Halaman

Ahad, Januari 09, 2011

Anwar serang Hadi?


Bukan lagi habar angin, sembang kosong dan sekadar gosip picisan di antara kem kem pembangkang.

Anwar Ibrahim akan mengadap Hadi Awang petang ini sebagai langkah berdamai akibat perbuatan 'langgar lari' bloggers pencacai PAS yang lebih berkiblatkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.


Pertemuan empat mata ini disertai oleh Nik Aziz dan Khalid 'Gagap dan Bengap' Ibrahim berlangsung di Shah Alam.

Agenda utama perjumpaan dijangka memberi fokus kepada pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

Umum mengetahui, Perdana Menteri dan Nik Aziz diam membisu (keeping mum) hasil dari pertemuan.

Dan seperti biasa, Saifuddin 'The Spinner' Nasution cuba menenangkan keadaan hanya berkata perjumpaan tersebut hanyalah menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari.

GWM cukup pelik dengan kenyataan Saifuddin 'The Spinner' Nasution.

Sedangkan Mustafa Ali dan Khalid 'The Church' Samad, masing masing membuat kenyataan pertemuan ini akan menyentuh isu perjumpaan UMNO dan PAS pada 24 Disember lalu.



Anwar Ibrahim semakin kalut berikutan ramai pihak mahukan Karpal Singh diheret ke Mahkamah atas sumpah bohong (perjury) dan menghina Parlimen.

Karpal Singh mungkin akan disubpoena oleh Pendakwaraya sebagai saksi dalam kes liwat beliau. Dan yang paling buruk, jika Karpal Singh mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan liwat yang akan mengakibatkan beliau dipaksa berhenti dari mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Nyawa politik Anwar Ibrahim semakin berada di hujung tanduk. Langkah terakhir adalah mengadakan perdamaian dengan Hadi Awang atas serangan bloggers pencacai PAS upahan beliau.

GWM : Khabarnya ada solat hajat malam ini di Shah Alam ... Minta Hadi Awang dan juak juak PAS berdoa agar terbuka pintu hati Anwar Ibrahim mengaku dengan aksi aksi liwatnya! Anwar, Anwar ..
 
Sumber : GWM