Halaman

Isnin, Januari 24, 2011

PRK Tenang : Janji PRK Tenang, Jelas PAS memang PENIPU!!!



Pembohongan Calon PASberg..

DIN Puduraya akui PASberg memang tak mampu untuk selesaikan masalah rakyat... jadi apa guna PASberg bertanding.. takkan YB PASberg hanya makan gaji buta!!!

Dalam sidang media ni.. nampaknya Calon PASberg ni nampak macam tak berupaya nak jadi YB.. manakan tidak sepatutnya calon PASberg lah yang cakap tentang janji beliau... kenapa si DIN Puduraya pulak yang cakap...

Ini menunjukkan kepimpinan PASberg sendiri tidak yakin dengan calon mereka!!!.. apatah lagi ini adalah calon wanita... ini membuktikan pemimpin PASberg memperkecilkan peranan kaum wanita!!!

Ini diakui pemimpin PASberg ini!!!, beliau berkata "usaha ini dilihat praktikal kerana semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pembangkang Negeri johor telah dijadikan anak angkat oleh kerajaan BN/ UMNO dengan motif untuk memenangi PRU-13"

Jadi apa peranan YB PASberg.. sapi punya susu, lembu dapat nama,,, sebab hakikatnya PASberg memang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.. yang mampu menyelesaikan masalah rakyat adalah BN.. jika dilihat hakikat ini.. PASberg dari asal memang tidak tidak perlu bertanding.. kerana mereka tahu mereka tidak akan menyelesaikan masalah rakyat!!!

Jadi kenapa PASberg bertanding walaupun mereka tahu, PASberg tidak akan menang!!!
Ini semua kerana YB PASberg hanya nak makan gaji buta!!!

PASberg bangkitkan soal isu pengambilan wang tanam semula, isu gred yang rendah buah kelapa sawit, isu peluang pekerjaan dan penempatan generasi ke-2 Felda, isu permohonan tanah pertanian, masalah perparitan dan kemudahan asas dan isu peluang peniagaan di labis... tapi PASberg kata yang selesaikan masalah ini ialah kerajaan BN.. jadi apa perlu YB PASberg.. setakat jadi posmen hantar surat.. inikah standard YB PASberg.. hanya mengambil kesempatan yang BN lakukan untuk membangunkan rakyat setempat..

Tindakan kerajaan BN membangunkan kawasan DUN yang kalah membuktikan kerajaan BN ialah kerajaan yang adil dengan mengambil kira kebajikan rakyat!! bukan yang memilih untuk menyampaikan bantuan kepada kawasan YB BN sahaja.. tetapi kepada semua kawasan..

Ini membuktikan memilih calon PASberg ialah perkara yang sia-sia dan membuang masa.. hakikatnya cikgu malas ke, Dr Syeikh Ibrahim atau siapapun YB PASberg di Johor hanya makan gaji buta dan tidak mampu  menyelesaikan masalah rakyat..

Oleh itu kepada semua pengundi DUN Tenang.. jadi  pengundi yang bertanggungjawab... jangan undi YB yang akan makan gaji  buta dan tidak mampu selesaikan masalah rakyat...

Undilah calon BN... yang komfirm boleh selesaikan masalah rakyat!!!

Hidup BN

PRK Tenang : Duit jentera RM 43 ribu hilang dikebas pemimpin PAS!!!

Mana duit kami!!! itulah yang kini sedang panas di kem jentera PAS PRK Tenang.. persoalan ke mana pergi wang jentera PAS?

Ianya mengenai duit tentera PAS yang berjumlah RM 43 ribu [kli sini] yang sepatutnya diagihkan kepada jentera tidak sampai ke akar umbi. Dimaklumkan duit tersebut berjumlah RM25ribu sudah diserahkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Pulau Pinang kepada Dr Mujahid manakala Ustaz Roshidi mendapat peruntukan RM18 ribu.

Tidak sangka ada juga kaki kebas duit dalam pemimpin PAS.. duit yang sepatutnya sampai ke jentera PAS tenang hanya sampai kepada jentera mereka. Ianya apabila 2 puak khawarij bertelagah di antara juak Salleh Man dan kroni Ustaz Roshidi, Juak khawarij Salleh Man mempertikaikan kemana perginya peruntukan perbelanjaan untuk ke Tenang.

Duit Tersebut depercayai diperolehi oleh kerajaan Anti Melayu DAP Pulau Pinang telah memberi komitmen untuk menghantar jentera kempen melalui tunggangan rasminya PAS Pulau Pinang.

Berdasarkan kenyataan pesuruhjaya PAS negeri Salleh Man,sebagai tunggangan rasmi DAP Pulau Pinang mereka akan mewakili Pulau Pinang untuk membantu PAS Johor dalam kempen prk Tenang nanti.

Menurut Salleh Man ,PAS Pulau Pinang akan mengunakan kelebihan pengalaman sebagai tunggangan DAP kerana kempen mereka begitu efektif memperbodohkan melayu Pulau Pinang.Maka kepakaran ini akan diguna pakai untuk berkempenkepada melayu Johor pula.

P/s.. tak sangka pemimpin PAS pun belasah duit jentera mereka.!!!

PRK Tenang : Tok Ai boleh menyanyi lagu mandarin

Semakin demam calon PAS... calon BN tak payah nak pakai baju warna merah... rupanya beliau ada asas bertutur bahasa mandarin.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim bukan sahaja mesra dan mudah didekati masyarakat, malah turut berbakat menyanyi lagu Mandarin.

Pada majlis jamuan mesra bersama Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini, Mohd Azahar membuat kejutan dengan menyanyikan lagu ‘Gong Xi Gong Xi’ di hadapan 1,200 hadirin terdiri daripada masyarakat Cina Labis.

Majlis itu diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan turut dihadiri beberapa pemimpin MCA, termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.

Mohd Azahar yang dikenali sebagai ‘Tok Ai’ di kalangan penduduk tempatan, dijemput ke pentas utama seterusnya menyanyikan lagu tersebut dan mendapat tepukan gemuruh.

“Saya mula belajar lagu ini ketika darjah tiga atau empat semasa sekolah rendah. Cikgu saya mengajar saya dan saya memang suka belajar nyanyi lagu Mandarin,” katanya kepada selepas majlis itu.

Hadirin yang ditemui juga terkejut dengan kebolehan Mohd Azahar yang dapat menyanyikan lagu itu dengan baik, dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang berani mencuba.

Salah seorang tetamu, Teo Yun Seng, 34, menyifatkan Mohd Azahar sebagai seorang yang rajin belajar berdasarkan kebolehannya menyanyi lagu Mandarin itu.

“Saya rasa sebelum ini dia tidak tahu nyanyi lagu itu, tapi saya rasa dia telah belajar dan dia dapat nyanyi lagu itu dengan baik,” katanya.

Bagi Lee Sin Kang, 38, pula apa yang cuba dilakukan oleh Mohd Azahar adalah salah satu cara untuk menonjolkan semangat 1Malaysia.

Mohd Azahar dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud, akan berhadapan dengan calon Pas, Normala Sudirman.

PRK Tenang : Panas!!! Normala tolak pilihan Keluarga

Oleh : KumanKumin


 Semua sedia maklum bahawa calon PAS di PRK DUN Tenang, Cikgu Mala sudah berkahwin dengan Makrof Abd Mutalib dan dikurniakan dengan tiga orang anak …

Tapi yang ramai orang tidak tahu adalah perkahwinan cikgu Mala dengan Makrof adalah bukan perkahwinan cikgu Mala yang pertama .. Itu yang kumankumin dengar dari sumber-sumber di Tenang ini …

Ini kerana sebelum berkahwin dengan Makrof, Cikgu Mala pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya … Jeng Jeng Jeng … wahhh macam filem hindustan pulak cerita cikgu Mala ni ..
Perkahwinan pertama cikgu Mala dikhabarkan adalah perkahwinan dengan pilihan ibu bapa nya … kira cikgu Mala ni ikut cakap ibu bapa lah ye …

Tapi malangnya dikhabarkan juga perkahwinan tersebut hanya bertahan 2 hari sahaja … apa??? 2 hari?? wahhh macam cerita Britney Spears pun ada …

Rupa-rupanya cikgu Mala tidak bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya kerana beliau sudah ada pilihan hatinya sendiri … Kenapa cikgu Mala tak berterus terang sahaja dengan ibu bapa nya … Kenapa perlu berkahwin dan kemudian bercerai?? Adakah cikgu Mala derhaka terhadap ibubapanya dalam diam …

Nampaknya kalau dilihat daripada kisah silamnya, cikgu Mala nih mesti ‘nakal’ dizaman remajanya … orang macam ini ke yang layak dijadikan wakil rakyat??

Ini yang kumankumin dengar dari penduduk-penduduk Tenang … Kalau ada rakan-rakan nak tambah atau betulkan fakta, dialu-alukan … Pikir-pikirkan lah …

Kalau dengan pilihan keluarga sendiri Cikgu Mala boleh tolak apakan lagi.. permintaan rakyat!!!

Jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya..

Ahad, Januari 23, 2011

PRK Tenang : PAS Janji RM 300, jika undi PAS

PAS sudah mula rasuah duit untuk beli undi.. di Pekan Air Panas, Labis.. PAS janji beri RM 300 jika pengundi mengundi PAS.

Penduduk Air Panas berkata, jentera PAS meminta pengundi untuk berikan Kad Pengenalan mereka kepada perayu undi PAS.

Di Galas, Nik Aziz secara jelas telah memberi rasuah kepada pengundi dan nampaknya gerak kerja membeli undi terus digunakan PAS.

PRK Tenang : PAS upah samseng!!!

Oleh : Bagong @ agendabangsa

articles: report calar.jpg

Hari pertama kempen bermula PRK Tenang sudah menunjukkan suasana yang kian Panas. Petang tadi sudah bermula provokasi melampau apabila 2 buah kereta milik Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri Pulai yang diletakkan di Rumah Awam Labis telah dicalar balar dengan ditulis perkataan-perkataan kesat dan lucah. Antara perkataan tersebut adalah 'babi', 'butuh', 'bodoh' dan 'cibai'.

Sehubungan itu dua laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Labis petang tadi. Mungkin ini petanda keganasan PRK seperti di Bagan Pinang akan dimulakan pembangkang apabila sedar mustahil untuk menembusi kubu UMNO yang semakin kukuh di Dun Tenang.

articles: keta calar.jpg

Dalam pada itu, siasatan pihak polis petang tadi telah menjumpai sebatang paku berdekatan tempat tersebut yang dipercayai digunakan dalam kerja-kerja jahat tersebut. Semoga perkara-perkara sebegini tidak lagi berlaku agar pilihanraya kecil Tenang berjalan dengan tenang.

articles: kertas report.jpg

articles: keta calar2.jpg

Orang Johor perlu ajar PAS biadap ni... ini negeri UMNO... bukan macam Kelantan!!!

PRK Tenang : Ajaran sesat Nik Aziz disebarkan di Tenang

 Inilah akibat ajaran sesat Nik Ajis.. mendoakan keburukan BN dan sesama umat Islam... 
adakah ini akhlak seorang Islam...



Yang dok tandatangan ni bukanpun ahli PAS labis.. semuanya prang luar... pi menyebuk habiskan beras jo....

Inilah ajaran tok guru PAS Pis Pus.... sampai sanggup jilat DAP...

PRK Tenang : apabila jenazah pun dipolitikkan PAS

petikan  : Pejuang Bangsa


LABIS 22 JAN – Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

“Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar.

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya.



Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

“Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

“Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

“Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

“Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan,” katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

“Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

“Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

“Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

“Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu “hodoh” kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

“Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali,” katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

“Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…,” katanya. -MediaUMNO

Kemaskini : Azahar Ibrahim diiringi 20 ribu penyokong BN










Perarakan pagi tadi mencetuskan gelombang biru di tengah Pekan Labis.

Perarakan yang bermula jam 8.00 pagi itu menyaksikan Azahar Ibrahim diiringi dengan beberapa pemimpin BN antaranya TPM.

Turut serta dalam perarakan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Kehadiran penyokong BN dianggarkan seramai 20 ribu yang turut berarak bersama... pada pukul 9 pagi tadi, masih terdapat berpuluh bas yang masih menurunkan penyokong BN..

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim telah mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.02 pagi, manakala Calon PAS  pula mengemukakan borang calon pada 9.09 pagi.

Inilah semangat perjuangan untuk menentang pejuang kebatilan yang menjual bangsa dan agama demi mendapat undi...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PRK Tenang : Calon PAS boleh disabitkan kesalahan pilihanraya






Gelanggang berkempen di Pilihanraya Kecil DUN N05 Tenang masih belum bermula dan hanya akan dibuka setelah borang penamaan calon dihantar dan disahkan oleh SPR pada 22 Januari 2011 ..

Tetapi, calon yang telah diumumkan PAS pad 16 Januari 2011 yang lalu, telah awal-awal mengerakkan kempen dengan berceramah di beberapa tempat di DUN Tenang … Calon cuba memancing undi lebih awal terutamanya daripada pengundi Cina.. tak sabar sangat nak jadi calon si Normala ni...

Mungkin Cikgu Mala nih tak paham lagi undang-undang SPR kut … Mungkin sebab calon payung terjun kut … Kelam kabut cikgu nak pancing undi sebab sebelum ni tak pernah turun ke padang … disebabkan takut pengundi Cina tak kenal, jadi awal-awal lagi dah berceramah meminta pengundi Cina mengundi beliau …

Calon PAS, sebenarnya boleh disabitkan kesalahan Pilihanraya iaitu di bawah Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya sebagaimana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
24B. (1) Tertaluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihan
rayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.

(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila
disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Maknanya kempen hanya boleh dilakukan selepas tempoh kempen bermula iaitu selepas penamaan calon.. tapi lihat sahajalah gambar dan video di atas..

SPR perlu bertindak tegas... ini tidak jika BN melakukan kesalahan SPR cepat bertindak.. tapi apabila PAS berkempen terang-terangan.. tiada satu tindakan tegas yang dibuat terhadap PAS..

Sabar lah Cikgu Mala, bukan kah kesabaran itu adalah sebahagian daripada Iman .. Orang PAS mesti tau kan..

p/s: dengan semasa menjadi guru, Normala miliki 3 buah kedai di sekitar Labis... bukankah pegawai kerajaan membuat 2 kerja dalam perkhidmatan awam... ni nak kena siasat ni!!!

PRK Tenang : Rosak dah parti PAS ni!!!


Nampaknya PAS sanggup buat apa sahaja.... rosak!!!!

Khamis, Januari 20, 2011

PRK Tenang : PAS tabur risalah Palsu BN

PAS kini dikesan sedang membuat fitnah terhadap BN di sekitar bandar Labis. Jentera-jentera PAS diarah untuk menabur fitnah terhadap sebanyak mungkin bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada BN.

PAS kini dilihat sangat terdesak... PAS telah mengedarkan risalah BN palsu bertajuk "Kukuhkan Ketuanan Melayu".. di tengah-tengah bandar yang majoritinya kaum Cina.. tak kan bodoh tindakan ini... Kawasan Cina buat cara kawasan Cina dan bukan kawasan Cina buat cara kawasan Melayu..

Inilah bukti PAS yang kini sedang menjadi juara fitnah.. PASBerg akan membuat apa sahaja.. asalkan mereka menang.. inilah ajaran tok guru-tok guru mereka..

Tolak Juara Fitnah!!!

Undilah BN.. Tranformasi harapan rakyat!!!

Al Fatihah, ADUN Merlimau meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Panas!!! : PAS Johor larang Anwar datang ke Johor!!!



Oleh : garamanis

Mula-mula sekali baca semula apa yang tersiar di laman rasmi untuk psywar DUN Tenang
Semasa majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin, Anwar Ibrahim tidak kelihatan di Tenang.

Pelbagai helah diberikan pihak PAS, tetapi kini jelaslah dari surat seorang penyokong PAS di Malaysia Digest sini bahawa kepimpinan PAS Johor telah membuat keputusan meminta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak menghadiri.

Keputusan ini adalah satu tamparan buat Anwar yang telah menyumbang keapda kempen PAS dengan lawatan dua kali; pertama kali dalam satu ceramah dan kali kedua secara senyap-senyap.
Sambung seterusnya disini

Rupa-rupanya, sentimen PAS Johor terhadap Anwar Ibrahim berbeza dengan apa yang ditunjukkan PAS Pusat.

PAS Johor tidak mengalu-alukan kehadiran Anwar ke Labis. Dari apa yang diketahui PAS Johor langsung tidak mahu menjahanamkan potensi undi Melayu pada PAS dengan kehadiran Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli PAS menjadikan kedai-kedai kopi di seluruh Labis untuk memberitahu bahawa, PAS sangat dominan dalam aktiviti kempen untuk memenangkan Cikgu Mala. Dijaja bagaimana agresifnya, jentera Muslimat bergerak menembusi kawasan Melayu seperti Kg Tenang, Kg Ayer Panas, Felda Tenang, Chemplak dan lain-lain kawasan Melayu.

Dalam ceritanya, PAS berjaya mempengaruhi dan menerangkan perjuangan suci untuk menubuhkan negara Islam.

Itu pak lebai serban hijau yang bercerita. Anak dara PASTI bawah umur pun depa sanggup rembat untuk sedapkan nafsu serakah.

Realitinya, tiada pergerakan jentera kempen menerjah kampung-kampung untuk meraih sokongan. Jangan salah anggap tempoh berkempen belum bermula maka PAS belum mahu buka langkah. Dalam tradisi PAS mana pernah depa ikut undang-undang. Semua nak dilanggar.

Kerana PAS tahu kekuatan BN di Labis sangat mengujakan.

PRK Tenang : Siapa dia Mohd Azahar Bin Ibrahim?

PROFIL: Calon BN DUN Tenang

# Nama : Mohd Azahar Ibrahim
# Umur : 39 Tahun

# Tarikh Lahir : 14 Mei 1972
# Tempat Lahir : Labis Segamat

# Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31 tahun
# Anak: Nur Aina Maisara, 6, Nur Arisha Najwa, 3, Muhammad Haikal, 8 bulan

# Kelulusan :
# Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) Melaka (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) 1993
# Ijazah Sains Politik (Kepujian) Portsmouth, United Kingdom - 1996

# Pekerjaan:
# Penolong Pentadbir Tanah Kluang (1997-2000)
# Penolong Pentadbir Tanah Segamat (2000-2006)
# Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat (2006-2011)

# Jawatan dalam parti:
# Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis (2004-2008)
# Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis

# Pembabitan dalam pertubuhan dan kebajikan:
# Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000-kini)
# Setiausaha Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit (2000-kini)
# Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005)
# Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Rengit (2006-kini).

Rabu, Januari 19, 2011

PRK Tenang : Sah!!! anak tempatan menjadi calon BN

BN telah mengumumkan calon muda dan berwibawa berumur 39 tahun, seorang profesional yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai daerah  (ADO) di Rengit...

Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

Mungkin inilah yang diwarisi daripada bapanya, Beliau yang merupakan anak kepada tok penghulu Ibrahim seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional yang pernah menjadi wakil rakyat lewat 80an dulu. Bapa beliau merupakan seorang yang dihormati dan disegani.

Lawan beliau ialah bukan anak tempatan, berasal dari Ledang. Seorang bekas guru yang meletak jawatan 24 jam kerana kemaruk nak menjadi calon PAS. Dahlah bekas guru, tak reti bersyukur, makan gaji, dapat elaun itu dan ini.. kalau bonus dapat sikit.. siap maki hamun lagi...memang inilah dia perangai orang PAS...

BN memilih calon yang tepat untuk berhadapan calon PAS.. orang muda lawan orang muda dan anak tempatan lawan bukan anak tempatan..

Khamis, Januari 13, 2011

Al Fatihah, Blogger YANG GAMBI telah kembali ke Rahmatullah



AL-Fatihah kepada salah seorang pejuang blogger Yang Gambi yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 malam tadi, akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau akan dikebumikan di Felda Keratong 2, Rompin, jam 10.00 pagi.



Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kepada keluarga beliau, diminta tabah dan redha pemergian Allahyarham ke rahmatullah.. sehubungan itu, keluarga Allahyarham minta ampun dan maaf bagi pihak Allahyarham, sekiranya dalam hidup Allahyarham adan membuat silap dan salah dan jika termakan dan terminum, samada sengaja atau tidak sengaja minta dimaafkan.


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.. Alfatihah

Selasa, Januari 11, 2011

PRK Tenang - Nasib si pejuang hamPAS

Sanip bin Ithnain ialah bekas ketua Pas Cawangan Felda Sungai Sayong. Dia adalah bekas calon Pas DUN Pasir Raja 2004.

Sejak tahun 2005, dia jatuh sakit urat saraf. Dia juga hadapi lemah sebelah kiri badan akibat angin ahmar.

Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh bercakap tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. Sekarang pakai pampers.

Begitu banyak pengorbanannya pada PAS, tidak dipeduli langsung. Mana dia orang2 PAS dari Johor macam Din Puduraya, Suhaizat Kayat, dan lain-lain.

Konon Mazlan Aliman berkorban untuk orang Felda. Orang PAS dalam Felda pun dia tidka boleh bela. Akhirnya jiran tetangga orang UMNO juga yang bela.

Siapa nak tolong boleh hubungi di E2, Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi. No. Telefon: 07-8977632.

Bantulah atas peri kemanusianan walaupun dia berlainan parti. Kita anggap dia orang Muslim walaupun Tok Guru dia anggap kita kafir.

Ada lebih, bantulah dia.

Walaupun masa banjir di Kedah, kerajaan negeri hanya bantu orang PAS dan tidak bantu rakyat jelata yang bukan ahli PAS. Kita bantu juga ...

oleh : unspinner

PAS mahu perbodohkan pengundi Tenang

 Semalam PAS telah mengadakan kempen di DUN Tenang dengan lebih tepat lagi di rumah 105, Felda Chemplak Barat. Sebagaimana diketahui tarikh dibenarkan berkempen hanya bermula pada 22 Januari 2011 iaitu selepas hari penamaan calon.

Namun PAS nampaknya dah tak sabar sangat berkempen untuk Pilihanraya Kecil DUN Tenang.. persoalannya ialah di mana SPR? di mana penguatkuasaan undang-undang yang melarang berkempen sebelum penamaan calon?

Yang kedua ialah dikatakan tidak dapat permit polis... kemudian berkempen dan paling teruk banyak putar alam, putar belit, menipu, membohong oleh para pemimpin hamPAS ni.. berbulu telinga dengar!!!

Antara Tokoh yang hadir semalam ialah Hj Hadi Awang, Us Udris Ahmad, Dr Mahfodz mahmod dan panel yang lebih banyak bercakap dari penceramah... Mazlan Aliman..

Antara isu yang ditimbulkan ialah PAS perjuang negara Islam... sedangkan rakyat mengetahui PAS mana lagi perjuangkan negara Islam.. PAS sekarang perjuangkan negara kebajikan sama macam komunis!!!

Kalau tak percaya tanya si Nizar Pengkhianat tu.. dah jelas dia kata PAS tidak pernah dalam mana-mana yang termaktub dalam perlembagaannya nak tubuhkan negara Islam semasa sidang DUN Perak.. jadi apa yang nak bohong lagi ni...

Mana ada pemimpin PAS sekarang bercakap secara umum tentang nak tubuh negara Islam... kalau ada sekalipun.. mana dia konsep negara Islam yang PAS nak tubuh!!! setakat cakap dengan air liur boleh lah... teringat semasa PAS keluar buku tentang negara Islam namun masih tak menjelaskan apakah negara Islam yang mahu dibuat oleh PAS?

PAS juga menimbulkan isu hudud dan undang-undang Islam.. maka berkatalah si Hj Hadi, Us Idris dan semua pemimpin PAS.. UMNO tolak hudud.. UMNO tolak mendaulatkan Islam.. tapi sekarang siapa yang tolak hudud.. Apa yang PAS kata depan DAP.. nak laksanakan hudud ke?

keduanya.. rasanya rakyat malaysia masih ingat lagi.. hudud PAS ni ada 2 versi.. Versi Hudud PAS Kelantan dan versi Hudud PAS terengganu.. ni macam ne pulak.. PAS sendiri masih tak de konsensus hukum Hudud yang nak diadakan...

Sekali lagi PAS nak tipu pengundi Tenang...

Kemudian Hadi Awang semalam.. bukan main menjilat bukan Islam.. katanya Islam adalah untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja... wah!!!

Siapa dia yang kafirkan orang UMNO atas alasan berkawan berkawan dengan kafir... siapa tak ingat dengan amanat Hj Hadi.. tapi semalam Hj Hadi bukan main jilat semalam.. terasa betul macam Hj Hadi jilat jubur Lim Kit Siang dan Karpal Singh!!!

Apalah perangai.. kalau dah terdesak sangat nak undi, biarlah buat secara bermaruah.. dahlah dia tu dulu dia yang hina sangat orang kafir kali ni dia pulak tunduk pada sikafir ni siapa dipuja dan dipuji tak cukup dengan tu siap jilat lagi... kalau ini standard presiden PAS, memang jahanam lah Islam...

Kemudia dia goreng pulak isu janji 100 hari Pakatan Penipu khasnya tentang nak bagi elaun kepada guru.. ingatkan semalam Idris Ahmad nak ishtiharkan bagi duit pada guru-guru sebanyak RM 500.. tapi semalam pun si Ketua Penerangan PAS pusat sebut nak bagi duit sebnyak RM 100 sampai ditegur dan dibetulkan oleh hadirin yang hadir..

Rupanya... dia pulak persalahkan kerajaan Persekutuan.. dia kata, janji dibuat jika PAS menang PRU-13.. la.. apa gunanya dengan kuasa pemerintahan di negeri yang tadbir Pakatan Sekarang... tak perlu nak cakap guna air liur.. buktikanlah dahulu, buatlah dinegeri pakatan.. berikanlah elaun RM 500 kepada semua pegawai awam di negeri Pakatan yang mereka ada kuasa... bukan hanaya guru.

Bilangan guru hanya ada lebih kurang 400 ribu sedangkan jumlah seluruh kakitangan awam ada lebih kyurang 1.2 juta atau 1,200,000.. jadi apahalnya dengan kakitangan awam yang lain yang berbaki lebih kurang 800,000 orang lagi !!! kenapa guru sahaja yang dapat??? Inilah dasar pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Penipu!!!

Rasanya cukup setakat ni... nanti akan didedahkan banyak lagi penipuan yang dibuat oleh PAS sepanjang PRK tenang ni... termasuklah isu kenaikan harga minyak, air percuma di Selangor, isu Felda dan sebagainya..


Ila Liqa'..

Isnin, Januari 10, 2011

Panas : Presiden PAS tidak layan blogger pakatan

Presiden PAS didakwa tidak melayan seorang blogger pro pakatan yang mahu dapatkan pandangan dan penjelasan beliau.. bukan setakat itu, bahkan blogger ini didakwa dibelasah oleh penyokong Presiden PAS tersebut.

Menurut cerita, sekumpulan jemaah masjid, dipercayai penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengasari seorang penulis blog yang cuba mendapatkan beberapa penjelasan daripada presiden PAS itu. Ianya berlaku dekat rumah Abdul Hadi di Marang pada 7 Januari lalu, dan turut dikurung seketika di pejabat masjid berdekatan dan telefon bimbitnya dirampas.

Blogger berkata "Dalam kejadian itu, kira-kira tujuh atau lapan orang mengepung saya. Saya rasa dipukul daripada belakang dua kali,".

Menceritakan kembali pengalamannya, Khairun Nizam atau lebih dikenali sebagai ADUKA TARUNA mendakwa, selepas solat Zohor di Masjid Rusila dekat rumah Hadi, beliau menghampiri pemimpin itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno yang meletus selepas pilihan raya umum lalu.

Oleh kerana tidak dilayan, beliau terus mengikuti pemimpin utama parti Islam itu hingga ke hadapan rumahnya - 15 meter dari masjid - sambil bertanya soalan dan merakamkan pergerakan Hadi menggunakan kamera telefon bimbit.

"Kemudian saya ditahan dalam sebuah bilik sebelum dibebaskan tidak lama kemudian," dakwanya.

Khairun Nizam merupakan antara penulis blog pro Pakatan Rakyat yang menentang kuat idea kerajaan perpaduan. Beliau juga antara penggerak kempen "PAS Reform" dan "Langgar Hadi".

Khairun Nizam mula mendapat perhatian selepas didakwa menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dalam tulisannya di blog awal pada Januari tahun lalu.

.................. hakikatnya inilah layanan Presiden PAS kepada blogger yang pro kepada Pakatan Rakyat... apalah salahnya untuk berjumpa.. jika jawatan setakat Presiden parti pun dah berlagak.. dan tidak mahu berjumpa dengan rakyat.. apatah lagi jika jadi Perdana Menter nanti..

Inikah parti yang dikatakan bebas beri pandangan yang menyokong kebebasan bersuara.. tetapi masih menunjukkan sebaliknya...

Inilah presiden yang angkuh dan sombong!!!!

Penipuan wartawan TVSelangor terbongkar!!!

Kalau Tok Guru menipu... apatah lagi anak buah!!!

Lihat sahajalah gambar di bawah, bagaimana anak buah tok guru menipu!!!



Sumber : GAP

Ahad, Januari 09, 2011

Anwar serang Hadi?


Bukan lagi habar angin, sembang kosong dan sekadar gosip picisan di antara kem kem pembangkang.

Anwar Ibrahim akan mengadap Hadi Awang petang ini sebagai langkah berdamai akibat perbuatan 'langgar lari' bloggers pencacai PAS yang lebih berkiblatkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.


Pertemuan empat mata ini disertai oleh Nik Aziz dan Khalid 'Gagap dan Bengap' Ibrahim berlangsung di Shah Alam.

Agenda utama perjumpaan dijangka memberi fokus kepada pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

Umum mengetahui, Perdana Menteri dan Nik Aziz diam membisu (keeping mum) hasil dari pertemuan.

Dan seperti biasa, Saifuddin 'The Spinner' Nasution cuba menenangkan keadaan hanya berkata perjumpaan tersebut hanyalah menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari.

GWM cukup pelik dengan kenyataan Saifuddin 'The Spinner' Nasution.

Sedangkan Mustafa Ali dan Khalid 'The Church' Samad, masing masing membuat kenyataan pertemuan ini akan menyentuh isu perjumpaan UMNO dan PAS pada 24 Disember lalu.



Anwar Ibrahim semakin kalut berikutan ramai pihak mahukan Karpal Singh diheret ke Mahkamah atas sumpah bohong (perjury) dan menghina Parlimen.

Karpal Singh mungkin akan disubpoena oleh Pendakwaraya sebagai saksi dalam kes liwat beliau. Dan yang paling buruk, jika Karpal Singh mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan liwat yang akan mengakibatkan beliau dipaksa berhenti dari mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Nyawa politik Anwar Ibrahim semakin berada di hujung tanduk. Langkah terakhir adalah mengadakan perdamaian dengan Hadi Awang atas serangan bloggers pencacai PAS upahan beliau.

GWM : Khabarnya ada solat hajat malam ini di Shah Alam ... Minta Hadi Awang dan juak juak PAS berdoa agar terbuka pintu hati Anwar Ibrahim mengaku dengan aksi aksi liwatnya! Anwar, Anwar ..
 
Sumber : GWM