Halaman
Rabu, Mac 26, 2014
#Mh370 - Kenapa pemimpin pembangkang kecewa sangat?
Satu lagi penipuan terancang tentang Mh370
Nampaknya ada sahaja pihak tertentu yang menanggung di air yang keruh. Sengaja mahu timbulkan kekeliruan dan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.
Ianya adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Dalam masyarakat dunia sedang bersedih ada pula pihak yang sengaja mencari kesempatan.
Gambar di bawah bukannya gambar serpihan pesawat #mh370 tetapi pesawat Air France..
Nampaknya tujuan adalah jelas supaya keluarga mangsa terus marah kepada kerajaan Malaysia dan pihak ini pula akan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan Malaysia. Sebagaimana yang Pemimpin PR buat sekarang ini. Jelasnya perbuatan ini adalah tindakan terancang yang sengaja mahu buruk negara.
Apa yang pembangkang takutkan dengan siasatan terhadap Kapt Zaharie
Tindakan pemimpin pembangkang yang beriya sgt mengecam kerajaan apabila membuat siasatan terhadap krew dan penumpang Mh370 menimbulkan persoalan.
Apakah sebenarnya yang pembangkang takutkan. Mereka marah sangat bila kerajaan cuba siasat kapt Zahari.
Sedangkan apa yang dibuat kerajaan hanyalah rutin biasa bila berlaku sesuatu kes. Mesti lah siasatan akan diadakan. Adakah tindakan kerajaan ini salah?.. kalau salah.. kenapa??
Pemimpin pembangkang berkata : “Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie kini disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI.
“Adakah kerajaan sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dengan membuang serangan ke atas reputasi atau integriti beliau?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang menjadikan Kapten Zaharie sebagai kambing hitam dalam tragedi MH370 apabila mengaitkan beliau dengan pelbagai andaian tidak masuk akal.
“Pesawat itu sememangnya terhempas ke dalam laut tetapi apa yang menyedihkan adalah cubaan menghubungkan peristiwa itu dengan cerita rekaan mengenai kecenderungan membunuh diri, fanatik dan lainnya.
Persoalannya adakah kerajaan menjadikan kapt Zahari sebagai kambing hitam.. jawapannya tentulah tidak..
Sebab bagi pihak kerajaan dah bercakap dgn jelas.. tiada siapa pun akan dikira bersalah selagi tiada bukti mereka bersalah.
Kerana berdasarkan kenyataan pemimpin pembangkang yang terlebih pandai ini.. jika ada sesuatu kes.. jgn siasat.. kerana bila siasat bermakna kerajaan mahu jadikannya sbgi kambing hitam.
Atau apakah pembangkang sebenarnya takut mereka dikaitkan tntg kemalangan mh370. Sebab dikatakan kapt Zahari ni ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.
Sebenarnya kerajaan tidak pernah keluar kenyataan pun tentang kapt Zahari ni bersalah. Yang keluarkan kenyataan inj adalah akhbar asing. Jika pembangkang tidak puas hati boleh le saman akhbar tersebut sebagaimama yang pembangkang selalu buat..
Tapi pembangkang tidak saman.. kenapa?