Halaman

Rabu, Julai 17, 2013

Kenapa salahkan Vatican sahaja tidak salahkan PAS dan DAP


Hari ini rata-rata menyalahkan duta vatican kerana menyentuh sensetiviti umat Islam berkaitan isu kalimah Allah..

Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino semalam meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Persoalannya kenapa salahkan Biskop ni sahaja tak salahkan pihak PAS.. PAS mengaku Parti Islam tp PAS sendiri gagal pertahankan kalimah Allah.. Bahkan terikut2 dengan Lee Guan Eng yang mahukan guna kalimah Allah untuk bible. 

Keadaan ini terjadi apabila ada masyarakat Islam sendiri iaitu PAS yang sokong tindakan terbabit. PAS patut bertanggungjawab atas penghinaan terhadap Islam ini. Sikap PAS yang terus menjadi boneka DAP dan sanggup jual prinsip perjuangan Islam perlu dikecam oleh rakyat.

Kalau dah ada umat Islam sendiri yang benarkan.. apatah lagi orang bukan Islam.. inilah yang berlaku di negara kita.. 

Namun penghinaan demi penghinaan terhadap Islam  perlu dibendung..  kita telah melihat beberapa episod penghinaan terhadap Islam seperti yang terbari kes alvin dan vivian dan sebelum tu lagi.. penghinaan yg banyak tersebarnya melalui media sosial ini.

Kepada pemimpin kita, mereka harus bertegas dalam isu seperti ini, menteri-menteri perlu bangun untuk bangun tanpa rasa prejudis untuk pertahankan Islam.


Kenyataan jelas dan tegas dari tun M.. orang ni memang bodoh,


Kenyataan jelas dan tegas dari tun M.. orang ni memang bodoh. Ianya merujuk iklan yang dikeluarkan alivin dan vivian yang menghina Ramadan (rujuk sini). 

Tun M menyatakan "Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak boleh diajar," Ianya merujuk provokasi bodoh yang dibuat oleh dua orang ini. 

Tun M juga berkata : "Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.

Persoalannya kenapa sekarang semakin melampau pihak2 tertentu untuk menghina Islam secara berani dan terbuka. Ini mungkin juga ada kaitannya apabila Islam terlalu sangat dipolitikkan sehingga tindakan individu tertentu dibenarkan demi politik. Lebih malang apabila ada tok guru yang boleh hapuskan dosa seseorang.. rasanya kalai Alvin dan Vivian jumpa Nik Aziz nescaya orang akan lupa tindakan biadap pasangan ini dan menyatakan pasangan ini dah mendapat hidayah kerana jumpa Nik Aziz.. begitu mudah pemikiran pihak tertentu.. 

Pasangan ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.

Bagi pihak berkuasa.. tindakan tegas perlu dikenakan atas pasangan tersebut. Ianya perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia. Tindakan tegas ini penting bagi melihat sejauh mana serius kerajaan menangani masalah ini yang dilihat semakin biadap.

Kegagalan kerajaan menangani masalah ini akan menunjukkan tahap penguatkuasa dan tindakan kerajaan adalah lemah.. ianya tidak baik untuk imej kerajaan.