Halaman

Isnin, Disember 08, 2014

STAGG membuatkan Guan Eng semakin panas punggung



Orang ramai pasti masih teringat dengan ucapan Perwakilan Pulau Pinang yang didakwa banyak melakukan jenayah judi haram..

Nampaknya pihak polis telah melakukan kerja awal untuk menangani kes ini.. pastinya perkara ini tidak akan disukai oleh tokey judi haram.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menubuhkan pasukan elitnya yang ketiga iaitu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG).

Pasukan elit berkenaan dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Sebelum ini PDRM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Penubuhan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).

Ahmad Zahid dalam sidang media berkata, STAGG akan memberi tumpuan dalam penangkapan ketua-ketua sindiket berkaitan maksiat, judi dan pertubuhan kongsi gelap.

"Saya setuju dengan pandangan media dan orang ramai bahawa penangkapan 'ikan jerung' (ketua-ketua sidiket) harus dilakukan kerana selama ini masyarakat melihat operasi hanya dijalankan terhadap golongan 'ikan bilis'.

"Saya yakin PDRM melalui ketiga-tiga pasukan elit ini akan dapat mengangkap 'ikan jerung' dan mengheret mereka ke mahkamah dengan mengunakan tindakan undang-undang ada," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, bagi tujuan penubuhan STAGG Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan 220 perjawatan baru dengan 61 berpangkat pegawai, 139 anggota berpangkat rendah dan 20 pegawai awam.

"Pasukan STAGG ini akan diketuai oleh pegawai berpangkat Deputi Komisioner (DCP) dan dibantu oleh seorang Senior Asisten Komisioner (SAC).

"Perlantikan 20 pegawai awam pula adalah penting bagi tujuan tektikal. Anggota STAGG ini akan menerima elaun khas" jelas Ahmad Zahid.

Turut hadir pada majlis pelacaran adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.-UTUSAN 

Pasport blogger lucah sah ditarik..

Penarikan balik Passport Alvin Tan. Tahniah Dato KP Imigresen



Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kedua-dua individu ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.

"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.