Halaman

Isnin, April 28, 2014

Gambar-gambar ini menyebabkan DAP makin tidak keruan!!

MUHYIDDIN Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengunjungi Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
















KOTA BHARU 27 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira dengan kunjungan itu yang dilihat mampu memberi nafas baharu terhadap kerjasama di antara Kerajaan Pas Kelantan dan Pusat selepas ini.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan terlebih dahulu bahawa beliau akan datang berkunjung ke rumahnya.

"Kedatangan beliau tidak diberitahu secara rasmi. Saya macam tidak percaya dia datang ke rumah saya.

"Kunjungan mengejut ini bagi saya seperti tuah datang bergolek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri di kediamannya di sini.

Muhyiddin yang menghadiri lawatan kerja sehari di Kelantan hari ini sempat meluangkan masa menziarahi Nik Abdul Aziz di kediamannya.

Ketibaan Muhyiddin pada pukul 4.45 petang itu disambut baik oleh bekas Menteri Besar itu dan anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa hampir 45 minit di kediaman Nik Abdul Aziz dan kedua-dua pemimpin itu juga dilihat amat mesra.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dan Muhyiddin tidak menjelaskan kepada media kandungan perbualan mereka.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140428/dn_16/Nik-Aziz-terkejut-terima-kunjungan-Muhyiddin#ixzz30BOViVw5
© Utusan Melayu (M) Bhd 




terkini : Gambar pesawat kecil terhempas di Pengkalan Chepa (6 Gambar)



Kejadian pesawat kecil terhempas dan pelatih dilaporkan selamat. Mangsa bernama Sangkar Muthu iaitu pelatih Asia Pasific Flight Training berumur 20 tahun.

Mangsa merupakan tahun 2 dan telah keluar untuk khidmat khas kapal terbang seorang diri. Pesawat terhempas di alamat Tmn Kurnia Jaya, Peng. Chepa pada jam 12:43. Punca nahas masih belum dikenal pasti.

Kejadian tersebut menyebabkan kerosakn teruk pada pesawat tersebut dan mangsa hanya patah kaki dan dalam keadaan stabil.







Punca sebenar pengantin perempuan meninggal dunia sebelum bersanding

pasangan_pengantin
Punca Sebenar Pengantin Perempuan Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding, Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi kononnya pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawanya oleh ‘benda’ yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic)
Namun, hari ini pegawai perubatan mempercayai bahawa kematian pengantin perempuan itu berpunca dari masalah saluran urat di kepala mangsa. Baca petikan berita penuh dari Utusan Malaysia di bawah :
KUALA LUMPUR – Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini. Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang. Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita kematian tersebut. Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja. Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.
“Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah. “Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.
“Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab. “Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri,” katanya, lapor Utusan.
sumber : klpost