Halaman

Khamis, Jun 19, 2008

Tindakan SAPP - bukan sebulat suara

Nampaknya tindakan Presiden SAPP, Yong Teck Lee (YTL) tidak sebulat suara, bahkan tidak dibincangkan langsung di peringkat Majlis tertinggi.

Jadi apa yang Pak Lah katakan semalam bahawa (YTL)sebagai tamak adalah sesuatu yang jelas. Tidak perlu diperincikan lagi. Tindak tanduknya bertindak bersendirian menceritakan segalanya.

Semasa majlis kenyataan akhbar semalam, keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.


Laporan Malaysia Kini mneyatkan keputusan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dipercayai bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.

Timbalan Presiden, Raymond Tan - yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam - berkata beliau "keliru dan malu" dengan tindakan SAPP itu.

Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.

Raymond berkata adalah tidak elok bagi parti tersebut bertindak sedemikian memandangkan Abdullah juga merupakan pengerusi BN.

Beliau menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak menghormati perdana menteri.

Raymond adalah timbalan ketua menteri Sabah dan menteri infrastruktur negeri.

SAPP juga mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).

SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.

Kata Rakyat: Siapa yang gila kuasa? Kita tunggu sahajalah

3 ulasan:

  1. Sebagai PERIBUMI sabah, saya menyokong penuh tindakan SAPP untuk memberi pengajaran kepada kerajaan yg selama ini hanya tahu mengaut hasil bumi sabah dan sarawak, tetapi tidak memberikan pembangunan yg setimpal kepada negeri sabah dan sarawak ini.

    Walaupun saya merasakan keluar daripada BN bukan langkah yg baik buat masa ini, tetapi saya berpendapat langkah drastik perlu diambil secara berkala....

    Kami tidak mahu menunggu sehingga populasi PTI di sabah ini meningkat dari tahun ke tahun tanpa sebarang tindakan berkesan daripada kerajaan. Kami mahukan keselamatan dan keamanan kami terjamin. Inilah isu yg paling utama buat kami.

    Anda mengelar Datuk Yong Teck Lee sebagai opportunist... tetapi anda tidak melihat bahawa semasa beliau menjadi ketua menteri sabah menerusi sistem penggiliran yg tidak bermanfaat itu, Beliau lah satu-satunya KM yg menghapuskan semua pendudukan pendatang asing pada skala yg besar.

    Tidak ada KM lain yg melakukan demikian, baik dari parti PERIBUMI sabah mahupun umno sendiri. Jadi dapat dilihat sini bahawa SUPP mempunyai keberanian untuk mempertahankan hak masyarakat sabah.

    Yg opportunist itu sebenarnya adalah parti2 komponen lain yg hanya duduk diam kerana mereka tak rugi apa pun. Mereka ini harus sedar, jika mereka tidak menunjukkan usaha untuk berubah, pada PRU 13, Sabah tidak mustahil menjadi negeri pembangkang yg terbesar seperti masa dahulu.

    BalasPadam
  2. setahu aku yang gila kuasa ni orang umno jer...mana pergi nya suara pemimpin umno semasa rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan?kita ni kalau nak mengikut perintah pemimpin pun biar lah berakal..ni kalau pemimpin dah menyusahkan rakyat pun nak sokong gak ker?sedar-sedar ler rakyat malaysia...

    BalasPadam
  3. Yong Teck Lee bukan opportunist tapi dia membaca kocak di bawah. Dia sebut Sabah sebab mungkin tak mahu masuk campur urusan negeri lain. BN harus dipimpin oleh orang yang berkarisma dan dapat menyatukan bukan sahaja parti-parti komponennya, malahan rakyat jelata amnya.

    BalasPadam