Halaman

Jumaat, Mac 28, 2014

Pasangan Malaysia didapati bersalah


Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara

KUALA LUMPUR: Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.

Menurut peguam Shalwati, Kristopher Stahre, anak guamnya didapati bersalah kerana memukul kempat-empat anaknya berulang kali dan dihukum penjara selama 14 bulan. 

Walau bagaimanapun, di bawah pembebasan bersyarat, Shalwati perlu menjalani hukuman kira-kira tujuh bulan atau kurang, tertakluk kepada tingkah laku yang baik

Azizul pula dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana memukul tiga daripada empat anaknya.Dia telah dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Hakim, Mattias Moller juga mengarahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi kepada semua anak-anak mereka dan tiada arahan diusir keluar Sweden oleh mahkamah selepas menjalani hukuman penjara.

Stahre berkata, usul untuk merayu supaya hukuman diringankan masih dalam perbincangan antara dia dan anak guamnya.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

PR sahkan mampu temui MH370

BgAda berita gembira kepada rakyat Malaysia apabila Ahli Parlimen PR berkata beliau mampu mencari Mh370.

Beberapa jam selepas mendakwa Pakatan Rakyat mampu mencari kehilangan pesawat MH370 sekiranya mempunyai sumber, MP Segambut Lim Lip Eng menarik balik kenyataan beliau itu.

"Saya mahu menarik balik kenyataan saya (iaitu): 'Ia cukup senang. Jadikan seorang pemimpin DAP sebagai komander tentera udara atau laut, kemudian kami akan mencari MH370'," kata Lim.

Namun selepas beliau menyatakan kenyataan tersebut.. tiba2 beliau buat kornar baring... tiba2 minta maaf.. pulak..

"Harap dapat menerima kekesalan saya yang mendalam kerana membuat komen tersebut."

Lim dipetik sebagai berkata demikian oleh Malaymail Online ketika sidang media pagi ini.

Ketika dihubungi, Lim berkata beliau membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadi dan ia tiada kena mengena dengan partinya.

"Saya mengulas soalan yang ditanya tetapi saya menarik balik keseluruhannya dan kesal dengan perkara itu," katanya.

Patutnya beliau tetap dengan pendirian beliau.. mudah rakyat Malaysia tak payah hentam kerajaan lagi..

Sebelum ini pembangkang banyak menghentam kepimpinan Najib kerana dikatakan gagal mengurus mh370 dengan baik.

Inilah masanya untuk PR buktikan mereka mampu cari mh370..

Tak gitu??

Sumber : Mkini

Aksi ‘Panas’ Gadis Berjubah, Bertudung Labuh



Gambar pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh kini tersebar di internet.

Adegan panas yang dipercayai dirakamkan secara curi itu memaparkan pasangan muda berkenaan berpeluk dan bercium di tempat awam tanpa perasaan malu.

Apa yang menarik perhatian, wanita yang dirakam dalam gambar ini memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.

Mungkin, suasana angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepi sungai membuai perasaan pasangan ini hingga tidak mengawal diri agaknya.


Tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum tapi melakukan perbuatan begini di tempat terbuka sudah tentulah satu kelakuan yang melanggar batasan adab –

Kajang kalah tapi pemimpin Umno... ???

PANAASS...! Selesai PRK Kajang..., Benarkah Seorang Pimpinan Atasan UMNO Selangor Dah Tempah Kereta Mewah Untuk Isteri...? Mahsyuukks

Rungutan biasa setiap kali berlakunya Pilihanraya dikalangan jentera jentera UMNO;

"Duit aku tak pegang laaa...."

"Macam mana jentera nak gerak dana tak turun bro...."

"Sampai bila nak guna duit sendiri, suruh buat program berbagai-bagai kehendaknya..., letih laa "

"Banyak nie jer duit turun...? Mana lagi....?? "

"Gila ker, satu bahagian bagi 25k jer...! Nak kongsi dengan jentera bahagian, jentera Pemuda, nak sewa rumah lagi, nak buat program lagi..., makan minum lagi...., duit minyak lagi...."
Sumber : Blog Mik

Menteri bisu baru bersuara..

Rasanya macam dah lambat.. sepatutnya menteri bisu ni respon awal lg sikit..

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan.

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.

Sumber : Astro Awani

MH370 : Satellite Jepun temui 10 objek terapung di Lautan Hindi


TOKYO: Japanese satellite images have shown around 10 floating objects off Australia, possibly from missing Malaysia Airlines flight 370, media reports quoted the government as saying Friday.
The objects were spotted in waters roughly 2,500 kilometres (1,550 miles) southwest of Perth,Kyodo and Jiji news agencies said.
Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center's study showed objects up to eight metres (26.4 feet) in length and four metres wide in images captured by a satellite between 9am and 3pm (0000 GMT and 0600 GMT) Wednesday, Kyodo said.
A government source said they could be wreckage of the missing plane since they were found in an area overlapping the sites where debris had previously been spotted, according to the agency.
Jiji quoted a government official as saying the floating objects were "highly likely" to be part of the plane.
Japan had handed the information to Malaysia, the reports said. – AFP