Halaman

Isnin, November 24, 2008

Dunia akui tersilap tidak ikut Malaysia

Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”

Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”

Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.

“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.

“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.

Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.

“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.

“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.

Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.

“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.

Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”

Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan. Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”

Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna. “Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.

Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia. “Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.

Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas.

kata aspirasi : Dunia kini telah mengakui kesilapan mereka 10 tahun lalu kerana tidak mengikuti langkah Malaysia untuk merombak struktur ekonomi Dunia... tapi terdapat seorang rakyat kita pada zaman tersebut yang terlalu mengangungkan IMF dan pengikut setia IMF. Pada hari ini yang kini menjawat jawatan ketua pembangkang Malaysia.. agaknya kalau beliau jadi PM pada masa tersebut nescaya ekonomi negara pasti lingkup sekarang ini... tapi ramai rakyat kita tertipu dengan tokoh ini.... Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim al-penipu

5 ulasan:

  1. Politik wang atau lebih afdal dipanggil "Rasuah" adalah "darah daging puak-puak UMNO". Lucu benar jika ada pemimpin UMNO yang mendabik dada kononnya ingin berbicara soal benteras rasuah. Bagaimana harus mereka lakukan jika mereka menang pilihanraya itu pun kerana "jutaan wang rasuah" yang ditabur kepada rakyat yang tidak berdosa. Maka pemimpin UMNO akan menanggung dosa mereka di akhirat nanti. Gara-gara mahu berkuasa "wang berguni" dipunggah ke sana sini untuk membeli undi. Justeru itulah ia terbawa-bawa dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Rasuah berselerak bagai cendawan tumbuh disana sini. Kami mendapat maklumat seorang Ketua Bahagian berbelanja hingga jutaan ringgit untuk membeli perwakilan. Di UMNO Bahagian Jerantut, Pahang khabarnya perwakilan disogok sehingga RM5,000 seorang. Calon Ketua Pemuda Bahagian itu iaitu Wan Amizan menyogok RM2,000 seorang! Bayangkan berapa banyak wang yang dibelanjakan?. Begitu juga di tempat-tempat lain di seluruh Pahang ini. Kami mempunyai "kroni dalam UMNO" yang akan mendedahkan satu persatu penyelewengan ini. Sebab mereka pun "sekali" terjerumus dengan rasuah tersebut. Cukup dasyat "rasuah" yang berlaku dalam UMNO ini, ia sebagai petanda yang parti karat itu sudah berada di penghujung hayatnya. UMNO, Perompak Wang Rakyat Dan Perasuah Negara !].Begitulah juga nasib yang menimpa sistem ekonomi Kapitalis yang sedang diambang keruntuhan ini. Ini disebabkan ia meletakan pemilikan umum seperti petroleum, gas dan sumber tenaga, industri berat malahan industri ketenteraan kepada individu dan syarikat-syarikat, sementara negara menjauhkan diri untuk campur tangan di dalam pasaran, menghalang dirinya dari memiliki sesuatu yang sepatutnya menjadi hak milik negara. Semuanya adalah atas nama pasaran bebas, laissez-faire, berkecuali dan globalisasi. Kesannya dapat kita lihat sekarang yang sudah tidak dapat dielakkan lagi, berulangnya kemelesetan ekonomi, kejatuhan mendadak pasaran kewangan dan juga kejatuhan syarikat-syarikat korporat satu demi satu.

    Setelah kegagalan Ideologi Komunis dan sekarang Ideologi Kapitalis pula sedang mengikuti langkah kehancuran yang sama. Sebagai Muslim, kita hendaklah yakin dan tidak ragu sedikit pun bahawa hanya sistem Islamlah satu-satunya yang mampu mengubati dan menghindari dari berlakunya krisis ekonomi. Ini kerana sistem ekonomi Islam mengharamkan faktor-faktor yang boleh mengundang berlakunya krisis ekonomi.

    Islam menetapkan hanya emas dan perak sahajalah sebagai sandaran kewangan. Sebarang bentuk mata wang yang dikeluarkan mestilah disandarkan kepada emas dan perak dan boleh ditukar di atas permintaan. Mata wang kertas sesebuah negara tidak boleh diikat dengan mata wang sebuah negara yang lain. Setiap mata wang negara mestilah tidak bergantung kepada mata wang lain dan ia perlu memiliki nilai yang tetap, tidak boleh ubah dan nilai intrinsik.

    Islam juga mengharamkan riba dalam apa bentuk sekalipun dan menganjurkan pinjaman kepada orang yang memerlukan tanpa riba atas jumlah asal (prinsipal). Islam menjadikan perbendaharaan negara, Baitul Mal, kekal sebagai satu struktur pemerintahan yang tersendiri untuk memberikan pinjaman tanpa riba kepada siapa sahaja yang memerlukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan.

    Islam juga mengharamkan proses jualan barang sebelum pembeli memperolehinya, yang bermakna Islam mengharamkan transaksi barang yang tidak dimiliki. Islam juga mengharamkan transaksi dalam instrumen kewangan, pasaran hadapan dan saham yang dihasilkan dari kontrak yang tidak sah dan juga yang bersifat jual-beli spekulatif. Sebaliknya semua perkara tersebut dibenarkan dalam ekonomi Kapitalis.

    Islam juga mengharamkan mana-mana individu, syarikat dan badan korporat dari diberi hak milik harta-harta yang datang dari pemilikan umum seperti petroleum, mineral, sumber tenaga, tenaga elektrik dan sebagainya. Sebaliknya Islam mengamanahkan negara agar mengurusinya menurut hukum syarak. Ini bermakna sistem ekonomi Islam telah mengenal pasti dan mengubati semua masalah ekonomi dan krisis yang disebabkan oleh sifat tamak manusia. Inilah sistem yang diperintahkan oleh Pencipta alam semesta, Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya. FirmanNya,

    “Apakah Allah yang Menciptakan itu tidak mengetahui? Walhal Dia Maha Halus Maha Mengetahui” [TMQ al-Mulk (67):14].

    Khatimah

    Wahai kaum Muslimin! Allah SWT telah mengurniakan kalian kemuliaan dengan deenul Islam yang diturunkanNya melalui Rasulullah SAW dan Dia juga telah memberi amaran kepada kalian melalui wahyuNya. Hanya kerana Islamlah kalian dikeluarkan untuk menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia. Kemuliaan dan kesejahteraan kalian bergantung kepada pelaksanaan deenul Islam sebagai cara hidup. Dan kesejahteraan ini bukanlah untuk kalian sahaja, tetapi untuk seluruh manusia, setelah manusia menanggung dan terus menanggung kekejaman di bawah kejahatan sistem buatan manusia. Tambahan lagi, penerapan cara hidup terbaik ini tidak akan mampu direalisasikan selagi Al-Quran diketepikan, dan selagi tidak ada sebuah Negara yang akan menerapkan segala ajarannya dan membawa risalah ini ke seluruh dunia - iaitu melalui Negara Khilafah ala minhaj nubuwwah - yang akan membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan.

    Ingatlah wahai saudaraku! Dalam keadaan kalian diselubungi kemewahan mahupun penderitaan, Allah SWT tidak akan menghantar para malaikat untuk menubuhkan Negara Khilafah, sebaliknya ia (penubuhan Khilafah) merupakan kewajipan yang wajib diusahakan oleh kalian, sebagaimana ia kewajipan yang telah diusahakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang telah menubuhkan Negara Islam Madinah. Justeru, sediakanlah diri kalian dan bangkitlah menggembleng tenaga bersama Hizbut Tahrir dan berilah sokongan kalian. Carilah limpah kurnia Allah untuk bersama dengan sebuah parti yang berusaha untuk mewujudkan rahmat Allah ke seluruh alam. Moga-moga dengan sokongan kalian, janji Allah SWT untuk memberi kemenangan dan kekuasaan serta khabar gembira yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW bahawa Khilafah akan kembali semula akan dapat direalisasikan, Insya Allah. Wahai kaum Muslimin! Kalian adalah pembawa cahaya kepada alam dan kalian adalah orang yang selayaknya memimpin dunia, dengan Islam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudara kifli kerana menjadi pelawat setia blog ini... walau anda membenci UMNO tetapi UMNO masih berada dalam hati saudara...

    sebab itu tuan suka sebut dan guna nama UMNO. Mungkin tuan pun sayangkan UMNO. Sebagaimana tuan kata mengenai politik wang atau salah laku yang lain, akhirnya pemimpin yang terlibat dengan gejala yang buruk pasti akan jatuh. tapi bukan bermakna UMNO akan jatuh... UMNO masih relevan dan menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan Islam kerana tertubuhnya UMNO atas niat yang ikhlas dan asas perjuangan yang murni. Tetapi pemimpin yang berkepentingan akan jatuh... dan inilah yang berlaku dalam sejarah UMNO.

    Sejarah telah menunjukkan perjalananan parti UMNO turun dan naik dan begitu juga parti pembangkang. Tapi Alhamdulillah dengan kuasa Allah serta takdir dan kehendaknya UMNO masih kekal hingga ke hari ini walaupun telah berlaku macam-macam peristiwa.

    Alhamdulillah Allah juga memberi peringatan kepada UMNO melalui Pilihanraya yang lalu untuk memperbaiki kekurangan. Dan kini semua dalam UMNO sedang berusaha kearah itu... Tuhan masih sayangkan UMNO, jika tidak UMNO pasti kalah. Tetapi UMNO masih terbukti pada pilihanraya lalu menjadi wadah utama kaum Melayu jika hendak dibandingkan keputusan mengikut setiap parti..

    Manakala mengenai sistem kewangan Dunia, sistem wang kapitalis bukanlah sistem wang yang terbaik... sebab itu negara kita sebagai sebuah negara Islam telah menginstitusikan kewangan Islam sehingga menjadi contoh sistem kewangan dunia. Pemimpin UMNO telah berjaya mempelopori sistem kewangan Islam ini sehingga ke pringkat antarabangsa dan menjadi rujukan dunia.

    Sebab itu negara kita ada mencadangkan pada zaman tun mahathir untuk menggunakan Dinar Emas bagi tujuan perdagangan peringkat antarabangsa....

    Akhir sekali... negara kita telah mengasaskan sistem kewangan Islam, seperti perbankan Islam pelaburan Islam dan sebagainya. Cuma biasalah pencacai pembangkang, apa yang UMNO buat jika betul sekali pun pasti tidak betul di mata mereka. UMNO tidak perlu risau jika ada golongan seperti en kifli yang sentiasa cuba mamadam kebenaran dan usaha yang telah dibawa oleh UMNO. Namun yang penting bukan mereka yang menilai, tetapi Allah yang menilai... Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dari apa--apa yang tersembunyi..

    BalasPadam
  3. KUALA LUMPUR: Tengah hari ini Komposit Index Kuala Lumpur jatuh 9.18 mata atau 1.06%.

    Ini ketika Najib sedang memberi nasihat kepada pemimpin dunia di Peru tentang cara untuk menyelamatkan ekonomi dunia.

    CADANGAN PELARASAN MALAYSIA DI TERIMA: NAJIB

    PEMIMPIN Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bersetuju dengan cadangan Malaysia supaya menyelaraskan pakej rangsangan fiskal negara anggota bagi meningkatkan perbelanjaan dalam usaha mengeluarkan ekonomi global daripada krisis kewangan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ekonomi Asia Pasifik perlu meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada pengguna untuk merangsang perdagangan serta pelaburan.

    kah kah kah… kah kah kah….CUKUPLAAA JANGAN TIPU MELAYU… HENTIKANLAAA PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU… kah kah kah
    kita dilahirkan oleh ALLAH untuk tegur menegur, betul membetulkan mana yang salah,saya rakyat marhaen wajib menegur sesuatu pemerintahan jika ada nampak kegelongan bukan sekadar mengangguk dan mengiakan saja segala kefasadan yang berlaku.

    BalasPadam
  4. Terpulanglah kepada tuan... apa yang tuan sangkakan..... saya dan ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak rasa tertipu... malah kami lebih tertipu dengan propganda DAP, PAS dan PKR yang sentiasa membohong rakyat pada setiap masa... khasnya dari harakah dan buletin reformasi.. semuanya adalah pembohongan semata-mata.

    Sentiasa membawa fakta yang tidak betul dan bertindak atas emosi dan penipuan semata-mata. Apa yan dicakap lain dan apa yang dibuat lain semata-mata untuk meraih undi. Khasnya PAS sentiasa berbohong dan mempermainkan hukum Allah.

    PKR menipu bangsa Melayu dan Umat Islam.

    Dan DAP yang akan menjadikan negara ini negara sekular....

    Semua parti Pakatan rakyat semua tidak boleh diharap belaka. Pakatan hanya perkahwinan mut'ah habis seronok semua akan berpisah...
    ha... ha... ha....

    Dan sedikit peringatan dari Al-Quran "Taatilah Allah dan Rasul serta UlulAmri/ pemerintah dari kalangan kamu"

    BalasPadam
  5. saya sudah add dalam list blog saudara.

    tq

    BalasPadam