Halaman

Isnin, April 07, 2014

Pemandu treler Perodua maut dirempuh pemandu Alza yang memandu sambil main handphone


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Bandar Baru Uda, Johor Bahru - Seorang pemandu treler Perodua yang membawa muatan kereta baru maut dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan Perodua Alza.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi, mangsa pada ketika itu sedang membuka tali nak mengeluarkan kereta Perodua Myvi dari treler yang dipandunya dirempuh dengan kuat oleh kereta Perodua Alza yang dipandu oleh seorang lelaki muda cina yang dipercayai memandu sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian. Pemandu Perodua Alza didapati cuba melarikan diri setelah kejadian tersebut, namun gagal apabila tayar kereta yang dipandunya itu tersangkut pada besi bahagian belakang treler.

Setelah percubaan demi percubaan, pemandu kereta tersebut akhirnya berlari keluar dari keretanya dan lari ke Bank Islam berdekatan dan dikejar oleh orang awam.

Lelaki itu berjaya ditangkap tetapi dia mengaku tidak bersalah dengan alasan dia sedang berjoging dan dia tiada kena mengena dengan kejadian itu katanya.




Pemandu Kereta Perodua Alza berbaju ungu

Al-Fatihah...

Sumber- My Media Hub | kredit foto Daily Traffic Report

Tindakan berdiam diri prof Izzi menimbulkan persoalan

KUALA LUMPUR – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan komen dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis berkenaan sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”



Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Baca seterusnya di sini

Panas!! Dokumen sulit UMNO 22 tahun mengenai Hudud terbongkar..






Nampaknya lama dah UMNO ni sokong Hudud. Dokumen di atas bertarikh 2 Mei 1992 iaitu berumur 22 tahun!! Namun ianya tidak pernah didedahkan kepada Umum. Terkini terdapat dokumen sulit mengenai UMNO menyokong hudud telah didedahkan.

Dalam minit tersebut menyatakan "UMNO akan menyokong sekiranya parti lawan mengemukakan cadangan pindaan perlembagaan di parlimen untuk melaksanakan Hudud.

Bagi Admin ianya satu peluang yang baik bagi PAS untuk gunakan. Peluang ini PAS perlu guna untuk menyediakan usul pindaan perlembagaan untuk laksanakan Hudud.

masanya telah tiba. Hudud jangan dijadikan isu politik tetapi isu bersama untuk kebaikan umat Islam semua dan rakyat Malaysia amnya.


UMNO sokong Hudud - apakah alasan PAS selepas ini


Hukum Hudud yang sering dijadikan modal PAS berkempen menjelang PRU. Namun akhir tahun lepas menjadi panas semula apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata  Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
“InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 November lalu.
Selalunya PAS akan sentiasa menyalahkan UMNO dalam kes hudud ini. PAS suka menuduh UMNO menolak Hudud bermakna UMNO juga tolak Islam, UMNO tidak Islamik, Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana UMNO tolak usul hudud.
Namun sekarang Tok Pa selaku pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kelantan menyokong usul Hudud Kelantan.. nah!! apakah alasan PAS pula selepas ini!!
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,"
Harap selepas ini jangan pula PAS yang tarik semula Hudud ini kerana paksaan DAP.. 
DAP juga perlu nyatakan pendirian tentang Hudud PAS Kelantan ini.

Sumber : bernama


Harga minyak.. Fakta yang tidak disebut oleh PR!!



Apabila sebut sahaja minyak.. Vanezuala antara yang pemimpin Pakatan suka sangat menyebut dan membandingkan dengan Malaysia dari segi harga minyak.

Tapi cuba kita bandingkan keseluruhan nilai yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya berbanding rakyat Vanezuala.

Kaedah mereka bandingkan minyak dengan Venuzuela adalah untuk menerapkan kebencian dan membuktikan kononnya BN pemerintah yang zalim...

Secara umumnya banyak lagi harga barang-barang lain yang rendah berbanding dengan harga minyak.