Halaman

Rabu, Julai 02, 2008

Saiful mahu bunuh diri?


Siapa yang tidak malu!.. Ini soal maruah diri, hukum hakam agama, dosa dan pahala. Bukan boleh dimain-mainkan sesuka hati..

mengikut laporan The Star, memetik ayah saudaranya Saiful bahawa bekas pelajar UNITEN itu pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Beliau yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.

"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat Petaling Jaya.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

Sementara itu banyak persoalan yang belum terjawab diketika polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk di kondominium dimana kejadian didakwa berlaku.

Sekalipun tidak ada apa-apa kukuh diperolehi setakat ini apa yang berlegar kini khususnya yang didakwa oleh Anwar dan PKR ialah wujudnya konspirasi yang merancang dakwaan itu.

Bagi sesetengah pemerhati dakwaan wujudnya konspirasi ialah jalan termudah mengaburi senario kes itu.

Cubaan untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dalam konspirasi itu juga adalah jalan paling mudah mengunakan modal gambar Saiful dengan Khairil Anas.

Ada pemerhati yang berpandangan Anwar tidak perlu mengelupur hingga nak buat roadshow satu negara menjelaskan kesnya.

“Beliau sepatutnya cool saja dan tunggu hingga selesai siasatan polis ”kata salah seorang dari mereka.

Malah menurut sesetengah pemerhati tindakannya lari ke Kedutaan Turki sudah mencetuskan kecurigaan orang.

Dalam pada itu andaian yang popular kebelakangan ini kalau betulah ada konspirasi untuk kenakan Anwar ia satu usaha yang bodoh untuk main balik dakwaan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999.

Juga kalau betul ada konspirasi kenapa ia lekeh sangat dan tidak pasang perangkap betul-betul keatas Anwar.

“Kalau macam kes video Datuk Chua Soi Lek itu betul boleh rasa ada perancangan dan konspirasi yang teliti…kalau macam inilah jawabnya konspirasi bodoh’, kata seorang lagi.

Katanya kalau ada konspirasi high level ia pasti amat rapi dan video ala–Chua Soi Lek sudah pasti tersebar luas sekarang.

Andaian itu membuat ramai juga yang lebih melihat dakwaan ini terhad Saiful vs Anwar saja.- 2/7/2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan