Halaman

Rabu, Mei 28, 2014

Kerana mengkritik parti - Chegu Bard digantung keahlian

Kepimpinan Pusat PKR terus dikritik ahli akar umbi.. lihat artikel ini.. 

AIDCNews – 28/5/14 – Kritikan ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard berkenaan pemilihan parti itu telah mencemar imej parti, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dilaporkan themalaymailonline.com berkata walaupun Chegubard digantung keahlian, ia bukan bermaksud parti menghalang kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahlinya.
“Masih kebebasan dalam parti. Chegubard telah memberikan kritikan tetapi sebahagian daripadanya telah mencemarkan imej parti, “kata wan Azizah.
Hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan Chegubard digantung keahlian kerana telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan 2014 adalah kotor dan tidak telus.
Chegubard juga turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan ‘Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali’ pada 12 Mei 2014 dan disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today.
Selain itu, Chegubard juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei 2014 bertajuk ‘Keputusan penuh penipuan: Chegubard’.
Menurut Dr Tan, keputusan menggantung keahlian Chegubard telah diusulkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biro Politik yang lain.
Pada 20 Mei lalu ketika Anwar bercakap kepada sekumpulan ahli yang mengadakan demonstrasi di ibu pejabat PKR, Ketua Umum PKR itu sudah membayangkan Chegubard bakal diambil tindakan, namun ditangguhkan kerana beliau mempunyai alasan yang tersendiri.
Namun, penggantungan keahlian Chegubard lebih menambahkan rasa tidak puas hati di kalangan para penyokongnya :



Sumber; AIDC

Al Fatihah : Sultan Azlan Shah Mangkat

Tuanku Sultan Azlan Shah
Alfatihah. 

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ. 

سْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم 

الْحَمْدُللّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ..
.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ ...
مَالِكِ يَوْمِالدِّينِ ...
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ...
اهدِنَــــا الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ ...
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ 
عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِعَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 

أمــــــــــين......


Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.  

Almarhum Baginda pernah menjadi YDP Agong Malaysia pada tahun 1989-1994 dan merupakan seorang sultan yang sangat disenangi oleh rakyat jelata. Semoga roh almarhum ditempatkan bersama orang yang beriman. 

Amin..