Halaman

Khamis, Mac 13, 2014

#PRKKajang : Gerakan BN sedang dipantau perisik PR



Nampaknya PKR telah memasang perisik mereka untuk memerhatikan gerak geri kempen BN di kajang.

Gambar di atas telah di ambil pada hari di Kg Baru Sg Chua Lima, Kajang.. 

Inilah ajen-ajen PR yang sedang dan sentiasa membuat fitnah terhadap BN.

Kepada jentera BN dinasihatkan berjaga-jaga atas kumpulan ini, dan mereka boleh menjadi ganas tak tentu masa.

#PrkKajang : bacaan IPU sekitar kajang semakin buruk

Bacaan IPU di 3 bandar utama berdekatan Kajang

Keadaan jerebu di sekitar Kajang semakin buruk.. Bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur sehingga jam 2.00 ptg menunjukkan IPU mencecah 170, berdasarkan gambar di atas menunjukkan peningkatan terhadap indeks IPU di sana.

Kawasan berdekatan Kajang yang lain ialah Nilai, Negeri Sembilan di mana bacaan indeks IPU  mencecah sehingga 165.

Manakala di Shah Alam pula bacaan IPU masih agak terkawal iaitu hanya 139. 

Di Wilayah Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan sekolah ditutup jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Nampaknya keadaan jerebu semakin buruk dari masa ke semasa, sedang sibuk setiap malam Anwar mengadakan ceramah untuk kempen Pilihanraya Kempen PRK. Kerajaan PKR Selangor patut memikirkan untuk mengatasi masalah jerebu ini.

Jangan Kerajaan PKR Selangor terlalu berpolitik sehingga rakyat terus tersiksa akibat cuaca jerebu.

untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU sila rujuk di sini

#PrayForMH370 : Tun Mahathir bidas pihak perkecilkan usaha operasi MAS #MH370


)

Tun Mahathir  membidas mana-mana pihak yang cuba memperkecilkan usaha Mas untuk mencar pesawat yang hilang. Kata beliau apa yang MAS buat adalah yang terbaik. Apa yang berlaku ialah sesuatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Usaha pihak tertentu membidas usaha MAS ini perlu mengumpamakan pihak-pihak lain juga gagal seperti Amerika, Singapura dan lain-lain.

Tahniah kepada Tun Mahathir yang sentiasa tegas terhadap sesuatu perkara. Terdapat suara-suara sumbang sebelum ini yang terlalu banyak memperkecilkan dan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh MAS.

Kepada rakyat Malaysia teruskan berdoa untuk keselamatan mereka.

#PrayForMh370 

#VoiceForKajang : Video yang pakatan tidak mahu lihat



)
 Seorang wanita kecil yang tegas dan berprinsip.. menjadikan integriti dan kredibiliti sebagai tagline kempen pilihanraya!!

bukanlah mudah seorang wanita yang dikenali Chew Mei Fun untuk berhadapan dengan raksaksa seperti Anuwar yang memang Kajang ini adalah kubu mereka..

Namun itu semua bukan halangan bagi Chew Mei Fun untuk berkhidmat kepada rakyat.. apatah lagi pengundi Kajang tidak perlu rasa rugi kerana kekalahan PKR sudah tentu tidak memberi kesan kepada Kerajaan negeri.. apatah lagi dengan pembangkang yang kuat di Selangor akan memberi check n balance.



Jika sesuatu kerajaan terlalu kuat adalah tidak baik dan perlukan suara pembangkang yang kuat barulah hasrat rakyat didengari oleh kerajaan negeri.

Suara seperti Chew Mei Fun amat diperlukan pengundi kajang apatah lagi dengan kenaikan Gaji MB dan kroni-kroninya yang berlipat kali ganda tetapi tidak setara dengan perkhidmatan yang diberikan. Kes denggi, isu sampah, longkang tersumbat.. isu ini berlaku kerana YB PR dan ahli majlis mereka gagal memainkan peranan..

Oleh itu, mereka ini perlu ditegur oleh suara seperti Chew Mei Fun apatah lagi tiada langsung wakil pembangkang dari kaum Cina di negeri Selangor. Berikanlah peluang.. Sampaikan suara anda melalui Chew Mei Fun..

#VoteForChewMeiFun

#VoiceForKajang

#SuaraUtkKajang

#PrkKajang : Anwar bengang dengan Muhyiddin..

Anwar nampaknya semakin bengang dengan Tan Sri Muhyiddin yang berkata strategi PKR yang dikenali sebagai "langkah kajang" menghapiri kegagalan.. 
Misi ‘Langkah Kajang’ menjadi motto perjuangan PKR di Kajang semata-mata untuk memastikan survival politik Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ia jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini dan di mana-mana negara di dunia.
PKR hanya satu-satu parti di seluruh dunia yang telah memaksa wakil rakyatnya meletak jawatan demi untuk meletakkan kroni dan anak beranak mereka sebagai calon. Ianya bukan sekali bahkan telah berlaku dua kali sebelum ini iaitu semasa PRK Permatang Pauh dan PRK Penanti. Sebagaimana diketahui pada PRK Kajang ini Anwar telah memilih Isterinya sebagai Calon. Beliau telah memaksa ADUN Cina untuk letak jawatan dan dengan rasa besar diri memilih dari kalangan keluarganya sebagai calon PKR.
TPM berkata lagi "Misi besar Langkah Kajang adalah untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar (Selangor) tetapi misi itu berkecai. Kajang Move menjadi 'Kajang Who?'," katanya merujuk kepada pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan suaminya yang tidak layak bertanding.
Muhyiddin berkata, rakyat tidak wajar membiarkan Rafizi terus mempermainkan amalan demokrasi yang dipatuhi sekian lama dan menyifatkan agenda itu hanya bertujuan memastikan Anwar terus 'hidup' dalam arena politik negara.
Strategi yang menempa sejarah dunia ini sebenarnya menunjukkan betapa kejinya demokrasi yg diamakan oleh pemimpin PKR!!


#PRKkajang : Tabik kepada Bridget Kesatria Muda Malaysia!!


) Tabik kepada aksi Bridget Kesatria Muda Malaysia.. Pemuda harapan bangsa!! Ayuh bangkit menolak kebatilan dan fitnah jahat PR!! hidup! hidup! hidup Barisan hidup! hidup! hidup MCA hidup! hidup! hidup UMNO Tolak! tolak! tolak PKR Tolak! tolak! tolak DAP #masautktolakPKR #voteForChewMeiFun