Halaman

Rabu, Disember 03, 2014

Laporan RCI dah keluar tp nampaknya macai PR meroyan




Ini yang membezakan RCI  atau Suruhanjaya Siasatan di Raja dengan PR..

Suruhanjaya membuat kerja berdasarkan kenyataan dan bukti.. manakala PR pula buat hanya tuduhan dan fitnah tanpa bukti..

Jadi hakikatnya yang dituduh PR hanyalah fitnah semata-mata.

Mereka mahu menyabitkan Tun M atau UMNO sebagai dalang projek IC sedangkan berdasarkan bukti memang tidak berlaku...

jadi kita tahulah.. dari mana datangnya cerita projek IC ini.. ianya hanya fitnah jahat pembangkang.. hanya tuduhan semata2

Hasrat hendak fitnah Tun Mahathir gagal lagi #RCIsabah #jdt01

RCI-Panel
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah mendapati terdapat warga asing mendapat kad pengenalan Biru Malaysia melalui sindiket dan telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Sabah.
Suruhanjaya menegaskan tiada sebarang penemuan yang menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan yang sah dilakukan tanpa mengikut keperluan undang-undang kewarganegaraan sedia ada.
Ringkasan laporan Suruhanjaya ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa kerajaan telah memberi kewarganegaraan secara besar-besaran dan sistematik kepada pendatang asing seperti dalam parti politik mengenai projek IC Mahathir.
Bagaimanapun terdapat keterangan mencukupi bahawa ada pendatang asing yang memiliki Kad Pengenalan Biru (kad pengenalan sebelum Mykad), resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak sah melalui sindiket/individu tertentu telah mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya negara ini.
Suruhanjaya juga menegaskan pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti sah kewarganegaraan Malaysia melainkan mereka telah didaftarkan secara undang-undang sebagai warganegara.
Justeru suruhanjaya membuat kesimpulan terdapat warga asing telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri sabah. Namun ia gagal menyatakan berapa ramai pemilik kad pengenalan palsu ini telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mengundi dalam pilihan raya Malaysia.
IMG-20141203-WA0086

#RCIsabah - Bukti SUHAKAM menipu!!



Suruhanjaya setelah mengambil kira hasil siasatan dan keterangan daripada saksi-saksi serta bahan-bahan bukti yang dikemuka sepanjang siasatan merumuskan bahawa:

Bagi Terma Rujukan pertama iaitu untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan, Suruhanjaya mendapati keterangan daripada saksi Dato’ Jariah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara mengenai bilangan Kad Pengenalan biru yang dikeluarkan adalah 67,675 dan bilangan pendatang di Sabah yang diberi kerakyatan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 seramai 68,703 orang diterima oleh Suruhanjaya sebagai angka rasmi manakala bilangan 1 juta pendatang asing di Sabah yang diberikan oleh SUHAKAM dan saksi-saksi lain adalah tidak bersandarkan bukti-bukti kukuh.

Manakala Terma Rujukan Kedua pula iaitu untuk menyiasat sama ada pemberian kad pengenalan biru atau warganegara kepada pendatang asing adalah mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya telah mendapati tiada petunjuk yang jelas bahawa tatacara berhubung dengan pengemukaan maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam pengeluaran Kad Pengenalan telah dilanggar oleh Jabatan Pendaftaran Negara sepertimana diperuntukkan di bawah National Registration Rules 1972 dan semua tatacara yang digunapakai oleh pihak berkuasa didapati teratur.

Bagi Terma Rujukan Ketiga pula, iaitu untuk menyiasat sama ada pendatang aing di Sabah yang memegang Kad Pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, Suruhanjaya telah mendapati bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan kerakyatan yang diberikan kepada pendatang asing yang tidak mengikut Perlembagaan. Namun Suruhanjaya telah mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan pendatang yang bukan rakyat Malaysia diberikan Kad Pengenalan biru adalah secara oleh SINDIKET/INDIVIDU tertentu untuk kepentingan kewangan peribadi.

Dengan penerangan hasil dapatan Terma Rujukan Ketiga tersebut, didapati bahawa ‘Projek IC’ yang dikatakan dijalankan oleh pihak kerajaan BN adalah satu fitnah yang jahat dan tidak mempunyai sebarang asas.

Ps: mesti ramai yang kecewa ni... namun mereka hanya mampu memfitnah semata2 dan tiada bukti di kemukakan.. dakwaan 1 juta IC juga hanyalah dakwaan palsu..

Panas!! indeks rasuah Malaysia semakin merosot..

Malaysia dilihat kurang rasuah tahun ini berbanding tahun lepas, bergerak 3 slot ke atas daripada kedudukan sebelumnya dalam indeks persepsi rasuah Transparency International (TI) 2014.

Malaysia kini berada di tangga ke-50 di kalangan 175 negara yang mengambil bahagian dalam kajian itu. Tahun lepas, ia berada di kedudukan 53 daripada jumlah negara yang sama.

Daripada segi markah, Malaysia naik 2 mata kepada 52 daripada 50 tahun lepas. Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), skor 0 bermakna "sangat rasuah" manakala 100 dianggap sangat bersih.

Indeks itu meletakkan ranking kepada negara berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam.
Ia berasaskan gabungan tinjauan dan penilaian rasuah, dikutip pelbagai institusi bereputasi, menurut TI dalam satu kenyataan media hari ini. – 3 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-naik-3-anak-tangga-dilihat-kurang-rasuah-tahun-ini#sthash.6paKD8ld.dpuf

Wakil DAP buat kecoh di majlis pengumuman #RCISabah

Ada beberapa yang mengaku diri dia reporter sedangkan mereka tiada kad jemputan telah membuat kecoh di majlis pengumuman Suruhanjaya diraja mengenai PATI di Sabah..

[LIVE STREAMING] PEMBENTANGAN LAPORAN #RCISABAH #Jdt01

KLXPress membawakan Live Streaming Pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Asing Di Sabah oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sesi pembentangan ini dilakukan di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu dan dijangka bermula jam 3.30 petang sehingga jam 4.30 petang.

http://klxpress.com.my/?p=20564

Pas tersinggung dengan tuntutan kerusi timbalan speaker Selangor oleh DAP!!



SHAH ALAM, 2 Dis (Bernama) -- PAS Selangor mengingatkan sekutunya, DAP supaya menghentikan tuntutan mereka berhubung kerusi jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata buat masa ini, tiada keperluan bagi jawatan itu diwujudkan memandangkan jawatan tersebut telahpun diisi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah.

"Saya tidak setuju supaya diadakan jawatan Timbalan Speaker II DUN (sebagaimana yang dituntut oleh DAP). Tidak ada keperluan jawatan itu diwujudkan.

"Ini sebab tugas Timbalan Speaker DUN hanya terhad semasa persidangan dewan sahaja," katanya yang juga ADUN Sabak ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor di sini pada Selasa.

Beliau berkata tuntutan jawatan timbalan speaker akan mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan rakyat yang akan melihat Pakatan Rakyat seolah-olah gila jawatan.

Sallehen berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim semalam bahawa DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata peruntukan bagi rumah ibadat selain Islam di Selangor akan dinaikkan sekali ganda dari RM3 juta kepada RM6 juta mulai tahun depan.

Katanya, dengan peruntukan terbaru itu, rumah ibadat Kristian akan menerima peruntukan RM1 juta, Hindu dan Sikh RM2 juta manakala tokong Cina dan Buddha RM3 juta.

"Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan perayaan dan kelas agama selain menaik taraf bangunan rumah ibadat masing-masing," katanya yang menambah peruntukan itu disediakan menerusi Rang Undang-undang Perbekalan 2015.

-- BERNAMA