Halaman
▼
Isnin, Oktober 25, 2010
Calon tak laku taruhan PKR
Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat kononya untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.
Menurut Anwar Ansari dipilih kerana merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.
Ansari telah beberapa kali masuk bertanding baik DUN mahupun Parlimen sejak zaman Berjaya lagi, namun satu kalipun tidak pernah menang.
Pada PRU-12, dia mencuba nasib di Tuaran baik negeri mahupun Parlimen, namun tidak mampu bersaingpun dengan calon-calon BN.
Kini mencuba nasib di rantau orang, ini lah petanda, bahawa PKR ketandusan pemimpin yang boleh dijadikan sebagai calon.
Pemimpin PKR asal Sandakan, yang juga Pengerusi PKR Negeri Encik Thamrin Zaini diketepikan, menunjukkan walaupun Thamrin sebagai pengerusi parti peringkat negeri, namun Anwar merasakan kepimpinannya tidak dapat dihandalkan.
Pemilihan Ansari yang berasal dari luar Sandakan menunjukkan, bahawa PKR atau PR sebenarnya tidak serius bertanding di PRK kali ini. Mereka meletakkan calon hanya untuk mendapatkan undi simpatisan PKR, agar supaya memberi peluang kepada Persiden SAPP Datuk Yong Teck Lee.
Dengan pemilihan Ansari Abdullah, yang nyata kini persaingan untuk kerusi P-185 Batu Sapi hanya terletak pada calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin dan Datuk Yong Teck Lee.
Datuk Yong sudah tentu mengharapkan sokongan kaum cina, untuk bersaing dengan BN yang mendapat sokongan bumiputera dan sebahagian kecil kaum cina.
Melalui percaturan Yong, dia hanya memerlukan sejumlah 1,000 undi bumiputera untuk menang. Melalui pencalonan Ansari, sudah tentu kaum cina akan memberi undi kepada Yong Teck Lee. Sentimen kaum cina Sandakan, sangat berbeza dengan sentimen kaum cina Semenanjung; di sini lah kemungkinan kelebihan Yong Teck Lee.
Berasaskan perkembangan semasa ini, Datuk Musa Aman sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Batu Sapi mempunyai tugas yang sangat berat untuk mendapatkan undi kaum cina. Peranan parti LDP, MCA dan Gerakan tidak akan banyak membantu.
Namun kerana calon BN merupakan calon yang mempunyai jalinan dan net working dengan para pengundi kaum cina, serta mengenang perkhidmatan mendiang suaminya sebagai MP 2 penggal, maka keadaan inilah yang memberinya kelebihan di banding Yong Teck Lee.
BN diperkirakan akan berhadapan dengan isu-isu tanah yang akan dibangkitkan oleh pihak SAPP dan PKR.
Apapun, Datuk Musa, Tan Sri Pairin dan Datin Linda Tsen mempunyai kaedahnya tersendiri untuk memenangi PRK kali ini.
Dipetik dari blog : apa yang tersirat