Halaman

Rabu, Julai 23, 2014

Usul Khas Tragedi Malang Pesawat #MH17 Oleh @NajibRazak Di Dewan Rakyat

Screen Shot 2014-07-22 at 3.05.39 AM
Tuan Yang Dipertua,
1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.
2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.
3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.
4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.
5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.
6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.
7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.
8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pernyataan Takziah dan Belasungkawa
Tuan Yang Dipertua,
9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.
10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.
11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.
Fakta-Fakta Mustahak
Tuan Yang Dipertua,
13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.
14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang
Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.
Tuan Yang Dipertua,
15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.
16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.
17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.
18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.
19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).
20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.
21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.
Tuntutan dan Gesaan Malaysia
Tuan Yang Dipertua,
22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.
23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.
24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.
25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:
Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.
Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.
26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.
27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.
Tuan Yang Dipertua,
28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.
29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.
30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.
31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.
32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.
33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
Kejayaan Tiga Persetujuan
34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.
35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, “sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.
36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.
37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:
i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.
ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.
iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.
Solidariti dan Perpaduan
Tuan Yang Dipertua,
38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.
39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.
40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.
41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.
42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.
Penutup
Tuan Yang Dipertua,
43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.
44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?
45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.
46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.
47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?
48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.
49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.
50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.
51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.
52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.
53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.
Tuan Yang Dipertua,
54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.
55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.
Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.

Isnin, Julai 21, 2014

Polis siasat wanita Korea pakai baju tertera ayat al-Quran - KPN

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat al-Quran di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. "PDRMsia (PDRM Malaysia) peka dengan apa yg berlaku. Insya-Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah.

"PDRMsia tidak akan bias (berat sebelah). Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita," katanya dalam entri terbaharu Twitter beliau.

Khalid berkata wanita itu, yang baru tiba di Malaysia, dipercayai membeli baju berkenaan ketika melancong di India.

Sejak semalam, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat al-Quran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad yang mengesahkan kejadian itu berkata laporan polis sudah dibuat sejurus gambar wanita berkenaan tersebar dalam Facebook.
"Kami sendiri yang membuat laporan polis kerana tiada orang awam yang membuat laporan dan siasatan sudah dijalankan", katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

- BERNAMA 

Jumaat, Julai 18, 2014

Statement by Prime Minister Najib Razak: Malaysian Airlines flight 17


Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine.

Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur.

The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time.

The aircraft was a Boeing 777-200.

The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation.

And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions.

Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.

The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members.
Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin.

The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.

According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.

The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.

At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy.

But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.

No stone can be left unturned.

If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.

Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere.
And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours.

I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands.

I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part.

The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site.
Just now, I received a call from President Obama.

He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway.

An international team must have full access to the crash site.
And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box.

This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia.

As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight.

I cannot imagine what they must be going through at this painful time.

The flight’s passengers and crew came from many different countries.

But today, regardless of nationality, we are all united in grief.

ENDS

Al Fatihah.. takziah untuk keluarga #MH17

Satu lagi peristiwa tragik dan menyayat hati.. moga keluarga #Mh17 diberikan kekuatan untuk menghadapi berita ini..

Mari kita banyakkan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Malaysia...

Khamis, Julai 17, 2014

PAS kutip zakat.. kepada siapa akan disalurkan,,


sejauh mana ketelusan kutipan zakat oleh PAS.. sedangkan duit tabung memali pun hilang..

kepada siapa akan disalurkan,, adakah khas kepada ahli PAS sahaja..

Permit Masuk Kenderaan (VEP) kenderaan Singapura.. apa kata orang Johor??



Johor Bahru: Kerajaan pusat bakal mengenakan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) terhadap kenderaan berpendaftaran asing yang memasuki Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tarikh penguatkuasaan bayaran dan kadar akan ditetapkan dalam tempoh masa terdekat. 

Beliau berkata, sebahagian hasil bayaran yang diperoleh juga akan dikongsi bersama kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri diminta memaklum dan memberi notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bila bayaran berkenaan boleh dilaksanakan.

"Ia berikutan pelbagai persediaan perlu dilakukan termasuk bagi menyediakan pelekat kenderaan.

"Percayalah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya yang hadir di majlis jamuan berbuka puasa bersama 1,500 rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada) di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin da Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Adakah anda bersetuju?? berikan pandangan anda di ruangan komen.. 

Selasa, Julai 15, 2014

Tiada usaha pikat Abdul Khalid - PAS

Tiada usaha pikat Abdul Khalid - PAS
MUSTAFA: Tiada perbincangan mengenai isu menteri besar Selangor ketika pertemuan dengan Khalid
PETALING JAYA: Pertemuan antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah pertemuan biasa, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata pertemuan di kediaman peribadi Abdul Khalid di Bukit Damansara malam Sabtu lalu bukan kerana memujuk Khalid supaya menyertai PAS.

"Dia (Abdul Khalid) dah lama tak jumpa Ustaz Hadi. Masa Hadi di hospital adalah dia datang melawat.

"Saya datang rumah dia (Abdul Khalid) pun sudah lewat, sudah pukul 11 malam, dah selesai terawih.

"Biasalah orang politik macam-macam diperkatakan tetapi tidak menyentuh isu itu (isu Abdul Khalid)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Gambar pertemuan antara Hadi, Mustafa dan Abdul Khalid tersebar di internet pada Ahad dan dikatakan ia ada kaitan dengan khabar angin menteri besar Selangor itu akan menyertai PAS.

Mustafa Juga sekali lagi mengulangi pendirian PAS bahawa isu pertukaran menteri besar Selangor hendaklah dibuat atas keputusan bersama.

"Apa-apa pun perkara ini perlu dilakukan dengan keputusan bersama. Untuk keputusan bersama kena ikut majlis presiden," katanya.

Rabu, Julai 09, 2014

Kfc kembali semula ke tangan JCorp dan Kerajaan negeri Johor

Alhamdulillah. Pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.

Ia bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Kita memahami suara hati rakyat Johor agar Kerajaan Negeri menerusi JCORP mempertahankan pegangan dan melindungi kepentingan strategik  dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Johor dan selaras usaha agenda memperkasa ekonomi bumiputera.

Mohamed khaled Nordin

Selasa, Julai 01, 2014

Wisma Putra confirms NZ sex assault suspect a Malaysian Diplomat

KUALA LUMPUR - The diplomat who is allegedly involved in a sexual assault case in New Zealand is a Malaysian, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman confirmed, adding that the envoy has been recalled home.

The minister refuted claims Wisma Putra is “protecting” the man from sex charges, saying he has asked the police in New Zealand to continue their investigations, The Star daily reported today.

“Just because he is a diplomat does not mean he gets off scot-free.

“Diplomatic immunity is not about having the licence to commit the crime,” Anifah was quoted saying.

When asked why the diplomat was asked to return to Malaysia, Anifah pointed to a possible misinterpretation of an email from New Zealand’s Ministry of Foreign Affairs and Trade to Wisma Putra.

But he said Malaysia would only send the diplomat back to New Zealand if there is assurance of his safety and a fair trial.

Anifah is scheduled to give a press conference this afternoon on this matter.

According to New Zealand police, the diplomat said to be in his 30s was arrested after he allegedly followed a woman aged 21 to her house on May 9 and attacked her.

He was then charged with assault with intent to rape and burglary, but the case had to be dropped after he was recalled home a day after he was charged, news wire AFP reported.

New Zealand had asked for the diplomatic immunity of the man to be waived so that he could face trial there, but the request was refused by Malaysia.

Prime Minister John Key said it was New Zealand’s “strong preference” for the man to face trial there, but said this was not possible after his home country invoked diplomatic immunity
“Though I would make the point that it’s our expectation he will be held to account in his home country,” he was quoted saying by the Australian Associated Press yesterday, reports The Malay Mail.