Kelantan akan hadapi Pilihanraya Kecil kali ke-2. Pada Julai tahun lepas, PAS Kelantan menghadapi Pilihanraya Kecil Manik Urai menyaksikan PAS hampir tewas dengan 65 undi majoriti, namun dengan kelicikan PAS memanipulasi SPR.. maka PAS pun menang tetapi tanpa mengira satu kotak Daerah Mengundi yang tertinggal.
Keputusan Manik Urai yang lalu:
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
Itu keputusan Pilihanraya Kecil manik Urai, PAS hanya menang dengan 65 undi.. Itupun banyak berlaku isu dalaman PAS antara pergeseran antara Nik Aziz dan Hj Hadi sehingga Hj Hadi dilarang berkempen oleh PAS pada pilihanraya kecil tersebut. Selain daripada isu kumpulan erdogan dan ulama. Kali Ini PAS Kelantan akan hadapi satu lagi Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan [rujuk sini].
Ianya berikutan YB DUn Galas, Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
SPR mempunyai tempoh 10 hari sejak kekosongan wujud untuk memanggil mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil yang merangkumi hari keluar notis, penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian.
Kalau pada Pilihan Raya Umum 2008, Che Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Keputusan PRU 2008:
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171
Adakah PAS akan bernasib baik kali ini, kalau dilihat dari segi majoriti pun kurang dari 1,000 undi.. Pastinya PRK ini sangat getir kepada PAS dan akan menentukan landskap politik Kelantan khasnya dan negara amnya.
Apatah lagi PAS kelantan kini berhadapan banyak Isu termasuklah Isu Nepotisme yang diamalkan oleh Nik Aziz dengan melantik menantu beliau (Ariff Fahmi) menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Isu Nik Aziz terima wang rasuah untuk kerjakan haji, kemudiannya isu kerajaan Kelantan rugi RM 50 juta dan terkini isu sumbangan RM 4 Bilion oleh I'da World kepada PAS Kelantan.
Adakah PAS akan bernasib baik sekali lagi, adakah Pegawai SPR akan terlupa mengira satu kotak undi lagi.. jadi kita akan saksikan...
Namun dengan bantuan sumbangan RM 4 bilion, PRK Galas tak menjadi masalah kepada PAS Kelantan.
Halaman
▼
Isnin, September 27, 2010
Al Fatihah - ADUN Galas kembali ke Rahmatullah
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang di Hospital Pakar Al-Islam di Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau sebelum ini dilaporkan mengidap kanser usus.
Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa ke Gua Musang, Kelantan untuk dikebumikan. - Utusan
INI MESYUARAT PARTI POLITIK ATAU KUMPULAN SAMSENG!!!
Kecoh, ugut, pulau, bergaduh dan tipu !!!... itulah senario yang berlaku dalam mesyuarat parti politik PKR... tapi ramai 'konfius'.. ini mesyuarat parti politik ke.. mesyuarat kumpulan samseng..
Inilah sejarah mesyuarat parti politik yang paling teruk, kotor dan tidak terkawal dalam negara ini [rujuk sini]. Presiden parti tidak boleh buat apa-apa.. maklumlah presiden Parti sebelum ini dah macam tunggul.. jadi takde bezanya dulu dengan sekarang, sama sahaja tunggul..
Selain itu ramai YB dan pemimpin utama PKR juga tewas dalam merebut jawatan ketua cabang antaranya, Datuk Kamarul Bahrin Abas- Telok Kemang, Elizabeth Wong - Petaling Jaya Utara dan Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub juga menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak.
Di Subang pula, R Sivarasa, peguam kes liwat anwar kalah teruk dalam pertandingan ketua Cabang PKR Subang [rujuk sini]. Kalau kalah sikit tipis takpe. Ini kalah teruk. kat bawah ni keputusan undi:
1) najmi 163 undi
2)shahrom 0 undi
3)shawal 6 undi
4)sivarasa 5 undi
5)nathan 13 undi
Kekalahan mereka menunjukkan rakyat tidak percaya dengan Wakil Rakyat PKR, sebab itu akar umbi menolak mereka. Mereka gagal tunjuk prestasi di kawasan masing-masing, setakat glamor je tapi tak buat kerja untuk rakyat. Selain itu, masalah moral pemimpin PKR yang tidak mungkin rakyat boleh menerimanya sebagai pemimpin.
Ini tidak termasuk unsur kronisme dalam pemilihan suamai isteri dan anak.. ANwar, Azizah dan Nurul Izzah.. dan arahan pihak tertentu supaya calaon atau tidak calonkan pihak tertentu.. biasanya arahan ini diikuti dengan politik wang.. tidak mungkin arahan dengan air liur sahaja..

Menurut Malaysian Insider akhbar online pro-pembangkang - "pemilihan menggunakan sistem secara langsung, menyaksikan situasi paling buruk - kali pertama sejak bermulanya mesyuarat agung tahunan cabang minggu lalu dengan pemilihan enam bahagian digantung dan dipertikaikan.Ini adalah gambaran sebenar PKR,parti rakus dan gila kuasa. Ia menunjukkan kepada negara mengenai ketidak percayaan rakyat terhadap kepimpinan PKR terhadap pengurusan parti. Seterusnya menunjukkan sepatutnya PKR tidak layak untuk menerajui negara.
Lima daripada bahagian itu melibatkan negeri Selangor iaitu Klang, Kapar, Kuala Langat, Subang dan Kota Raja.
Satu lagi cabang melibatkan Parit Sulong di Johor.
Di Petaling Jaya Utara, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong kalah dan mendakwa pesaingnya tidak layak bertanding tetapi namanya dibenarkan.
Seorang pemimpin yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya menyifatkan perjalanan pemilihan hari ini khususnya di cabang-cabang di Selangor itu sebagai “sangat teruk” dan di luar jangkaan mereka.
“Ini kali pertama kami mengadakan pemilihan langsung, yang sepatutnya ahli-ahli menunjukkan contoh kepada negara bahawa PKR mampu mengadakan pemilihan dengan tenang dan bersopan, tetapi sebaliknya berlaku,” kata pemimpin dengan namanya tidak mahu didedahkan.