Halaman

Rabu, November 19, 2014

Masyarakat India teruja dengan bajet Johor 2015


     


 31.    Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta). 

49.  Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.


SENAI - Pemuda MIC Johor menyambut baik Bajet Negeri Johor 2015 yang dibentangkan  Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khamis lalu.

Ketuanya, S Hareedaven berkata, belanjawan itu jelas menunjukkan Menteri Besar prihatin dan faham denyut nadi rakyat.

“Maka atas sebab itulah beliau telah mengumumkan banyak perkara yang mampu memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Apa yang lebih membanggakan, peruntukan sebanyak RM4 juta turut disediakan kerajaan negeri bagi tujuan untuk membangunkan masyarakat India di negeri ini.

"Pengumuman peruntukan khas ini sudah pasti menggembirakan kami,” katanya, semalam.

Hareedaven berkata, Pemuda MIC Johor mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar di atas keprihatinan terhadap masyarakat India.

“Kami bersyukur kerana Johor ditadbir oleh seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat.

“Di atas keprihatinan beliau, kami berikrar akan sentiasa berdiri teguh dan memberi sokongan padu kepada kepimpinannya sebagai Menteri Besar.

"Semoga apa dirancang kerajaan negeri mencapai matlamatnya,” katanya.


DAP Pulau Pinang banyak jual tanah tapi pelaburan hilang!!



Kerajaan pulau pinang berbangga dengan peningkatan hasil negeri dan terasa hebat.. Lim Guan Eng pun mendabik dada..

Rupanya peningkatan hasil negeri Pulau Pinang kerana banyak jual tanah negeri.. kalau macam tu tak payah orang penang pilih Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri.. aku pun boleh.. bukan susah.. jual je tanah negeri tu... banyak la duit dapat.. inilah antara kecerdikan pemimpin PR yang dipuji.. ini tidak termasuk komisyen pemaju yang terpaksa diberikan kepada DAP..

cuba lihat laporan di bawah:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.
Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500  menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000;  Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.
Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak  RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.
Bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada pemaju. Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.
Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.
Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.
Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.
Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.
Adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri.
Berdasarkan fakta-fakta diatas kenyataan Ketua Menteri yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali!


Tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia meningkat sebanyak 12 kali ganda berbanding sebelum merdeka.

Syukur tidak terkata bagi orang Melayu Johor khasnya kepada kepimpinan Umno Johor yang dilihat serius untuk Melayu dan Islam di negeri Johor.

Fokus bajet 2015 kini sangat dirasai oleh rakyat Johor.. isu dan kebimbangan orang Melayu tentang kediaman mereka di tengah bandar kini di jamin oleh kerajaan BN Johor.

Isu tanah rezab juga yang dulu diserang oleh pembangkang terhadap kerajaan negeri Johor menyebabkan PAS dan PR terkedu..

Kerajaan BN Johor dilihat begitu rapi perancangannya utk Melayu dan perumahan serta tanah mereka...

Lihat sahaja fakta mengenai Keluasan tanah rezab Melayu di negeri johor yang kini telah meningkat daripada hanya seluas 87,563.6 hektar pada 1957 kepada 432,157.64 hektar setakat September tahun ini. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 279,744 hektar atau 18.2 peratus sejak negara kita mengecapi kemerdekaan.

Jika mengambilkira kawasan Iskandar Malaysia yang merangkumi daerah Johor Bahru dan sebahagian Kulaijaya, keluasan tanah rizab Melayu sebelum merdeka adalah seluas 1,921.44 hektar tetapi selepas tahun 1957 sehingga September 2014, luas tanah rizab Melayu bagi kedua-dua daerah tersebut adalah 23,517.37 hektar. Ini jelas menunjukkan bahawa keluasan tanah rizab Melayu di kawasan Iskandar Malaysia pada hari ini sebenarnya bukan semakin berkurangan tetapi telah meningkat sebanyak 12 kali ganda berbanding sebelum merdeka.

Bagi daerah-daerah lain di negeri Johor juga, ia turut mencatatkan peningkatan sebanyak 2 hingga 21 kali ganda.

Tanah Rizab Melayu adalah tertakluk di bawah Enakmen Rezab Melayu 1936 dan Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana tanah yang berstatus demikian apabila hendak dibatalkan atas alasan pembangunan atau permohonan pemiliknya sendiri perlulah mematuhi keperluan sebagaimana yang disyaratkan di dalam Enakmen Rizab Melayu 1936 dan juga Perlembagaan Persekutuan iaitu perlu ada tanah gantian yang berkeluasan sama atau lebih dan nilaian tanah mestilah sama atau lebih

Jika pemimpin itu ikhlas untuk agama bangsa dan negara in sha Allah akan menunjukkan jalannya..

Semoga Allah sentiasa berkati keikhlasan perjuangan pemimpin kita..