Halaman

Khamis, Mei 29, 2008

Harga yang perlu dibayar oleh orang Melayu - Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus

Hari ini terdapat laporan akhbar yang menyebutkan Biasiswa JPA pelajar bukan Melayu naik kepada 45 peratus dari 10% sebelum ini.

Kalau dahulu pelajar Melayu menikmati sehingga 90% tawaran biasiswa tetapi kini hanyalah 55% sahaja. Namun orang Melayu tidak boleh marah kepada kerajaan kerana mereka memilih keadaan ini ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

Satu persatu hak keistimewaan orang Melayu telah terhakis, mula-mula pemberian biasiswa kepada orang Melayu semakin berkurang dan apakah selepas ini. Apakah orang Melayu bersedia untuk hilang hak keistimewaan mereka.

Telah terbukti sekarang bahawa melalui PKR dan PAS tidak mungkin hak Melayu terjamin dibawah mereka. Walaupun hal ini jelas tidak menguntungkan orang Melayu tetapi mereka hanya senyap sahaja.

P.s: Suara Melayu semakin hilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan