Halaman

Jumaat, Februari 10, 2012

Part 4 : Isu sebenar serangan di KFC : 2 bukti yang tidak dilaporkanDAP Cauvanis..

Oleh : MIM

Rupa-rupanya portal Malaysikini tidak melaporkan satu jenis provokasi melampau yang dilakukan oleh pelanggan Cina yang dibelasah oleh pekerja KFC di I-City baru-baru ini!


Dan dibawah pula adalah laporan Free Malaysia Today yang tidak terdapat di dalam Malaysiakini edisi bahasa Malaysia!

1. Isteri pelanggan KFC itu mendakwa bahawa beberapa pekerja KFC I-City telah masuk ke dalam dapur dan mencapai 'steel bars' atau batang besi setelah berlaku pertengkaran di kaunter sebelum itu.

2. Pelanggan tersebut dan isteri beliau telah keluar daripada restoran tersebut setelah tidak puas hati.

3. Tetapi beliau masuk kembali ke dalam restoran tersebut bertujuan untuk mengambil foto pekerja KFC itu mungkin bertujuan untuk dijadikan bukti!

Lihat di bawah :


Hairan dan sungguh dikesali dengan tindakan MalaysiaKini yang tidak melaporkan ketiga-tiga bukti di atas. Ianya kerana bukti-bukti di atas sebenarnya menunjukkan bahawa pelanggan KFC itu memang sengaja memanjangkan pertelingkahan yang berlaku di kaunter KFC.

Pelanggan Cina itu telah memilih untuk keluar daripada restoran tetapi kemudiannya masuk kembali mencari pasal! Why? Kenapa? Wei shen mei?

Dan jika sebelum ini kita menganggap pertelingkahan yang berlaku hanyalah sekadar berbalas kata, sekarang impressionnya ialah pekerja itu ibarat gangster Melayu! Apakah ianya adil kepada pekerja KFC tersebut?

Sudah tentu tidak!

Dan tindakan bangang Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut yang merelakan pejabat beliau dijadikan tempat sidang akhbar jelas menunjukkan motif negatif yang sangat dikesali.

Ramai juga yang memberi komen tentang tindakan pelanggan KFC tersebut yang membuat sidang akhbar tetapi melengah-lengahkan membuat laporan polis.

Betul juga.

MiM salahkan pemimpin DAP tersebut kerana sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya dapat menasihatkan pelanggan itu serta membatalkan sidang akhbar tersebut.

Realitinya, isu panas seperti ini patut diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan adil.

Dengan mengadakan sidang akhbar yang hanya menceritakan the other side of the story, bakal mengundang pelbagai persepsi dan ketegangan yang sepatutnya boleh dihindarkan jika pemimpin DAP itu menggunakan otak beliau dan bukannya kepala lutut beliau! Pathetic!

Dan yang lebih memeranjatkan ialah munculnya video terbaru daripada administator you tube yang sama tetapi kali ini dipermulaan video tersebut!

Lihat video di bawah :


Video terbaru!


Apakah motif administrator tersebut menayangkan video terbaru ini dan sekerat sahaja? Apakah motifnya untuk menambahburuk maruah pekerja Melayu itu?

Apa pun, MiM pasti administrator you tube tersebut akan dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan! Dan memang berpatutan kerana punca kepada segala ketegangan, buruk sangka dan ketidakpuashatian ini adalah disebabkan oleh video yang diload oleh administrator tersebut!

It is an isolated case but it became huge and created unnecessary frictions, no thanks to the video and the press statements!

MiM sarankan kepada administrator video itu supaya tidak terfikir untuk melarikan diri seperti Helmi Malik, bekas kekasih Elizabeth Wong atau menyembunyikan diri seperti Eli Wong yang takut berjumpa dengan wartawan!!

Part 3 : Isu sebenar serangan di KFC : Pengakuan Pekerja Melayu KFC Yang Belasah Pelanggan Cina..




Pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) telah membuat kenyataan tentang isu pelanggan bangsa Cina yang dibelasah oleh pekerja Melayu di KFC II-City.

Menurut KFC, mereka telah menggantung kerja pekerja Melayu tersebut sementara menunggu siasatan dalaman tentang pergaduhan tersebut. Pihak KFC juga telah membuat laporan polis. Kenyataan tersebut disiarkan didalam FB KFC kelmarin.

Lihat di bawah :


Sebagai syarikat yang servce oriented, tindakan KFC merupakan satu polisi syarikat yang tidak dapat dielakkan. Tetapi MiM berharap agar pihak KFC berlaku adiil kepada pekerja Melayu tersebut. MiM yakin pembaca juga mengharapkan yang sama.

Tetapi yang menimbulkan persoalan besar ialah tindakan Lim Lip Eng, ahli parlimen DAP di Segambut yang masuk campur di dalam isu panas ini. Beliau merelakan pejabat beliau dijadikan tempat sidang akhbar pelanggan Cina tersebut.

Tindakan tersebut telah dikritik hebat oleh pembaca-pembaca blog MiM.

MiM bersetuju dengan pandangan anda. Pemimpin DAP itu adalah wakil rakyat tetapi beliau bertindak bangang dan kurang cerdik apabila menyebelahi satu pihak sahaja dan dalam isu ini, lelaki bangsa Cina.

Pemimpin DAP itu sepatutnya menggunakan akal otak beliau dengan bertindak sebagai pendamai atau orang tengah dalam isu ini. Beliau juga sepatutnya menyiasat terlebih dahulu isu ini untuk memastikan kesahihan cerita. Jika tidak, mungkin akan berlaku back fired yang memakan diri dan parti DAP.

Dan memang benar, pemimpin DAP itu didakwa rasis kerana hanya bertindak menyokong pelanggan Cina itu sahaja tanpa mahu mendapatkan the other side of the story daripada pekerja Melayu tersebut. Persepsi parti DAP sebagai parti rasis tampak menyerlah.

Double standard yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP itu amat dikesali! Dan jika beginilah cara beliau mengendalikan isu ini, lebih baik pemimpin DAP itu berfikir lebih bijak dengan tidak masuk campur! Pathetic!

Malah, MiM pasti pemimpin DAP itu telah menonton video dan membaca sinopsisnya di dalam you tube. Hairan kerana pemimpin DAP tidak perasan (atau buat-buat tidak nampak) berlakunya percanggahan maklumat di antara sinopsis dan pengakuan pelanggan Cina tersebut!


video : Pergaduhan di KFC I-City

Dan jika kita rujuk video kontroversi di dalam you tube, anda akan baca sinopsisnya seperti di bawah :


Sinopsis di atas tidak menyebut tindakan pelanggan Cina memarahi pekerja Melayu KFC.

Beliau hanya sekadar 'request' sahaja.

Sekali imbas, kita akan terfikir bahawa pekerja Melayu dan pengurusan KFC yang panas baran melenting dan mencarut sedangkan pelanggan tersebut hanya mahukan mereka meminta maaf.

Yang teruk dan buruk ialah pekerja KFC dan pelanggan itu seorang sahaja yang sopan santun.

Dan persepsi itu dibaca dan mungkin dipercayai oleh lebih daripada 520,000 viewers yang menonton video terrsebut.

Sinopsis video tersebut telah berbohong dengan menyembunyikan satu perkara yang sangat penting iaitu si pelanggan Cina itu telah memarahi pekerja Melayu tersebut!

Dan yang memecahkan tembelang administrator video tersebut ialah pelanggan Cina itu sendiri!

Baca di bawah:


Persoalannya, apakah administator video itu akan menukar sinopsis video tersebut dan menceritakan yang sebenarnya?

Bagaimana pula dengan 520,000 viewers yang mungkin sudah tersalah persepsi dek sinopsis yang berat sebelah?

So, Mr DAP! Kenapa tidak kritik tentang pembohongan di dalam you tube itu? Where is justice?

Atau jiwa pemimpin DAP itu memang rasis?

Dan jika pelanggan Cina itu menggunakan saluran media untuk 'membersihkan nama' dan memburuk-burukkan pekerja Melayu tersebut, apakah pekerja tersebut tidak berhak untuk membuat sidang akhbar untuk mempertahankan maruah beliau?

Lebih-lebih lagi, 520,000 viewers telah menonton video tersebut. Mungkin majoriti daripada mereka menyokong pelanggan tersebut dan memaki hamun pekerja Melayu.

Part 2 : Isu sebenar serangan di KFC : Malaysiakini Dan DAP Cetus Api Perkauman?!!!

dap racist




Kecoh di internet mengenai pergaduhan seorang pelanggan Cina dan pekerja KFC yang hangat meletup di Youtube. Malaysiakini melalui wartawan berbangsa Cinanya, Kuek Ser Kuang Keng.

Petikan utama dari Malaysiakini
Dalam berita itu, Danny Ng nafikan keluar kata-kata “Cibai punya Melayu!” dan “Melayu babi”. Itu katanya dalam sidang akhbar yang dibuat di pejabat MP DAP Segambut.

Persoalannya, boleh ke kita percaya bulat-bulat kenyataan Danny Ng? Betul ke ceritanya? Hanya kerana dia buat kenyataan dan mengadu pada pemimpin DAP, maka kita boleh judge budak Cina tu tak salah?
 
Wartawan Malaysiakin “quote” yang bersikap perkauman dan menyebelahi Danny Ng saja?

Wartawan Malaysiakini, Kuang Keng, hanya menyatakan respon dari penonton rakaman video itu di youtube yang memaki hamun.

Tapi, dia langsung tak quote atau pandang pada komen dari SAKSI INSIDEN yang turut menulis komen di youtube tersebut. Jadi bagaimana dengan petikan laporan ini yang dipetik dari Mynewshub.my ini?
 
Petikan dari Mynewshub.my yang menyatakan komen dari saksi insiden
.
Dan bagaimana pula dengan kenyataan ini yang dipetik dari ruangan komen youtube tersebut? Siapa yang racist sebenarnya?

Justeru, saya merayu kepada SAKSI-SAKSI INSIDEN itu untuk tampil menghubungi saya melalui FB untuk memberi keterangan insiden yang sebenar, khususnya Tempewarrior dan cynerji.
Salah satu komen yang dipetik dari youtube tersebut, hasil reaksi laporan Malaysiakini?

Pada saya, dalam hal ini, Malaysiakini cuba memberikan imej berat sebelah kepada Danny Ng dengan mengenepikan kenyataan sebenar dari komen saksi insiden. (Saya cuba cari komen tersebut, tapi takde, dipercayai di”flag” sudah…)

 
Kenyataan Danny dibuat melalui DAP. Tepatkah pilihan Danny atau dia sebenarnya memang “sehati sejiwa” dengan parti ultra-kiasu itu?

Mengapa Danny memilih untuk mengadu melalui DAP? Bukankah semua rakyat tahu betapa chauvinist dan ultra kiasunya DAP? Bukankah MCA menyediakan Biro Aduan Awam melalui Datuk Micheal?

MCA lebih reliable memandangkan mereka lebih adil dalam menjaga keharmonian kaum dan memenuhi semangat 1Malaysia. Justeru pada saya, ini menandakan Danny sendiri merupakan seorang yang agak racist…

Mangsa sebenar dalam kes ini adalah para pekerja KFC I-City yang dimaki hamun begitu hina sekali dan kini dikatakan berdepan dengan tindakan disiplin dari pengurusan KFC.



Pengurusan KFC akan ambil tindakan disiplin terhadap pekerja terlibat?

Mungkin ada yang setuju bahawa “customer is always rite”. Tapi pada saya, tidak semestinya begitu…
Apakah seorang pelanggan itu berada dipihak yang benar sekiranya berkata pada kita “Cibai la lu punya mak bapak!”, atau “Babi la Islam yang kamu sembah tu” (sorry, saya tak berapa pandai beri contoh menghina Islam sebab tak pernah buat”).

Sekiranya dimaki, dihina, dicarut dan dikutuk semahu-mahunya begitu, apakah “customer” itu masih lagi dianggap “semua betul”? Atau kita meletakkan akal di bawah tapak kaki sendiri untuk “menelan” segala yang dihamburkan?

Pada saya, tindakan DAP ini melambangkan bahawa mereka sendiri bersikap berat sebelah, tidak adil dan menambah api perkauman dalam insiden ini.
Sebagai menghayati keharmonian kaum, 1Malaysia dan merujuk kepada Islam terlebih dahulu, saya menggesa agar pihak tertentu mengambil inisiatif menyiasat perkara ini sebelum ia menjadi lebih parah.

InsyaAllah, sekiranya saya diberi kesempatan, saya akan ke KFC I-City untuk dapatkan penjelasan dari para pekerja KFC tersebut. Jangan cuba bermain api, harap maklum.

sumber : mykmu

Part 1 - Isu sebenar serangan di KFC : Cina menjerit Cibai Punya Melayu!!!

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
dan Selawat Salam Kepada Rasulullah saw dan keluarga baginda sekelian.


Pada jam 3.10 pagi ini Panglima berkesempatan menonton video menayangkan serangan pekerja KFC terhadap pelanggan Cina di i-City Shah Alam, yang dipercayai akibat membuat provokasi yang tidak boleh diterima oleh mereka.

Video serangan yang dimaksudkan :


Jika dilihat menerusi video jelas hanya dipaparkan ialah adegan pekerja tersebut menyerang pelanggan Cina yang marah apabila diberitahu ayam KFC telah habis. 

Perkara ini jelas membuatkan kita sukar meneliti dengan lebih dekat siapakah yang membuat provokasi tersebut.

Artikel ini dibuat untuk mengenal pasti siapa, dan apa yang menjadi punca pergaduhan tersebut dengan mengumpul bahan dari berbagai tempat dan menyorot dari pelbagai sudut. Demi memberi kupasan yang adil dan saksama kepada semua pihak tidak kira Melayu atau Cina.

Menurut laporan yang menyiarkan kes ini mereka menyatakan bahawa pelanggan Cina yang membuat provokasi bukan pekerja KFC.

Blog popular Malaysia bernama mynewshub yang menduduki ranking Alexa tangga 72 di Malaysia melaporkan :

Menurut individu yang memuat naik rakaman insiden tersebut, TheAMOTimes, pelanggan berbangsa Cina itu tidak dapat menahan sabar apabila terpaksa menunggu selama satu jam untuk mendapatkan ayam goreng KFC di restoran berkenaan.
“Bila sampai gilirannya, sudah tidak ada lagi ayam goreng (yang sedia untuk pelanggan) untuknya. Ia mencetuskan pergaduhan tersebut,” kata TheAMOTimes.
Seterusnya, pelanggan itu naik berang dan memaki hamun para pekerja serta pihak pengurusan restoran berkenaan sehingga menjengkelkan ramai pelanggan yang melihat perlakuan melampau lelaki Cina itu.
Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian Tempewarrior yang meninggalkan komennya di youtube itu berkata rakaman video tersebut seolah-olah di salahertikan oleh pemuat naiknya dan menegaskan bahawa pelanggan Cina itulah yang memulakan api pergaduhan tersebut.
“Video ini sangat mengelirukan…saya berada di sana…pelanggan Cina itu kata ‘cibai punya Melayu’, jadi bagaimana? Tak boleh dihentam? Apakah pelanggan itu berhak untuk memaki hamun dengan membabitkan kaum lain?,” ujarnya menjelaskan perkara sebenar.
Kenyataan Tempewarrior juga dikuatkan dengan seorang lagi saksi, cynerji, yang menyatakan bahawa pelanggan itu mencaci pekerja KFC itu dengan kata-kata ‘Melayu babi’ sehingga menyebabkannya dipukul.
“Pelanggan yang gagal membeli ayam goreng itu (kerana sudah habis) menengking kuat pada lelaki Melayu di kaunter tersebut dan menyebabkan mereka keluar dari situ untuk memukulnya. Saya sendiri berada di situ. Jangan salahkan KFC, salahkan pelanggan yang tidak berpelajaran tersebut,” katanya.

Kejam : Pemimpin PKR sanggup membunuh untuk tutup skandal??




Kejadian yang berlaku terhadap bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia, Datuk Patrick Wong Kie Yik, sangat mengejutkan.

Tindakan untuk menutup skandal dibuat dengan cara paling kejam dan tidak berperikemanusiaan..

Adakah cara ini yang diajar Mosart (perisik Yahudi) kepada pemimpin PKR..

Nampaknya pemimpin tergamak membuat tindakan yang sangat kejam untuk menutup skandal rasuah mereka...

Adakah ini juga berlaku kepada bekas setiausaha sulit Rooney Liu, Teo Beng Hock yang mati jatuh dari bangunan???.... mati dibunuh tetapi menuduh pihak lain yang bertanggungjawab...

Baca seterusnya : di sini