Halaman

Selasa, Mei 06, 2014

Nelydia Senrose tampil paling jelita dengan skirt pendek dan baju kameja

Penampilan Nelydia Senrose dengan memakai skirt pendek dan baju kameja adalah yang paling cantik dan jelita pernah dilihat.


Dengan gaya bersahaja untuk memperbetulkan rambut dan menguntum senyuman lebar, kekasih Qi Razali itu tampil begitu memikat dan menakjubkan.

Lebih mengagumkan, pelakon ini juga tidak takut untuk bermain-main manja dengan seekor anak buaya sungai walaupun tahu ianya binatang yang amat menakutkan dan berbahaya. Penulis akui tidak seberani beliau dan sememangnya agak penakut berhadapan ular dan buaya.

Untuk pengetahuan, dua keping gambar di bawah telah dikongsikan oleh Nelydia di laman Instagram miliknya agar boleh menjadi tatapan peminat yang sentiasa menyokongnya.




Sumber : aans1

Mayat murid lemas ditemui

Lemas1Kuantan –  Mayat murid lelaki tahun empat yang lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong dekat sini petang semalam ditemui jam 10.20 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superitendan, Wan Azharudin Wan Ismail berkata, mayat Ngai Ji Hong, 11, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Perting di Bentong itu ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas, kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketika kejadian, mangsa sepatutnya menghadiri kelas tambahan, namun dilaporkan pergi ke sungai itu untuk mandi bersama dua rakannya.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, polis bersama anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa, lapor myMetro.

Gambar Intim Che Ta dan Zain Saidin!!


Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Tayang Gambar Kontroversi | Pasangan suami isteri berstatus selebriti tanah air, Rozita Che Wan dan Zain Saidin dilihat bagaikan mengikut jejak langkah Diana Danielle apabila mereka berdua menayangkan gambar kemesraan mereka menerusi akaun Instagram.
Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi sekeping gambar dirinya bersama suaminya Zain yang tidak berbaju sedang berbaring di katil dengan berlatar belakang kelopak bunga mawar berbentuk dua hati.
Gambar berkenaan telah menerima pelbagai jenis kritikan dan menegur artis berstatus diva popular tersebut agar tidak berkongsikan gambar intim buat tatapan umum.

SALAH FAHAM #GST DAN PERKARA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG




Apakah itu GST

GST = CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (good and service tax)

Masakini kita byr 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yg kita beli / guna iaitu :
cukai jualan. (5% dan 105) dan cukai perkhidmatan ( 6%);
ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Perlaksanaan GST merupakn salah satu langkah yang diambil kerajaan bg mnyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dn telus serta dpt mengelakkn berlakunya:

1) cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yg dibyr di prngkt pengilngn telah mnjd kos kpd pmborong dn peruncit, mk ianya tlh diambilkira di dlm pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dlm 2 keadaan
a) cukai bertindih di bwh sistem yg sama, iaitu smada cukai jualan atau cukai prrkhdmtn
Kesan: pggn trpksa membayar harga lebih mahal krn cukai perkhidmtn yg d kenakn mrupakn sbhgn kos menyediakn perkhidmtn kpd pggn,
b) cukai bertindih di bwh sistem cukai yg berlainan iaitu brngn berkenaan dikenakn cukai brgn serta perkhidmatan
Kesan: pengguna terpksa mmbyr hrga lebih mhl krn cukai jualn merupakn sbhgn drp kos yg akn dimasukkn ke dlm hrga jualan dn dikenakn cukai perkhidmtn apabila menyediakn prkhidmtn kpd pggn.

Pndgn mrk yg skrg x byr cukai penggunaan trutama golongn miskin trpksa byr cukai penggunaan bila GST dilaksanakn (tuduhan pembangkang)

- Sbnrnya rakyat tnpa mngira kelas pendptn sebenarnya tlh mmbyr cukai jualan dn perkhidmtn ke ats perbelnjaan harian mrk.

- Namun cukai yg dibyr ini trutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dlm inbois atau resit krn ia terselindung di dlm harga brngn.
 
 - Selain itu juga faktor lain ialah faktor keseimbangan kutipan antara cukai langsung dan cukai tidak langsung. Sekarang Cukai langsung khasnya cukai pendapatan merangkumi 56% dan Cukai Petroleum ialah 32.6%. manaka Cukai tidak langsung hanya merangkumi 15% sahaja dan ini tidak baik kepada ekonomi negara.
- Kebergantungan kepada cukai Petroleum untuk jangka panjang akan menyebabkan ekonomi negara semakin mengecil kerana Petroleum suatu hari akan berkurangan atau habis, maka secara tidak langsung juga cukai ini akan semakin lama semakin mengecil. Ianya tidak baik untuk ekonomi negara
 
GST JUGA DIKENALI SBG VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

GST (VAT)
Cukai penggunaan yg dikenakn ke ats aktviti nilai tmbh pd setiap prngkat rangkaian pengedaran semua brg dn perkhidmtn melainkn yg dikecualikn oleh krajaan.
 

Apakah kadar GST?

Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?

Mulai 1 April 2015.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%.

Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

Jual beli dan sewa rumah kediaman

Perkhidmatan kewangan terpilih
 

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan.

Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada:

melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaan

Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?

Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja berbanding SST yang kadang-kadang pengguna perlu bayar cukai berganda.

Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimum apabila GST dilaksanakan

Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yg penting:

GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masakini rakyat dah byr 2 cukai tu.

GST mngmbilkira pola prbelnjaan mngikut kategori pendapatan. Makanan & keperluan asas tidak dikenakan cukai.

GST bukan kos kpd perniagaan

IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akn turun bg sesetgh brngan/ perkhidmatan spt:
- Pakaian, kasut
- Hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, dll
- Komunikasi

IHP MENINGKAT
- Minuman beralkohol & tembakau
- Pendidikn swasta
- Restoran dn hotel

GST bg mnggntikn kelemahan dlm kutipan cukai selama ini:
Spt cukai bertindih, ketirisan,dll.

GST tdk meningkatkn kos perniagaan krn ia adalh cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambhbaikn sistem cukai ini peniaga mngkin x trlepas dn trpaksa byr - itu yg dikatakn meningkt agaknya

GST DIKENAKN ATAS:
- Setiap prngkt pengedaran
- atas nilai tambah
- Atas brgn dn perkhidmtan yg diimport
- Atas jualan brg dan perkhidmatn di Malaysia

Adakh GST akn mnybbkn hrga brgn dn perkhidmtn naik?
IHP akn mnurunkn mngalami penurunan sbnyk 0.10% . Hrga bg 8 komponen turun:
- Pelbgai brngn dn prkhidmtn
- Restoran dn hotel
- Komunikasi
- Pengangkutan
- Hiasan, perkakasan & penyelenggaraan
- Perumhan, air, elektrik, gas, & bhn api
- Pakaian dn kasut
- Minuman alkohol dn tembakau

Apa pranan pngguna:
- Mmbuat perbndingn hrga sblm brbelnja
- Sentiasa merujuk kpd panduan harga pgguna
- Melaporkn apa2 kenaikn hrga yg tdk munasabah kpd pihak yg berwajib atau persatuan pengguna
- Berbelnja sec berhemah