Halaman

Rabu, Julai 16, 2008

Tahniah YB Datuk Ahmad Shabery Cheek


Sekalung tahniah buat menteri muda kerajaan, Menteri Penerangan...

Bukan senang untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar Ibrahim yang memang dikenali dengan kelicikannya... kehebatan dramanya... macam filem hollywoodlah!

Diharap dapat diteruskan lagi debat seperti ini sekurang-kurangnya ianya memberi dimensi baru dunia politik tanah air dan dapat mengelakkan demonstrasi jalanan haram yang menyusahkan rakyat dan protes dengan pertunjukan yang tidak senonoh!...

Dan yang paling penting... kerajaan sekali-kali tidak gentar dan berani berdebat bersama pembangkang walaupun berhadapan dengan tokoh no 1 mereka... demi kesejahteraan rakyat..

1 ulasan:

  1. Saya kagum dengan Menteri Penerangan kita yang baru ni. Markah yang saya berikan kepada beliau adalah sebanyak 100%. Sebab apa?
    Baru je jadi Menteri sudah dengan keyakinan yang tinggi berani menyahut cabaran berdebat dengan harimau pembangkang.
    Masa Debat tu idea yang dikeluarkan oleh Anuar tu sudah berkali-kali dibincang diperingkat kabinet. Anuar ingat ia pintar la tu. Tidak.. Ideanya sudah basi. Semua Menteri sudah tahu apa akan jadi kepada negara jika idea yang kononnya idea Anuar itu dilaksanakan. Penyokong PKR gembira dan mengatakan Anuar menang dalam perdebatan tersebut. Tapi mereka tidak tahu idea Anuar yang di luahkan pada malam tersebut adalah idea Lapok UMNO dan BN. Kerajaan memiliki tenaga fikir yang pakar tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
    Anuar apa tau. Ijazah dalam bidang sastera sahaja. Yang tahu mereka yang pakar dalam ekonomi. Dan berlambak-lambak dalam kementerian Kewangan Negara.
    Anuar apa tau,
    Yang ia tau meliwat sahaja.
    Ajak bersumpah tak berani.
    Apa yang ditakutkan jika kita berada dipihak yang benar.
    Pemimpin seperti Datuk Ahmad Shabery Cheek ini ramai dalam BN. Umpamanya Datuk Najib,Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Afdal, Datuk Shahrir Samad, Datuk Azalina, Datuk Hishamuddin, Dan Datuk, Datuk, Datuk lagi. Kenapa kita runsing dan tak menerima hakikat BN itu kuat dan dapat diharap memercu bangsa?
    Atau kita yang iri hati melihat kebolehan orang lain.
    Anda ada Khalid MB Selangor untuk memperjuangkan anda. Tetapi tindakan pertama beliau ialah meluluskan kandang babi. Boleh harapke tu. Tindakan mutakhir beliau ialah menganggu pentadbiran UITM pula. Ini lagi celaru dibuatnya. Aku rasa-rasalah tindakan masa depan beliau ialah
    menubuhkan tokong terbesar didunia di Ijok, Selangor.
    Cadangan mengenai pemimpin yang paling layak melawan Anuar di Permatang Pauh ialah "Sabaruddin Tukang Kasut". Tak payah cari yang hebat-hebat.

    BalasPadam