Halaman

Selasa, Mei 13, 2008

Demokrasi negara setelah 50 tahun- semakin matangkah pemimpin kita

Kebelakangan ini, DSAI nampaknya semakin yakin untuk menjadi Perdana Menteri Lompat negara yang pertama. Tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan mengenai wakil rakyat BN akan lompat ke Pakatan Pembangkang.

Apa agaknya signifikan 50 tahun merdeka dan kematangan berpolitik. Nampaknya jika Anwar berjaya membawa ahli Parlimen BN lompat parti apa agaknya makna kematangan demokrasi di negara ini.

Kemudian setelah terdapat ahli Parlimen BN lompat maka pakatan Pembangkang jadi kerajaan Persekutuan. Selepas itu terdapat pula ahli Parlimen Pembangkang lompat ke BN dan BN pun jadi kerajaan Persekutuan. Walaupun Pembangkang memerlukan sebanyak 30 kerusi untuk mendapat majoriti mudah tetapi BN pada masa itu mungkin memerlukan seorang dua sahaja Ahli Parlimen untuk lombat bagi membentuk kerajaan.

Akhirnya rakyat yang mendapat susah kerana asyik bertukar kerajaan. Sebab moral dan prinsip bukan lagi pegangan. Hanya tawaran yang lebih baik akan menjadi pegangan samada jawatan Menteri ke duit ke, tiada siapa tahu walaupun alasannya untuk kebaikan rakyat.

Ini tidak mustahil berlaku. Nampaknya inilah akibat jika seseorang pemimpin gilakan kuasa.

Setelah 50 tahun demokrasi negara semakin caca marba, kelam kabut. Keputusan Rakyat tidak lagi dihormati.

Mungkin pemimpin-pemimpin parti politik ini perlu adil terhadap rakyat kerana rakyat memilih mereka. Oleh itu, jika terdapat mana-mana ahli Parti Poltik yang lompat maka rakyat akan buat keputusan dan Pilihanraya Kecil perlu diadakan. Sebab sistem demokrasi negara ini berteraskan kepada calon yang mewakili sesebuah parti politik.

Rakyat memilih calon dan parti, maka kuasa memilih mesti dikembalikan kepada rakyat. Pilihanraya Kecil harus diadakan dan rakyat harus memilih semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan