mushtak berkata, jika negara Islam mahu mata wang bersama, ID berkenaan adalah calon paling sesuai untuk dipertimbangkan.

Namun, ia sukar diterima sebagai mata wang bersama – walaupun disandarkan emas atau perak kerana perbezaan tahap pembangunan ekonomi 56 negara anggota IDB. – Agensi

Ps: jangan pula PAS kata UMNO yang bayar kolumnis ni.. apalah punya otak.. letak kat lutut..