Halaman

Sabtu, September 25, 2010

Kalau dah bebal, jangan masuk campur..

Dia ni sebenarnya memang jenis bebal.. tapi mulut macam sampah, tetap nak bercakap juga... jadi dia ni perlu berlagak macam tahu semua dengan memainkan emosi orang awam.. khasnya ditujukan kepada kaum bukan Melayu dan seterusnya mencari publisiti murahan ala DAP.

Ianya berikutan kenyataan TPM yang menyatakan beliau tidak boleh pecat penjawat berkaitan isu pengetua yang didakwa rasis oleh pemimpin pembangkang yang sentiasa mempunyai sikap anti Melayu dan Islam..

Ekoran itu, lantas dengan segera Kit Siang.. bangun dan membuat sidang media [rujuk sini] menyatakan:
"Jika tiada tindakan memuaskan bagi mengotakan apa yang diikrar oleh Najib, khusnya berhubung hukuman ke atas dua pengetua berkenaan...Pakatan Rakyat akan membentangkan usul (di Dewan Rakyat) bagi menuntut perbahasan penuh,”
Seterusnya dia mempersoalkan kewajaran tindakan Muhyidin itu,
"(Kenyataanya) menimbulkan persoalan sama ada dasar 1Malaysia Najib mewakili polisi kerajaan yang serius dan juga berhubung skongan serta kesetiaan Muhyiddin,”
Namun hari ini kenyataan Kit Siang ditolak pedas oleh muhyidin, kenyataan tepat dan berasas, iaitu kalau tak tahu pergilah belajar atau bertanya orang lain.
"Lim Kit Siang, tolonglah... fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa,"
lebih pedih lagi kenyataan yang dilontarkan kepada Kit Siang,
"Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,"
Jadi maksudnya kalau dah bebal tentang pentadbiran tu, buatlah cara bebal.. pergi sekolah undang-undang, tanya dengan jelas dan bukannya buat kenyataan macam orang tak pernah baca buku.

ARahan adalah jelas berdasarkan Perintah Am kepada pegawai kerajaan. Ini ditegaskan oleh KSU Kementerian Pendidikan,
"Hanya pihak yang melantik (pegawai kerajaan) sahaja berkuasa dan berhak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan, menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan berjawatan tetap,
Jadi bukannya macam DAP, buat keputusan sesuka hati nak ambil siapa dan nak pecat siapa... UMNO dan BN jelas mengikut peraturan dan perintah Am.. tapi belum tentu pembangkang akan ikut..

Jadi kepada pegawai Awam dan bangsa Melayu jadikan tindakan Kit Siang sebagai pengajaran.. Jika mereka berkuasa, mereka mesti mahukan kuasa Mutlak, menteri ada kuasa mutlak boleh pecat sesuka hati.. jangan ingat selepas ini jikalau Pakatan memerintah pegawai awam akan duduk selesa.. tunggulah diri anda dipecat jika tidak ikut perintah tanpa mengikut prosuder yang betul..

Kalau nak kena pecat pilihlah DAPig dan sekutunya..

Wan Azizah mengamuk!!

Baru uruskan mesyuarat Cabang, Wan Azizah sudah tidak mampu menahan sabar sehingga terpaksa 'mengamuk...

Beikutan itu, ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu [rujuk sini].

“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”

Ianya dikatakan ramai mempersoalkan cara Mansor dilantik.. sedangkan ramai yang tahu Mansor ini bermasalah.. dialah dahulu yang bertanggungjawab menjatuh Mohd Fairus Kahirudin dan memfitnahnya dan akhirnya merampas jawatan Timbalan ketua Menteri 1..

Bantahan tersebut berdasarkan mereka yang faham bagaimana Cabang Permatang Pauh telah eksploitasi perlembagaan parti dalam pemilihan Mnasor.. ekoran itu, anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.

Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.

Ironinya.. Wan Azizah tidak layak menjadi pemimpin PKR.. kalau dah presiden PKR pun buta perlembagaan dan buat keputusan sendiri bagaimana nak mentadbir parti.. patutpun beliau hanya menjadi patung dalam PKR dan memerhatikan suaminya menguruskan parti..

Pemilihan PKR kali ini sangat kotor dan luar kawalan, ramai ahli yang tidak puas hati dan terpaksa bergusti [rujuk sini] dek pihak tertentu menanipulasi perlembagaan untuk kepentingan pihak tertentu..

Lihat artikel kekalutan pemilihan PKR yang berkaitan :

MATC Merbok kecoh, mesyuarat ditunda


Pemilihan PKR: Dua laporan polis dibuat hari ini


Azmin: Tak perlu isytihar setia pada Wan Azizah

Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?


Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah

Anwar lari tanggungjawab pimpin PKR?

Ketegangan pemilihan PKR kini sampai ke Pahang

Bukti dah ada - Guan Eng perbodohkan warga tua Muslim

Dah lah naikkan tarif air, kesian warga Pulau Pinang.. tak cukup tu, surcaj lagi kesian warga Pulau Pinang.. ... masih tak cukup nak tipu rakyat pulau pinang... bohong pulak tentang sumber pemberian wang ehsan warga emas.. kesian warga Pulau Pinang..


Dalam surat khabar hari ni Ketua Penerangan Pemuda UMNO menunjukkan bukti surat yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari sebuah syarikat judi untuk program wang ehsan tersebut..


Akhirnya kebenaran teserlah, Ianya berikutan sebuah blog yang menggelarkan diri mereka Pisau yang hanya mempersoalkan dari mana sumber wang Ehsan terbabit:
Pertanyaan Pisau pada mulanya adakah ada kaitan hasil judi terhadap pemberian wang ehsan kepada warga mas?Adakah kebarangkalian lain hasil judi datangnya dari kongsi gelap? Yang menariknya pertanyaan Pisau dianggap sebagai tuduhan dan fitnah oleh 2 ekor biawak gabok ini.Habis dicanang di ceramah,fb dan twitter kata mereka difitnah.
Malangnya Kerajaan negeri pun tak boleh ditanya langsung dan terus menuduh blog Pisau sebagai fitnah.. sedangkan ianya adalah pertanyaan oleh rakyat yang mahukan kebenaran..

Kemudian Pisau membangkitkan pertanyaan jika wang didalam akaun amanah kehabisan bagaimana mereka memperolehi sumber kewangan.Malangnya Ng Wei Aik memberikan fakta peruntukan wang ehsan yang meragukan.Adakah beliau berbohong di akhbar malah dihadapan rakyat semasa ceramah.?
Malaysia Insider 21 September 2010
Sebenarnya wang tersebut adalah hasil dari penjimatan kerajaan negeri dan juga bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan negeri tanpa pembaziran dan penyelewengan.

“Peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan.

Adakah Ng Wei Aik berbohong mengenai fakta ini,dari mana beliau dapat jumlah RM20juta?Berdasarkan maklumat, Jumlah peruntukan hanya ada 17,981,juta. jika ditolak 10.7 juta berdasarkan kenyataan fakta si pembohong ini masih berbaki 7 juta,itu pun jika masih tidak dikira pembayaran terkini yang sudah mencecah 11 juta.Jadi mana datangnya lebihan dari 20 juta yang kamu maksudkan?
Mana Guan Eng mahu lari.. DAP sebenarnya bukanlah parti yang telus, tetapi hanya berlakon baik depan pandangan awam.. Sebab tu banyak tindakan DAP, Guan Eng banyak berdiam dari memberi penjelasan.. Banyak urus tadbir yang diselewengkan.. tetapi mereka pandai berlakon dan media pembangkang sentiasa memberi gambaran baik mengenai mereka.

Akhirnya yang merasa diri mereka tertipu ialah pengundi.. wang ehsan dari wang judi untuk orang tua.. adakah ini boleh diterima akal bagaimana Guan Eng membodohkan orang muslim.... dan malang lagi ialah mana dia PAS yang konon menolak judi dan sumber haram tetapi kini hanya berdiam diri...

Kepada PAS, tanggalkan jubah tu, buanglah kupiah tu.. anda hanya munafik semata-mata.,. kerana mempertahankan yang batil dan yang haram.. cukup-cukuplah jadi boneka DAPig dan menjual agama Islam.,