Halaman

Isnin, April 14, 2008

Selangor.FM: Menteri Besar Selangor didakwa tak reti bahasa

Menteri Besar Selangor perlu mendalami bahasa Melayu supaya dapat membezakan istilah 'ugutan' dengan kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar sebelum menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'gila kuasa'.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh harakahDaily, permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Radio Selangor.FM� supaya menyediakan ruang kepada MB dan exco Selangor selama sejam seminggu untuk berinteraksi dengan rakyat dianggap satu ugutan oleh Shabery.

Melalui siaran berkenaan Menteri Besar berhasrat menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasa yang tidak diberikan respons sewajarnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi dalam mengulas perkembangan itu berkata, jika selama ini Radio Selangor.FM boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dan menjadi suara kepada kerajaan Umno-BN apa salahnya jika diteruskan kaedah tersebut dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat yang lebih demokratik untuk memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Namun pakatan masih belum terima hakikat lagi bahawa Selangor.FM adalah di bawah kuasa kerajaan pusat Barisan Nasional. Jika dahulu Selangor.FM boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana Dasar kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri adalah dasar yang sama. Tetapi sekarang kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan pembangkang mestilah dasar berbeza. Apa gunanya jika dasar yang diberikan bertentangan dengan dasar kerajaan pusat. Samalah jika dibandingkan jika kerajaan Pusat hendak menerangkan dasar kerajaan BN di dalam lidah PAS, Harakah, nescaya tidak akan dibenarkan oleh mereka. Ini hanya alasan orang bodoh dan tidak reti bahasa bukanlah isu yang besar tetapi ianya diperbesar-besarkan.

Tindakan Menteri Besar Selangor ini sememangnya gila kuasa. Wajib diperingatkan, bahawa pakatan Pembangkang belum lagi memerintah negara tetapi sudah berani mengusir Selangor.FM bagaimana pula jika dapat memerintah negara pasti mereka yang menentangnya pasti akan diusir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan