Halaman

Rabu, November 16, 2011

Takut guna logo buktikan Pakatan RASIS

Ketiadaan logo yang didaftarkan oleh Pakatan Rasis menunjukkan Pakatan ialah sebuah Parti yang RASIS..

Ianya menunjukkan mereka takut hilang apa yang mereka wakili sekarang.. DAP dah tentu lambang chauvanis dan ekstrim cina.. PasBERG pula lambang Islam kosmetik untuk pengaruhi umat Islam.. Dan PKR ialah lambang sosialis dan liberal yang perjuangkan isu seks bebas dan murtad dan sebagainya...

Ianya dikukukah dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti sebaliknya PAS, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi.
“Kita daftar atas nama pakatan, namun, parti akan kekal dengan lambang masing-masing. Untuk kertas undi nanti PAS guna lambang PAS, PKR lambang PKR dan DAP dengan lambangnya.

Pakatan Rasis hakikatnya tiada agenda perjuangan yang sama.. Yang ada hanyalah kepentingan politik yang berbeda.. Jadi apa yang gunanya.. Sebab itu apabila ditanya mengenai bentuk sebuah kerajaan yang akan dibentuk..

Maka Pakatan Rasis tidak mampu menjawab.. Umpama seorang yang mahu membina rumah.. Dan diupahnya seseorang untuk membina rumah.. Namun dari segi bayangan nampak indah.. Tapi masalahnya tukang rumah gagal beri bantuknya.. Konsepnya.. Jadi ianya hanyalah hayalan senata- mata..

Jika ditanya siapa akan jadi PM, TPM, menteri pertahanan, menteri pelajatan, menteri dalam negeri.. Rakyat nak tahu siapa yang akan dilantik ke jawatan tersebut..

Rumah tak lama lagi akan dibina.. Tapi tak tahu rupa bentuknya..

Seorang pembeli yang pandai.. Pastinya tidak akan beli rumah atas bayangan dan khayalan tanpa ditunjukkan bentuknya..

Begitulah caranya kita nak pilih rumah.. Itu baru rumah.. Tapi yang dibincangkan ialah masa depan agama, bangsa dan negara.. Ianya lebih besar dari rumah.. Lihatlah apa yang berlaku kepada Melayu Singapura.. Sekali silap akan merana selamanya..

Moga negara kita dihindarkan dari puak Pakatan Rasis... Selamatkan agama bangsa dan negara..

Kerajaan Johor naikkan elaun Guru Tadika Agama Johor (TAJ) kepada RM 800 sebulan

Kalau kat Selangor pastinya dah kecoh bab kasi duit ni.. Ibarat tin kosong.. Bising je lebih.. Tapi apa tun tak dak...

Cara Kerajaan BN sentiasa utamakan kebajikan dan pendidikan rakyat... Bn Johor wujud skim bagi tingkat perkhidmatan pendidikan agama

Kerajaan negeri Johor kini dalam proses menyusun semula skim perjawatan guru Tadika Agama Johor (TAJ) selepas menaikkan elaun perkhidmatan mereka kepada RM800 sebulan.

Kenaikan elaun 60 peratus berbanding RM500 sebulan yang dibayar pada 2009, bertujuan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kelas pembelajaran yang dikendalikan kira-kira 290 guru TAJ seluruh negeri ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan pelbagai langkah proaktif bagi memastikan murid TAJ yang diperkenalkan sejak 2001 kekal pada landasan betul.

Beliau berkata, TAJ melangkah setapak di depan menerusi Program Pintar al-Quran yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak tahun lalu, berjaya menghasilkan murid yang khatam al-Quran seawal usia enam tahun.

"Bagi meningkatkan mutu pendidikan, kerajaan negeri akan menyusun semula skim perjawatan guru TAJ, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun guru TAJ kepada RM800 sebulan, berbanding RM300 ketika awal penubuhan TAJ pada 2001 sebelum dinaikkan kepada RM500 sejak 2009," katanya ketika merasmikan Konvokesyen TAJ peringkat daerah Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, semalam.
Zainal Abidin berkata, pada awal penubuhannya hanya 100 kelas TAJ dibuka di seluruh negeri, namun berikutan permintaan yang meningkat, TAJ kini beroperasi di 290 sekolah agama negeri.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM2.79 juta untuk membayar elaun tenaga pengajar Tadika berkenaan.

Ketika ini, seramai 5,125 murid mendapatkan pendidikan awal TAJ.

Kajian UIAM: populariti Najib meningkat!!!

KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.
"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya. - BERNAMA

Guan Eng terus zalimi peniaga MELAYU di Pulau Pinang

Guan Eng terus menzalimi peniaga Melayu...

Nie yang terbaru dan panas meletop DAP dan LGE mengarahkan Banner Menu Rakyat 1Malaysia diturunkan dan dihapuskan. Kenapa hendak diturunkan dan takutkan kedai Rakyat yang dilancarkan oleh PM sebelum ini.

Ternyata LGE takutkan tranfomasi yang dilakukan oleh PM dan takut sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap tranfomasi tersebut.

Bukti menunjukkan bangsa Melayu memang tidak boleh bergantung harap dengan Pakatan Rasis.. Inilah sebenarnya sikap perkauman tebal yang ada pada DAPig yang diketua Guan Eng yang dipuja2 oleh PASberg.

Di mana berlaku.?.. Baca sterusnya di sini..

Khalid gagap kata tak pe balun duit rakyat..

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran gaji dan bonus bernilai jutaan ringgit kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tempoh dua tahun adalah munasabah dan berdasarkan prestasi kerjanya.

Beliau berkata pembayaran itu dianggap setimpal dengan tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebagai pengurus besar dalam menjaga aset syarikat milik kerajaan negeri.
....

Inilah keistimewaan Pakatan Rasis.. Apabila dia balun duit rakyat.. Dia kata wajar.. Balun pasir .. Dia kata wajar.. Jual arak merata.. Dia kata wajar.. Murtadkan org Islam.. Dia kata wajar..

Namun yg rakyat nak tahu berapa banyak sebenarnya keuntungan PKNS... Banyak sangat ke.. Berapa banyak hutang PKNS.. Macamana urusan jual beli PKNS ...

Untung tak seberapa.. Tapi belanja joli sakan.. Gaji Pengurus je berjuta.., akhirnya duit rakyat yg dia balun..













Malaysia catat pendengar radio tertinggi di Asia Pasifik

Penyampai radio menjalankan tugasnya di salah sebuah stesen radio di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio tertinggi di Asia Pasifik dengan purata 21 jam 342 minit seminggu, menurut kaji selidik Nielsen.

Purata waktu yang diluangkan oleh penduduk negara ini untuk mendengar radio adalah lebih tinggi berbanding Australia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kaji selidik Penilaian Pendengar Radio Nielsen (RAM) mendapati sembilan daripada 10 pendengar radio di Semenanjung Malaysia berusia 10 tahun ke atas.

Pengarah Urusan Nielsen, Danyal Abdul Malik berkata, peningkatan pecahan media bermakna terdapat peningkatan platform media yang menarik perhatian pengguna.

''Kaji selidik terbaharu RAM mengesahkan radio merupakan tarikan utama pengguna Malaysia.

''Dalam melangkah ke hadapan, pengguna akan diberikan lebih banyak pilihan media berbanding sebelum ini dan ia akan menjadi kritikal untuk pemilik media dan penyedia kandungan untuk memahami kelakuan dan amalan media bagi berada di hadapan,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Tambah kaji selidik itu, pendengar radio bagi pengguna menunjukkan tiga waktu puncak iaitu antara 6 pagi hingga 10 pagi, 4 petang hingga 8 malam dan 8 malam hingga 12 tengah malam.

Pagi merupakan waktu paling popular untuk mendengar radio, manakala pecahan pendengar pula adalah daripada pelajar sekolah rendah kepada pelajar universiti yang mendengar radio pada lewat tengah hari dan malam.

Danyal berkata, media sosial telah mengubah tabiat dan kesan interaksi jenama dan menawarkan organisasi seperti stesen radio untuk lebih dekat pendengar.

''Rangkaian sosial telah menjadi penting mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan.

''Kaji selidik terbaharu ini menunjukkan pengguna digital Malaysia (69 peratus) kerap membaca komen orang ramai terhadap jenama, produk dan perkhidmatan.

''Sebanyak 45 peratus pengguna menunjukkan mereka akan menulis pandangan mereka terhadap produk atau jenama dalam tempoh seminggu atau lagi kerap, oleh itu penyertaan aktif pendengar melalui rangkaian sosial stesen menjadikannya platform alternatif kepada pendengar,'' jelasnya.