Halaman

Rabu, April 16, 2014

Hudud Kelantan : Anwar Bidas PAS!!


Saya percaya hukum Allah, tapi hanya pemerintah adil boleh laksanakannya - Anwar

Apa maksud Anwar Hudud hanya boleh dilaksanakan jika pemerintah adil dan mengikut prinsip Islam..


Jadi apa yang PAS buat sebenarnya??

Anwar sendiri tidak percaya kepada PAS!! sebab yang nak buat Hudud adalah rakan sekutu PKR iaitu PAS Kelantan!!

Hari ini Anwar berkata Undang-undang syariah Islam yang terkandung hukum hudud hanya boleh dilaksanakan jika negara diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau kekal dengan pendiriannya yang mahu isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum undang-undang syariah Islam dilaksanakan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Anwar berkata Pakatan Rakyat perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini," Anwar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed


KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat ‘Heartbleed’, iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.
Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.
facebookAwal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.
Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.
“Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.
Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.“Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.
“Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda,” katanya.
Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.
Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.
Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.
SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.
Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. – Bernama