Halaman

Khamis, September 30, 2010

PAS patut tarik diri dalam PRK Galas?

Pilihanraya Kecil Galas akan berlangsung tidak lama lagi.. paling kurang dalam dalam tempoh 60 hari akan diketahui.

Belum pun diketahui tarikh Pilihanraya, PAS mula rasa panas.. semalam PAS minta supaya UMNO berikan laluan kepada PAS di Galas.. ianya memberi dua isyarat, pertama PAS mungkin menganggap diri mereka kuat dan beri amaran kepada UMNO supaya jangan bertanding agar tidak kalah dengan teruk..

Isyarat yang kedua, PAS merasa diri mereka tidak ada harapan langsung untuk menang jangan mereka merayu kepada UMNO biarlah bagi kerusi DUN Galas kepada mereka..

Bagi penulis, kenyataan nombor dua lebih tepat.. PAS merasakan mereka akan kalah di Galas maka mereka merayu bagilah mereka kemenagan percuma kepada mereka...kerana PAS sekarang kini sedang menghadapi pelbagai isu tentang diri mereka apatah lagi di Kelantan. Isu terhadap kronisme yang diamalkan Nik Aziz, isu kerugian kerajaan negeri RM 50 juta, isu sumbangan RM 4 bilion dan isu rasuah haji nik aziz.

Tambahan pula kaum kerabat PAS iaitu PKR dan DAP sedang juga berhadapan isu dan masalah dalaman.. PKR sedang teruk menghadapi pemilihan yang cukup kotor.. atau demi satu kepincangan dalam PKR terdedah dan didedahkan oleh ahli mereka sendiri.. yang cukup membuktikan PKR ini parti kronisme, samseng, rasuah, ugut dan sebagainya.. DAP pula menghadapi isu kenaikan harga air yang akan membebankan pengguna pulau Pinang.. kita teringat macam Pakatan selalu kritik BN naikkan harga minyak dan elektrik.tetapi apabila pulau Pinang dan Kedah naik harga air.. Pakatan nampaknya macam senyap je... inilah hipokrit Pakatan..

Dan paling menakutkan mereka, ialah apabila Tengku Razaliegh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Galasa.. ianya umpama jatuh ditimpa tangga.. siapa yang tidak kenal Tengku Razaliegh.. apatah lagi beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Gua Musang.. tuan tanah kedaung... pengalaman luasa serta pengaruh Tengku Razaliegh pastinya akan memberi tekanan kepada PAS [rujuk sini]..

Apatah lagi, Tengku Razaleigh juga bertanggungjawab dalam isu royalti Kelantan.. adakah PAS akan belasah tengku Razaleigh yang dianggapnya sebagai senjata untuk isu royalti minyak Kelantan...

Dah tak de cara lain, si Sakehudin Ayub terus menyerang orang yang bertanggungjawab melantik tengku Razaleigh sebagai lari dari tanggungjawab... agaknya dah tak de alasan lain...

Sebenarnya PAS yang patut tarik diri supaya tidak mahu menerima malu di Galas.. Ianya adalah strategi yang tepat digunakan BN untuk hadapi PAS Kelantan...