Anwar sebagai PM alat kepada DAP atau Matlamat?
Sebagaimana yang diketahui dan berlaku di Selangor dan Perak, walaupun MB dari orang Melayu Islam tetapi para pembesarnya majoritinya adalah terdiri dari kaum Cina.
Kerajaan negeri Perak, terdiri dari 6 kaum Cina sebagai EXCO, begitu juga Selangor...
Kenapa perlu ramai EXCO dari kaum Cina ni, mana pergi EXCO dari kaum yang lain.. kata hendak samarata!...
Kalau betul hendak samarata biarlah koutanya sama iaitu 3 Melayu, 3 Cina dan 3 India.
Namun tidak mungkin samarata akan berlaku kerana walaupun MB terdiri dari kaum Melayu dan Islam, tetapi mereka hanyalah boneka dan alat...
Sebab itu mereka takut hendak meletakkan jumlah EXCO kaum Melayu dan Islam lebih ramai dari kaum Cina kerana takut tidak dapat undi dari mereka.
Begitu juga apabila Anwar menjadi PM, beliau hanya akan manjadi alat kepada DAP..
Selain menjadi alat DAP untuk memimpin negara, Anwar juga menjadi alat kaum DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu. Ini jika dilihat dalam kontek dalam negara, namun jika dilihat luar negara, Anwar ialah alat Amerika untuk menghancurkan Institusi negara Islam di rantau ini dan mahu menjadikan Malaysia sepeti Afganistan, Pakistan yang hidup dalam kekacauan.
Malaysia sebagai negara Islam contoh, kewujudannya tentu akan menyusahkan Amerika dan Israel kerana peranan yang dimainkan amat besar diperingkat antarabangsa khasnya ketika zaman Tun Dr Mahathir yang lantang menentang Amerika dan sekutunya. Dan Anwarlah sebagai alat untuk menghancurkan negara Islam contoh ini.
Sesuatu juga yang menarik untuk dilihat dan difikirkan.. kenapa ramai ahli parti GERAKAN yang keluar hanya masuk ke dalam parti PKR bukan DAP....
PKR akan menjadi parti GERAKAN 2 yang akan datang, yang akan memimpin parti tersebut nescaya dari majoriti kaum Cina. Mungkin ini juga sebahagian taktik, untuk kaum Cina menguasai PKR dan seterunya melebarkan pengaruh kaum Cina di dalam PKR ini.
Namun akhirnya yang rugi adalah kaum Melayu. Melayu tidak mampu untuk berpecah lagi. Perpecahan ini perlu ditangani segera sebelum menjadi parah dan seterusnya Melayu akan dijajah kembali.
ANWAR ADALAH ALAT DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU, ANWAR ADALAH PENGKHIANAT
Anwar adalah alat kepada kerajaan 'setan mata satu dunia' Anwar sanggup lakukan apa saja, suruh pijak quran pun dia mungkin sanggup depan kerajaan setan lah. tetapi depan penyokong tak sanggup buat. Angkat sumpah jadi ahli parlimen berani, Kita tunggu dia bersumpah di mahkamah Syariah sajalah.
BalasPadam