Halaman

Rabu, Disember 24, 2008

PAS gagal pertahan Hudud dalam Pakatan Rakyat

Nampaknya media pembangkang dan lidah utama mereka Harakah Daily senyap dan berdiam diri sahaja mengenai hukum Hudud yang pernah satu ketika dulu pernah menjadi senjata mereka berdepan dengan UMNO...

Nampaknya kali ini senjata makan tuan....

Hudud yang dilaung-laungkan kini terbukti hanya penipuan semata-mata... Hudud tiba-tiba senyap dan berhenti diukir di Media PAS... ada ramai yang mempertahankan Husam dan ramai juga yang menghentam Husam

Semuanya gara-gara Husam yang terlepas cakap mengenai Hudud semasa program wacana Perdana.... walaupun ada yang berpendapat bahawa soalan tersebut dalah soalan bodoh oleh Khairy Jamaludin... nampaknya yang jawap juga bodoh iaitu saudara Husam...

Penyokong PAS tidak patut salahkan UMNO kerana yang menyanggah kenyataan Hudud PAS adalah DAP... bukannya UMNO... peliknya penyokong PAS tetap salahkan UMNO.... sedangkan DAP yang menentang Hudud PAS... jadi patut PAS kenalah hentam DAP balik yang menentang PAS... teringat ceramah Datuk Ismail Kamus dahulu "ini bukan adil, ni bangang namanya"..

DAP pula secara automatik nampaknya terus bangkit dan menentang hasrat PAS itu sama ada Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng sama sahaja anak-beranak ni... atas alasan Hudud tidak terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu..... Pakatan Rakyat mahukan negara sekular...

Tapi itulah.. nampaknya isu UMNO tolak hudud , UMNO tolak negara Islam, isu UMNO sekular kini tidak boleh diguna lagi...

Nampaknya Hudud PAS semakin kabur dan bakal berkubur... kerana bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan bahkan hendak dimasukkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat pun tidak boleh... Bukan kerana UMNO hendak 'kuburkan' Hudud PAS, tetapi PAS sendiri yang 'kuburkan Hudud.

Penyokong PAS tidak wajar menyalahkan UMNO kerana PAS gagal meletakkan Hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Jadi apakah manifesto PAS di Kuala Terengganu ini... adakah Hudud termasuk dalam manifesto ataupun tidak.....

13 ulasan:

  1. Kepada penyokong-penyokong PAS spt Kifli dan bro, saya merlihatkan penulisan ini untuk difikirkan dan direnungkan bersama. Jangan melalak-lalak membuta tuli tanpa keruan saja. Menulis dan prof-prof tapi apa pun tak ada. Hukum Hududni, hanya UMNO saja yang memberikan mukanya kepada PAS sebab UMNO juga memperjuangkan Islam. Nak harap kawan anda DAP dfan PKR? Phuiiii.
    Jangan mimpi. HUSAM jangan mimpi. Kifli jangan mimpi. Kamu orang menyalak bukit. Kamu orang melepaskan anjing tersepit.
    Berkawanlah dengan kami orang UMNO dan sokonglah UMNO, Insyallah kami akan bantu juga kahirnya melaksanakan 100% hukum hudud.
    Kita kalau tak boleh dengan kekerasan, kita buat dengan lembut. Kepada kita UMNO kita memperjuangan ISLAM dengan menggunkan umpama MENARIK RAMBUT DLM TEPUNG. Tunggulah insyallah kami UMNO yang akan merancang dan melaksanakan hukum Hudud ini dan bukan PAS. PAS mencarut bolehlah.

    BalasPadam
  2. Khairy Jamaluddin pada hari itu, mengeluarkan kenyataan tentang hudud menggambarkan beliau berusaha memecah belahkan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP dengan hukum Allah itu.

    Sebagai orang yang beragama Islam, tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam, bahkan ianya boleh merosakan aqidahnya sebagai muslim.

    Hudud merupakan tuntutan Allah yang wajib dilaksanakan oleh semua orang islam yang berkuasa. Di negeri-negeri dalam Malaysia, perlaksanaan hudud “tidak dapat tidak” perlu kepada keizinan dari pihak kerajaan pusat. Ekoran itulah, Kelantan tidak berjaya melaksanakan hudud, ianya berpunca kekurangan syarat yang wajib dipenuhi, yang mana ianya tidak mendapat izin dari pihak kerajaan pusat yang memerintah. (antara syarat perlaksanaan hudud : As-Sultah)

    Kewajipan melaksanakan hudud, sama dengan kewajipan menunaikan solat bagi setiap individu muslim. Kalau solat dipermain-mainkan boleh menyebabkan murtad, maka keadaan yang sama juga akan berlaku kepada mereka yang bermain-main dengan hudud.

    Dalam hal ini, sebagai orang Islam, Khairi tidak seharusnya menjadikan hudud sebagai alat untuk merosakan kesatuan Pakatan Rakyat, tetapi hendaklah bersama-sama berusaha memahamkan non Muslim tentang kehebatan dan keadilan yang wujud dalam hukum hudud.

    Jika ianya dijadikan sebagai alat memecah belahkan Pakatan Rakyat, tindakan itu menggambarkan bahawa dia mendustai ayat-ayat Allah, lalu bertakabbur dengannya. Tindakan sebegini sama sahaja dengan tindakan yang telah dilakukan oleh orang-orang yahudi pada zaman nabi SAW.

    Lihatlah bagaimana kisah pemalingan kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah yang telah dijadikan isu oleh orang-orang yahudi, yang kemudiannya disokong oleh orang-orang munafiq pada Zaman baginda Nabi SAW.

    Keadaan yang sama berlaku kepada Khairy yang menjadikan hudud sebagai isu, bukan satu kewajipan yang wajib dilaksanakan. Menyokong tindakan Khairi, maka mereka mendapat status yang sama didepan Allah SWT di akhirat nanti.

    Dari artikle ini, pesanan yang ingin diberikan adalah firman Allah yang berbunyi;

    وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

    Maksudnya;
    “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

    (Surah Al-‘Araf : 36)

    Juga firman Allah:

    إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

    Maksudnya;
    “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”

    (Surah Al-‘Araf : 40)

    Apa yang ingin diingatkan, dalam surah Al-‘Araf ayat 40, Allah menjelaskan bahawa “sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit” .

    Mufassirun berbeza-beza tafsiran dalam menafsirkan tentang maksud “tidak dibuka pintu langit untuk mereka”.

    Ada ulama sebut, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. Ada ulama lain kata, amalannya akan tertolak. Dan yang paling menggerunkan adalah, ada ulama menafsirkan maksudnya bahawa apabila dia mati, rohnya tidak akan diterima oleh langit. (sila lihat ulasan ini dalam kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhr Ar-Razi)

    Dengan demikian, apabila dia mati, tidak mustahil dia akan menjadi “hantu kubur”. Itupun, jika tidak tdak bertaubat kepada Allah. Dengan demikian, Kalau mahu jadi hantu kubur, rajin-rajinlah bermain-main dengan hukum Allah...

    sekian

    Wallahu ‘Alam

    BalasPadam
  3. bagi aku Husam dah lakukan yg betulll..

    bertegas dengan khairi yg HUDUD akan dilaksanakan..

    Dan betul.. HUDUD bukan polisi pakatan rakyat dan belom dibincangkan (BUAT MASA INI).. Bukan tak akan buat..

    Dan betul Hudud memerlukan masa untuk perlaksanaan... kita perlu memberi ilmu/kesedaran kepada rakyat (muslim dan non muslim).. Tidak perlu terus melaksanakn hudud bila memerintah...

    Kita tahu PAS sangat konsisten dalam memartabakan ISlam di Malaysia.... Jangan diragui.. SUDAH lebih 50 tahun

    Bacalah keterangan TG NIk AZIZ dan Husam betul2...

    Kita perlu memberi pengajaran atau diskusi dengan mereka yang tak memahami ISlam.. cth DAP.

    Kalo nak dibandingkan.. Apa yg BN buat untuk nak melaksakan HUDUD di Malaysia... TIADA!.. adakah rakyat didedahkan apa itu HUDUD? TIDAK! Ini menyebabkan rakyat non-muslim gelisah dan tak paham.. MALAH ORG ISLAM SENDIRI PUN X YAKIN DENGAN UNDANG2 ALLAH INI...

    kepada sapa2 yg suka menghentam tu... dalamilah dulu ilmu agama ini..
    permasaalahan nak laksanakan hudud ni timbul kerana SALAH FAHAM ATAU BUAT2TAK FAHAM.

    SALAH FAHAM
    orang asing,(ugama lain)tak faham dan tak di fahamkan sebenar2 nya apa itu hukum hudud,ada kalangan mereka cuma tau hudud tu potong tangan, pihak yang konon memperjuangkan hak asasi pula kata kalau dah potong tangan tu,(mangsa??)sudah hilang keupayaan untuk menyara hidup.tapi bagaimana pula yang betul jadi mangsa keganasan yang terjatuhnya hukum itu?

    siapakah yang selayaknya untuk memberi kefahaman pada mereka?????pihak pas ajeke?atau pemerintah yang ada.

    BUAT2 TAK FAHAM.
    golongan ini tau apa itu hudud,kononya yakin hukum tuhan,namun demi keselamatan perut, periuk nasi mereka,(bukan sekadar anak beranak,sampai cicit piuk pun tak habis), mereka semua buat2 hukum ni amatlah payah nak dilaksanakan.mereka tak buta,mereka tau sejarah kerajaan islam terdahulu,namun kesombongan mengatasi semuanya.

    BalasPadam
  4. Kenapa Dato' Najib nak marah-marah pasal kenyataan Husam Musa pasal Hudud. kenapa yang Timbalan Presiden UMNO itu hendak terasa. Orang kata kalau takda angin masakan pokok bergoyang.

    Hakikatnya, sejak dari merdeka UMNO lah penghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia. Sejak dari meredka lagi, UMNO melekeh-lekehkan Undang-Undang shariah dan membuat seribu satu alasan serta tindakan menghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia.

    Saya nak tanya, sekiranya UMNO bersetuju melaksanakan undang-undang shariah di Malaysia, siapakah yang boleh menghalang?

    Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah mereka yang membenarkan perlaksanaan Hukum Jenayah Syariah di Kelantan. Apa yang diperlukan hanyalah kelulusan di Parlimen sahaja bagi mengizinkan perlaksanaan tersebut.

    Saya sudah lupa mekanisme yang sebenar tetapi apa yang saya ingat hanya diperlukan pindaan kepada Undang Undang Jenayah sahaja di Pusat bagi mengizinkan perlaksanaan Shariah di Kelantan secara total. Ia hanya memerlukan majoriti mudah di Parlimen, bermaksud ia memerlukan sokongan Ahli2 Parlimen dari UMNO.

    Soalnya sekarang, adakah ahli2 Parlimen UMNO sanggup menyokong pindaan ini di Parlimen. Jawab Dato Najib jawab.

    Tak payahlah nak cabar mencabar. Perkara ini telahpun dinyatakan kepada kepimpinan UMNO sebelum ini dengan jelas dan terang. Malangnya, kepimpinan UMNO tidak mahu memberi apa-apa kerjasama yang bermakna.

    Menitis air mata saya apabila saya mengikatkan kata-kata Tok Guru Nik Aziz sewaktu berjumpa Dr. Mahathir semasa Enakmen Syariah Kelantan diluluskan satu masa dahulu. Beliau berkata bahawa tugas perlaksaan hukum syariah ini bukan isu politik. Ini adalah kewajiban setiap orang Islam terhadap Pencipta. Tok Guru tidak mahu mempolitikan isu ini sama sekali dan mahu bekerjasama dengan UMNO dalam perlaksanaan hukum ini.

    Apabila dituduh Enakmen tersebut adalah "hudud PAS", pantas Tok Guru menjawab bahawa PAS mengalu-alukan hudud UMNO sekiranya mereka tidak gembira dengan enakmen yang diluluskan di Kelantan pada masa itu.

    Soalnya sekarang, apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan perlaksaaan hukum jenayah syariah Islam di Malaysia?

    Sekiranya UMNO Setuju, Tiada Halangan Walau Sedikit Pun Bagi Perlaksanaan Hukum Tersebut

    Sila jawab wahai ahli2 UMNO sekelian. Sekiranya pimpinan UMNO setuju berganding bahu dengan PAS membenarkan perlaksanaan hukum jenayah syariah Islam, siapa di dalam Malaysia yang mampu menghalang?

    Jawab wahai Dato Najib, Hisamuddin Tun Hussien, Khairy Jamaluddin, Isa Samad, Mohd Mohd Taib, Dr Mahathir Mohammad Iskandar Kutty dsbnya. Jawab jangan tak jawab.

    Saya juga nak ingatkan semua ahli UMNO bahawa ANDA BERTANGGUNGJAWAB di atas ke tidak perlaksaaan hukum jenayah Islam di Malaysia ini. Anda SEMUA MEMPUNYAI SAHAM dan ANDA SEMUA KENA MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK.

    Saya tahu pada satu masa dahulu, Zainal Abidin Sakom telah disergah oleh Ketua2 Biro Agama UMNO seluruh Selangor tentang bilakah hendak dilaksanakan hukuman Syariah Islam di Malaysia? Forum tersebut bertujuan untuk menyerang Enakmen Syariah PAS di Terengganu telah bertukar menjadi majlis mencabar UMNO Selangor tentang bilakah perlaksanaan hukum ini akan berlaku. Saya mendapat tahu, Zainal Abidin Sakom terpaksa meninggalkan majlis lama sebelum majlis tamat. Kesian sungguh Zainal Sakom dan syabas Ketua2 Biro Agama UMNO yang hadzir pada masa itu.

    Bagi saya, hukum Jenayah Syariah bukan isu politik. Ia tanggungjawab semua umat Islam dan kita mesti berganding bahu melaksanakannya bersama.

    Amin

    BalasPadam
  5. PAS yang politikkan Hudud...

    PAS sekarang yang gagal pertahankan hudud didalam Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  6. Tahniah terlebih dahulu diucapkan kepada YB Husam Musa kerana tetap berpegang kepada prinsip PAS untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat atau PAS memerintah negara ini. Di dalam wacana politik di antara YB Husam dan YB Khairi, Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah diadakan di Kelantan baru-baru ini memperjelaskan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya tidak mahu kepada hudud. Bukan masalah DAP, MCA atau MIC, bahkan juga bukan masalah Non-Muslim yang tidak menyokong hudud ini, masalahnya Parti UMNO yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam turut menolak hukum Allah ini.

    Media perdana menjadikan isu hudud ini sebagai senjata untuk menyerang PAS terutamanya. Dalil yang diambil oleh UMNO bagi menghalang cita-cita PAS bagi melaksanakan hukum hudud ini adalah dipetik dari kenyataan pemimpin dari DAP. Baru-baru ini juga MIC turut menolak hukum tersebut. Mengapa penolakan tentang hukum hudud ini oleh pemimpin-pemimpin yang terdiri dari Non-Muslim yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul ini diambil oleh UMNO serta diperbesarkan di dalam media ? Tidak lain tidak bukan, UMNO juga mempunyai hati dan perasaan sama seperti pemimpin-pemimpin tersebut walaupun pemimpin UMNO mengaku berugama Islam dan beriman dengan Al-Quran. Mengapa tidak diambil dalil untuk menolak hudud ini dari Ulamak-Ulamak Kerajaan, Mufti-Mufti atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang perundangan Islam ? Mengapa mesti pemimpin DAP, MCA atau MIC ?

    Saya merasakan kenyataan YB Husam adalah lojik, praktikal dan bijaksana apabila menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud akan ditangguhkan sehingga teman-teman dari Pakatan Rakyat benar-benar memahami apakah itu hudud. Penangguhan tidak bermakna dibatalkan terus, sepertimana juga Dato' Najib mengumumkan penswastaan IJN ditangguhkan, ia tidak bermakna IJN tidak diswastakan. Ini memberi maksud bahawa Kerajaan tetap mempunyai niat untuk menswastakan IJN, cuma ianya ditangguhkan mungkin atas sebab menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak berapa lama lagi. Begitulah juga apa yang diperkatakan oleh YB Husam. PAS tetap mempunyai niat atau cita-cita untuk melaksanakan hudud, cuma jika Pakatan Rakyat berkuasa perlaksanaannya tidak secara serta merta. Nawaitu yang ada pada PAS itu amat terpuji berbeza dengan UMNO. Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sejak berpuluh tahun, usahkan hendak melaksanakan hukum hudud bahkan UMNO sedikit pun tiada cita-cita atau komitmen ke arah itu.

    Benarkah PAS menggadaikan prinsip kepada DAP seperti yang dihangat diperkatakan oleh media dan pemimpin UMNO ? Apa prinsip PAS yang telah digadaikan ? Bukankah PAS masih komited untuk melaksanakan hukum hudud dan sepanjang masa PAS berusaha ke arah itu ? Sepanjang PAS berdakwah dan berpolitik untuk menegakkan Islam di negara ini, musuh yang terang dan nyata menentang usaha PAS ini bukan DAP, MCA atau MIC tetapi sebaliknya UMNO. Penentangan hukum hudud oleh pemimpin DAP, MCA ataupun MIC amat mudah difahami kerana kita tidak boleh mengharapkan Non-Muslim menyokong usaha kita bagi menegakkan Islam. UMNO tidak pernah ingin bekerjasama dengan PAS untuk merealisasikan hukum Allah tersebut, bahkan cita-cita Kerajaan Negeri Kelantan dan suatu ketika dahulu Terengganu di bawah PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan Qisas dibantah oleh kerajaan UMNO/BN. Kenyataan Najib baru-baru ini yang mengatakan mengapa PAS tidak melaksanakan hudud di negeri-negeri bawah pemerintahannya memperlihatkan Najib bukan seorang pemimpin yang bijak dan amat malang sekali beliau bakal menjadi Perdana Menteri kita. Terdapat sedikit kebijaksanaan kenyataan Dato' Zahid Hamidi yang memberi kenyataan bahawa hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat. Mungkin Dato' Zahid terlupa bahawa sudah berpuluh tahun UMNO/BN menjadi Kerajaan Pusat, tetapi Perlembagaan `Lord Reid' juga dijadikan kitab perundangannya.

    Kenyataan dari pimpinan PKR khususnya berkaitan isu ini adalah bijaksana dan berhemah. Tidak seorang pun pimpinan PKR yang menolak secara total prinsip dan cita-cita PAS tersebut, sebaliknya mereka mahukan perbincangan lanjut terus diadakan oleh PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Kenyataan MB Selangor yang menyerahkan kepada pimpinan PAS untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan hudud ini kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain haruslah dipuji. Terlalu jauh bezanya dengan UMNO dalam aspek pendekatan untuk mendaulatkan Islam di negara ini. UMNO langsung tidak bersuara samada di dalam kerajaan dan parti mereka sendiri berkaitan hukum ini, melainkan hanya bersuara dalam soal ini senada dengan suara-suara mereka yang bukan berugama Islam. Amat malang sekali, umat Islam yang paling seronok apabila ada yang menentang hukum hudud ini adalah terdiri dari umat Islam yang menjadi pemimpin UMNO. Mereka begitu sensitif apabila melihat kepala babi digantung, tetapi sedikit pun tidak sensitif apabila hukum hudud diperlekehkan.

    BalasPadam
  7. Walaupun kita amat marah jika orang kafir menghina hukum-hukum Allah, tetapi ini adalah sifat semula jadi mereka sebagai musuh Allah. Tetapi jika orang yang diberi pengiktirafan sebagai ulama menghina hukum Allah, maka hal ini sudah tentu akan membuak-buakkan lagi perasaan amarah semua orang, kecuali para pengikut setia sekular yang memang bencikan hukum Allah. Sebagai seorang yang beriman, kita sekali-kali tidak boleh berdiam diri, walaupun sedikit sahaja hukum Allah itu dipermainkan oleh sesiapa sahaja. Wahai para pembaca yang ikhlas! Perhatikanlah akan hal ini dan perhatikanlah apa yang diucapkan oleh salah seorang tokoh agama ini:-

    “Orang tu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. Takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, (lepas tu) mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia, bagi kerja kat dia? Kita bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan, maka dia tak mencuri la, macam tu lah...” [Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g)]. Kata-kata ini cukup jelas menggambarkan bagaimana Dr. Mashitah telah menghina hukum Allah dengan mempersoalkan hukum potong tangan bagi pencuri (sariqah) secara terang-terangan.
    Sebenarnya, petikan kata-kata Dr Mashitah yang mempertikaikan dengan jelas hukum yang qat’ie ini hanyalah satu dari banyak lontaran dan tuduhan negatif ke atas hukum-hakam Islam khususnya hudud. Antara kata-kata sinis seperti ini pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan: “Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”. Tidak sekadar itu sahaja, malah kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukuman hudud turut dilempar dengan kata-kata seperti: "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Dato’ Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992).

    Dahulu, media Barat pernah menuduh hukum Islam sebagai ‘barbaric’ apabila seorang wanita di Nigeria dikenakan hukuman rejam sampai mati di atas kesalahan zina. Seperti yang telah dinyatakan, jika yang menghina Islam itu adalah Barat, ini bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi jika yang menghina itu adalah dari kalangan umat Islam sendiri, maka ini merupakan bukti betapa pemikiran kufur Barat telah mendominasi pemikiran umat Islam. Di antara pemikiran Barat yang didewa-dewakan oleh sebahagian dari kaum Muslimin sehingga membinasakan mereka sendiri adalah:-

    (i) Kebebasan Bersuara: Kebebasan bersuara (freedom of speech) yang terbit dari idea Hak Asasi Manusia (HAM) adalah antara intipati ajaran sekular-demokrasi. Idea yang dipelopori oleh ahli falsafah tersohor Perancis pada abad ke 18 iaitu Voltaire ini bukan sahaja dianuti oleh orang kafir, malah umat Islam sendiri turut mengagungkannya sehingga meyakini bahawa seseorang Muslim itu bebas berkata apa sahaja hatta walaupun perkara yang diperkatakan itu jelas-jelas bertentangan dengan Islam. Mereka bersuara atas dasar adanya ‘kebebasan’ ini, bukannya bersuara atas dasar mematuhi perintah dan larangan Allah dan untuk mendapat redhaNya.

    (ii) Menjadikan ‘realiti’ sebagai piawai: Sebahagian umat Islam meletakkan realiti (waqi’) sebagai tolok-ukur atau piawaian (miqyas) dalam menentukan sama ada sesuatu hukum itu boleh dilaksanakan atau tidak. Contoh paling ketara adalah isu poligami. Kewujudan individu yang terlibat dalam salah laku rumah tangga seperti pengabaian tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak telah dijadikan penyebab ‘hukum’ ini mesti dihapuskan, sedangkan salah laku seumpama ini tetap terjadi di kalangan mereka yang mengamalkan monogami. Mereka turut meyakini bahawa hukum berubah mengikut zaman, justeru ia wajar dipinda sesuai dengan keperluan semasa. Mereka ini jahil bahawa yang berubah adalah realiti, bukannya hukum, dan realitilah yang perlu mengikut hukum, bukan sebaliknya.

    (iii) Akal diletakkan di atas (lebih tinggi dari) hukum syarak: Kita mendapati tidak sedikit dari kalangan umat Islam sendiri yang meletakkan akal di atas hukum syarak. Mereka menggunakan logik akal untuk tidak menerapkan hukum Allah. Contohnya ucapan Tun Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah, “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”. Di sini akal mengatakan bahawa kewujudan masyarakat majmuk adalah penghalang kepada pelaksanaan hudud, sedangkan sewaktu Junjungan Besar Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan Negara Islam pertama di Madinah dan seterusnya di dalam Daulah Islam yang gah berdiri lebih dari 1300 tahun, hukuman hudud tetap berjalan sungguhpun Daulah Islam didiami oleh masyarakat majmuk. Tidak pula mereka menggunakan akal untuk memahami hal ini!

    (iv) Meletakkan Islam sebagai masalah, bukan penyelesaian: Gejala negatif dan salah laku membabitkan individu tertentu dan kelompok masyarakat dari kalangan umat Islam sering kali menjadikan umat Islam terkeliru. Islam diukur dari kaca mata ‘penganut/pengamalnya’, bukan dari ‘agama Islam’ itu sendiri. Contohnya, apabila ‘pengamal poligami’ gagal memenuhi tuntutan dan tanggungjawab, bukan ‘pesalah’ yang dihukum sebaliknya ‘hukum poligami’ yang dipersalahkan. Poligami dianggap sebagai satu masalah dan penyumbang kepada penderitaan yang dialami kaum hawa. Walhal setiap hukum Islam itu adalah penyelesai kepada setiap masalah. Jadi, sebagai salah satu dari hukum Islam, poligami juga sebenarnya adalah penyelesai atau jalan keluar kepada masalah. Dari sudut inilah hukum Islam itu sepatutnya dipandang, bukannya dari kaca mata Barat yang sememangnya sentiasa mencari jalan menyerang pemikiran Islam. Contoh lain, mereka yang memandang Islam sebagai masalah adalah seperti ungkapan “Kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka macam mana mereka hendak bekerja untuk menyara keluarganya nanti?. Kan lebih baik diberi mereka kerja dari potong tangan mereka?”

    Hukum pencurian (sariqah) dalam Islam

    Hukum mencuri di dalam Islam adalah termasuk di dalam hukum yang ma’lum minaddin bi dharurah. Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanan. Dalilnya adalah firman Allah, “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ Al-Maidah (5):38] ‘Curi’ yang ditakrifkan dalam ayat di atas secara perundangan Islam adalah pengambilan harta secara sembunyi dari pemiliknya atau wakilnya, dengan syarat mencukupi nisab potong tangan, dan mengeluarkan dari tempat penjagaan atau seumpamanya, dan tidak ada unsur syubahat terhadap harta tersebut [Nizham Al-‘Uqubat, Abd Rahman Maaliki, hal. 60]. Hukum potong tangan tidak akan dijatuhkan kecuali memenuhi 7 syarat utama:-

    Pertama: Menepati definisi mencuri: makna mencuri di sini adalah mengambil harta secara sembunyi-sembunyi dan sorok-sorok. Tidak dikatakan mencuri jika merompak, menggelap wang (pecah amanah), merampas dan meragut. Oleh sebab itu peguam yang menggelapkan wang kliennya tidak termasuk dalam jenayah pencurian yang kena potong tangan. Walaupun mereka ini tidak dikenakan hukuman potong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman takzir, yang mungkin lebih berat dari potong tangan. Kesalahan ini tidak dikategorikan sebagai curi kerana ada hadis dari Jabir bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, orang yang menipu dan perampas” [HR Abu Daud]

    Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab: Cukup nisab adalah syarat minima nilai harta yang dicuri. Jumhur ulama di antaranya Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah sepakat bahawa nisab pencurian itu adalah seperempat dinar atau 3 dirham. Satu dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat). Dalilnya adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Aisyah ra. "Tangan pencuri dipotong untuk seperempat dinar atau lebih.” [HR Bukhari & Muslim]. Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian sekarang adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.

    Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki: Layak (ihtiram) adalah di sisi hukum syarak. Jika seseorang Muslim menyimpan khamar atau khinzir di rumahnya kemudian dicuri, hal ini tidak akan menyebabkan pencuri dihukum potong tangan kerana harta tersebut bukanlah satu pemilikan yang layak untuk orang Islam. Sebaliknya jika dia mencuri harta tersebut dari orang kafir, maka pencuri akan dikenakan potong tangan.

    Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan: Maksudnya barang yang dicuri itu mesti berada di dalam penjagaan, penyimpanan atau pengawasan pemiliknya. Bentuk penjagaan ini terdiri dari dua kategori, iaitu yang pertama, ia dibuat khas untuk menyimpan seperti peti besi untuk perhiasan dan wang, kandang untuk binatang, jelapang untuk padi dan sebagainya yang dimaklumi oleh masyarakat. Yang kedua, memang bukan media penyimpanan khusus namun termasuk cara umum di mana seseorang berada di situ dan orang lain tidak boleh menguasainya kecuali atas izinnya. Contohnya adalah seseorang yang duduk/tidur di masjid dan meletakkan beg di sisinya. Ini termasuk dalam penjagaan. Konsep ‘pengawasan’ terhadap harta ini adalah berbeza antara satu harta dengan harta lain. Ulama fiqih bersepakat mengatakan jika satu pintu stor atau kandang terbuka, atau bahagian dindingnya rosak maka ini akan menghilangkan sifat penjagaan, maka pencuri itu tidak dipotong tangan, namun mereka akan dikenakan hukuman lain. Dari Amru bin Syuaib dari bapanya dan dari datuknya berkata “Aku mendengar seorang lelaki dari Bani Muzainah bertanya kepada Rasulullah tentang sangkar yang ada lubang: Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Pencuri itu kena bayar 2 kali ganda harganya dan dipukul sebagai teladan balasan seksa, namun jika dia mencuri unta atau kambing dalam pengawasan untuk minum air maka tangannya akan dipotong jika harganya menyamai 8 mijan” [HR Abu Daud] Begitu juga dalam hadis lain yang menceritakan perihal orang yang mencuri buah semasa berada ditangkai, maka mereka ditakzir dengan nilai dua kali ganda, tapi jika mereka mencuri dari stor maka mereka akan dipotong tangan jika cukup nisabnya.

    Kelima: Bukan harta syubahat: Dalam harta yang dicuri tidak ada bahagian hak pencuri atau yang membolehkan pencuri itu memakannya. Ini bermakna tidak dikenakan hukuman potong tangan sekiranya siayah mencuri harta anaknya atau sebaliknya kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu” Rasululah juga bersabda “Sebaik-baik orang itu adalah orang yang memakan hasil usahanya sendiri, dan anaknya juga memakan hasil usahanya.” Seorang yang mencuri harta dari Baitul Mal juga tidak dipotong tangan kerana Baitul Mal adalah harta bersama di mana di dalamnya terdapat hak si pencuri sebagai rakyat meskipun kecil bahagiannya. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah bila seseorang ditangkap kerana mencuri khumus (1/5 dari rampasan perang yang dikhaskan kepada Rasulullah). Ibn Abbas menceritakan bahawa kes ini dibawa kepada Rasulullah, tetapi baginda tidak memotong tangannya, sebaliknya bersabda “Harta Allah dicuri di kalangan sendiri” [HR Ibn Majah]. Semasa pemerintahan Umar dan Ali juga terjadi kecurian di Baitul Mal namun mereka tidak memotong tangan, kerana kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) di atas harta itu. Begitu juga kalau salah seorang suami-isteri mencuri harta pasangannya, maka hukum potong tangan tidak dijalankan kerana mereka saling berkongsi di dalam pemilikan harta.

    Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam. Taklif ini terkena kepada semua orang termasuk kafir zimmi. Ini kerana hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut dengan jelas bahawa, “Diangkat pena (dosa) dari 3 pihak, orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia baligh, dan orang yang gila sehingga dia berakal”[HR Muslim]. Ini bermakna taklif hukum terkena kepada orang yang berakal dan baligh. Pencuri kanak-kanak atau orang gila tidak akan dipotong tangan. Adapun kafir zimmi maka tangan mereka dipotong sebagaimana Muslim juga.

    Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil: Pengakuan mencuri dalam sidang penghakiman akan menyebabkan seseorang itu boleh disabit dengan pencurian. Dari Abu Umaiyah Makhzumi menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan potong tangan seorang yang datang mengaku mencuri walaupun benda yang dicurinya tidak ada ditangannya. [HR Ahmad]. Manakala jika kes dibawa dan bayyinah (pembuktian) diperlukan, nisab saksi mata untuk kes pencurian adalah 2 orang lelaki atau 1 lelaki dan 2 wanita berasaskan nas umum saksi dalam surah 2:286.

    Inilah tujuh syarat hukum potong tangan di dalam Islam. Walaupun hukum potong tangan dijalankan, terdapat syarat lain bahawa si pencuri perlu mengembalikan semula harta yang dicurinya kepada pemiliknya Ini berasaskan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Apabila dicuri dari seseorang bekalannya, maka harta itu ditemui pada orang lain (pembeli), maka dia berhak mengambilnya, manakala penjual akan mengembalikan wang harganya kepada pembeli itu” Ini menunjukkan wajib harta yang dicuri dikembalikan kepada tuannya. Jika barangan itu binasa atau hilang maka kewajipan keatasnya membayar harga yang setimpal. Dan apa-apa kerugian yang diakibatkan oleh kecurian itu akan dikira dan pencuri wajib menggantikannya.

    Mematahkan Logika Lapuk Sekularis

    Menurut pemuja sekular, apabila undang-undang yang wujud dianggap dapat menyelesaikan masalah, ia tidak perlu dipinda, jauh sekali untuk dihapuskan. Jika ia gagal, barulah pindaan akan dibuat. Datuk Dr.Yusuf Nor di dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994 pernah mengatakan bahawa "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." Pihak sekularis juga sering mengetengahkan hujah dangkal mereka bahawa jika dipotong tangan pencuri, ini akan menyebabkan kita rugi dari segi ekonomi kerana orang yang kudung tidak dapat bekerja dengan sempurna dan tidak dapat menyara keluarga mereka.

    Sampai bilakah golongan yang mengagung-agungkan undang-undang buatan manusia (man-made laws) ini akan sedar dari pemikiran kufur dan kejahilan yang ada pada mereka? Kami bentangkan di sini sedikit fakta agar terbukalah tempurung pemikiran mereka. Berdasarkan statistik pada tahun 2006, perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengurus banduan adalah sebanyak RM1,274,490 (RM1.27 juta). Berdasarkan jumlah banduan pada ketika itu yang seramai 42,483 ribu orang [Bernama 14/09/06], dari sini kita dapat mengira kos purata untuk setiap banduan iaitu 1,274,490 x 30 / 42,483 = RM900 sebulan seorang. Katakan seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri besi paip bernilai RM300 dan dipenjarakan selama 3 tahun (mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan), maka selama tempoh hukuman di penjara, secara purata, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM32,400 (RM900 x 12 x 3). Jika diukur dengan ‘nilai’, ini adalah tidak memadai kerana kerugian barangan sebanyak RM300 terpaksa ditanggung dengan kerugian wang rakyat sebanyak RM32,400, lebih kurang 100 kali ganda. Manakala jika hukum Allahlah yang dijalankan, tiada langsung wang rakyat yang akan dibazirkan dan yang lebih utama, pemerintah itu akan dikasihi oleh Allah dan juga rakyatnya. Maha Suci Allah! Alangkah jahilnya pemikiran mereka yang menolak hukumMu.

    Para penganut sekular dan juga Dr Mashitah beranggapan bahawa penyelesaian bagi kes mencuri adalah dengan memberi peluang pekerjaan kepada si pencuri dan bukannya menjatuhkan hukuman potong tangan. Logiknya, jika si kudung mencuri lagi, maka akan kudunglah kedua-dua tangannya yang membawa natijah dia tidak akan dapat bekerja untuk menyara keluarga. Yang anehnya, tidakkah mereka ini memikirkan bahawa jika si pencuri masuk penjara, siapakah yang akan memberikan nafkah kepada keluarganya sepanjang dia di penjara? Tidakkah mereka juga terfikir bahawa tempoh penjara yang lama di samping pergaulan dengan ‘rakan sejawat’ yang lebih ‘senior’ dan berpengalaman memburukkan lagi keadaan. Buktinya, terdapat banyak kes di mana sejurus selepas dibebaskan, mereka menjadi pencuri yang semakin ‘expert’ dan profesional. Rompakan dilakukan dalam skala lebih besar dan rangkaian mereka juga yang semakin melebar.


    Apa pun alasannya, sebagai seorang ‘ulama’ dan seorang Islam, Dr Mashitah sepatutnya sedar dan insaf bahawa hukum Allah tidak boleh dipandang dari segi logik. Hukum Allah bukan diterapkan berdasarkan logik atau tidak logik, hukum Allah diterapkan kerana ia adalah wajib! Kewajipan menerapkan hukum potong tangan datangnya dari Al-Quran dan ia lahir dari akidah Islam itu sendiri. Haram bagi umat Islam untuk mempertikaikannya, apatah lagi menukar ganti dengan yang lain. Hanya mereka yang berpemikiran sekular sahaja yang akan sanggup mempertikaikan hukum yang datang dari Zat Yang Maha Kuasa ini.


    Khatimah

    Wahai kaum Muslimin! Sedar dan bangkitlah dari segala kehinaan ini. Sampai bilakah kalian akan berdiam diri dengan apa yang kalian dengar dan saksikan? Jika benar kalian adalah golongan yang membaca Al-Quran, maka sanggupkah kalian hanya berpeluk tubuh mendengar Kalamullah ini dipermainkan? Apakah kalian ingin bersama dengan mereka yang mempersoalkan hukum Allah yang mana kalian nanti akan dipersoalkan oleh Allah kerananya? Atau apakah kalian ingin memilih untuk bersama-sama dengan golongan yang berjuang menegakkan hukum Allah dan kalian akan meraih kemuliaan dengannya? Ya Allah, Engkau adalah Rab yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu. Ya Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia. Ya Allah! Engkau telah kurniakan kepada para sahabat baginda akan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah yang dengannya Engkau telah memuliakan orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Zat Yang Maha Mendengar! Kami memohon kepadaMu agar Engkau memuliakan kami dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya. Amin ya Rabbal ‘alamin.

    BalasPadam
  8. Wahai PAS aku pun dah baca dah kisah-kisah tu di perputakaan semasa aku sekolah menengah lagi dan ianya juga termasuk didalam tek-tek subjek agama di sekolah. Aku juga yakin bahawa semua ahli UMNO pun tahu dan faham kisah-kisah perjalanan hidup Rasullah s.a.w dan Khalifah selepasnya dan mungkin ada yang lebih arif tentang hal-hal ehwal keagamaan dari Husam sendiri.

    Di dalam debat tersebut Husam juga terlepas kata untuk melaksanakan hudud itu setelah diasak dua kali oleh Khairi.

    Tetapi amat mengelikan hati ialah keesokan nya setelah di bidas hebat oleh pemimpin yang berstailan Khalifah yang terlebih membaca al kisah Khalifah Umar, kenapa Anta tercungap-cungap, tanpa malunya mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

    Eheeewahh, sudah ada perjanjian yang ditandatangani tak mahu laksanakan yeee…

    Wahai PAS kau orang tak tahu ke selama ini kerajaan telah melaksanakan Hukum Syariah Islam di Malaysia sebagai contoh muamalatnya, munakahatnya cuma perlaksanaan sebahagian hukum jinayatnya iaitu hukum hududnya yang masih ditangguh.

    Jadi sekarang, tak perlulah lagi nak kata kerajaan menolak perlaksanaan Hukum Hudud ye, kerana kerajaan tak pula pernah menolak. Faham-fahamlah sendiri kau orang sendiri pun dah mengakui kesukarannya.

    BalasPadam
  9. PAS hari ini letih bersilat menepis bidasan dan tentangan dari kawan mau pun lawan ekoran kenyataan Naib Presidennya Hussam musa semasa forum wacana transformasi politik di Kelantan.

    Semasa menjawab soalan bertalu-talu berkaitan Hukum Hudud dari KJ, Husam sepatutnya memberikan jawapan yang lebih defensif bukan offensif, iaitu jawapan yang berlapik, sebagai contoh;

    ‘SEMUA ORANG ISLAM KENALAH FAHAM BAHAWA HUKUM JINAYAT HUDUD DAN QISAS ADALAH HAK ALLAH DAN MENJADI KEWAJIPAN PEMERINTAH NEGARA ISLAM MELAKSANAKANNYA. SEKIRANYA PAS ATAU UMNO BERJAYA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM MAKA WAJIBLAH DILAKSANAKAN.’

    Jadi dengan jawapan yang begitu penulis pasti PAS tidak akan terperangkap sehingga terjerat dan terjerut.

    Ekoran dari kenyataan semasa forum tersebut iaitu PAS AKAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEKIRANYA KERAJAAN PR MEMERINTAH maka Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng@Stailis Khalifah telah membidas dengan berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

    “DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita.

    Bagi menjawab cabaran Mursidur am PAS Tuan Guru Nik Aziz pula, hari ini Karpal Singh mula mengeluarkan beberapa hujahan ala-ala lawyarnya bagi mengigatkan PAS bahawa apa yang hendak dilakukan oleh PAS tidak sejajar dengan Pelembagaan Persekutuan dan perundangan Malaysia.

    Hehehe, itulah kalau orang UMNO bagi tahu kau orang bukan nak mendengar, pekakkan telinga, kata tak islamiklah, hah sekarang bro hampa sendiri yang tarbiah hampa berkaitan undang-undang dan perlembagaan.

    Ahaa, terkini beberapa pemimpin tertinggi MCA dan MIC pun tumpang sekaki pula menambah keperitan kepada PAS. PAS dibidas dengan dashyat sekali. Lebih kurang kata mereka begini, mereka membantah keras cadangan PAS melaksanakan hukum Hudud sekiranya PR memerintah. Menurut Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata PAS sepatut menghormati perasaan rakyat bukan islam didalam negara yang berbilang kaum.

    Mereka berkata bahawa pendirian MCA memang tidak setuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Mereka sentiasa menghormati pelembagaan persekutuan.yang menjamin kebebasan beragama dan sentisa mengihtirafnya sebagai undang-undang tertinggi Negara.

    Mereka juga seolah-olah kehairanan mengapa selepas PRU 12 PAS menawarkankan konsep negara berkebajikan, tiba-tiba kembali kepada konsep dan dasar asal mereka iaitu Negara Islam.

    Itulah PAS kenapa suka-suka aje main tukar-tukar dasar perjuangan, semalam lain, hari ini lain, besok pula lagi berbeza…pheningggg kepala penulis.

    Kepimpinan MIC juga tak mahu ketinggalan, berkata PAS telah mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mereka menentang keras hasrat PAS tersebut.

    Terkini, YB Khairi Jamaluddin pula telah membuat tikaman repeat. Beliau membidas tindakan Husam membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba. Hmm, pada pandangan penulis bererti seolah-olah Husam menarik balik kenyataan yang dah terlepas.

    Aduh-aduh-aduh, YB KJ, Hang Tuah tak pernah menikam musuhnya dua kali, hehehe.

    Jadi kesimpulannya pada pandangan penulis, nampaknya seolah-olah senjata yang ingin digunakan oleh PAS selama ini bagi menikam UMNO telah tertikam diri sendiri.

    Itulah kalau dari dulu lagi kepimpinan PAS boleh berfikir dan mengagak apa yang akan berlaku di masa sekarang tentu tak jadi begini. Pada fikiran penulis tentu mereka akan bersahabat dengan UMNO. Jadi kalau masih nak bersahabat dengan UMNO tentunya masih belum terlambat bukan dan pelan-pelan sama-sama kasi buleh.

    BalasPadam
  10. Seronoknya Umno, bila merasakan dapat melagakan PAS dan DAP dengan isu Hukum Hudud. Persoalannya, siapakah yang sekarang mempolitikkan Hukum Hudud. Khairy yang menimbulkan soalan pun turut bergembira kerana merasakan beliau sangat cekap berpolitik, dapat melemahkan hubungan Pakatan Rakyat.

    Anehnya, cuba rakyat khususnya orang Islam lihat yang seronok sangat PAS bersilat mempertahankan Hudud ini adalah pemimpin-pemimpin Umno. MCA, MIC dan komponen lain dalam BN tak ada apa sangat.


    Umno yang terlalu seronok melihat Hukum Allah ini, bukan kerana Hudud dapat dilaksanakan tetapi dapat digunakan isu ini untuk memerangkap dan melemahkan satu kumpulan yang berusaha ingin melaksanakannya. Allah Maha melihat.

    Prof. Muhammad Agus, moderator bagi rancangan Wacana yang menimbulkan polemik Hudud berkata " Saya boleh memalukan Khairy, kerana menjawab secara kabur apabila saya tanya adakah Umno berhasrat melaksanakan Hudud(lebih kurang begitu lah). Tetapi saya tidak memilih untuk memalukannya,

    Mari kita lihat isu ini sebagai orang yang beriman.

    Semua yang mengucap dua kalimah syahadah mesti patuh kepada perintah Allah. Apa sahaja perintahnya. Bagi Hududullah sudah tentulah ia tidak boleh dilaksanakan secara individu. Ia memerlukan kuasa. Hudud mengandungi segala kebaikan yang tidak tercapai oleh pemikiran manusia. Oleh kerana ia daripada Allah yang Maha bijaksana maka ia adalah baik untuk manusia dan sistem kehidupan.

    Tak perlu lah bahas panjang kebaikan itu. Kita dengar dan kita taat.
    Di Malaysia, PAS berpegang kepada prinsip untuk melaksanakan Islam, kesemuanya sebagi satu cara hidup termasuk Hudud. PAS tidak memilih kaedah perang atau huru hara untuk melaksanakan ketaatan ini. Maka pendekatan sejahtera PAS ambil dengan menyertai pilihanraya dan PAS tahan uji dengan segala karenah pilihanraya ini dan bersabar menunggu bila yang PAS dapat capai hasratnya.

    Bila PAS perintah Kelantan dan sekejap Terengganu, PAS telah menggubal enakmen Jenayah Syariah yang tekandung di dalamnya Hudud. Umno melalui pemerintahan pusatnya mehalang pelaksanaan ini. PAS sekali lagi mengambil pendekatan tak mau ada huru hara, tak mau ada krisis perlembagaan dengan KIV pelaksanaan Enakmen ini. Itu lah tahap kesungguhan PAS dalam melaksanakan perintah Allah.

    Adakah PAS mempolitikkan Hudud? Umno pula tidak pernah menajadikan prinsip ketaatan pada Allah, sebagai dasar perjuangannya. Bila melihat PAS terkial-kial untuk melaksanakan Hukum Allah, Umno ambil kesempatan untuk keuntungan politiknya. Perlu diingat, Umno yang menubuhkan Bank Islam, tetapi kerajaan Kelantan yang memindahkan akaun kerajaan negeri ke dalam Bank Islam untuk memperkukuhkannya. Umno menggunakan institusi itu untuk menjerit bahawa mereka melaksanakan Islam. Siapa yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

    Saya nak tanya Umno, seronokkah kamu melihat PAS terkial-kial nak laksanakan Hudud?. Sukakah kamu, melihat bagaimana banyaknya perintah Allah dalam AlQuran tentang kembali kepada Hukum Allah, kembali kepada Hukum AlQuran, tidak dilaksanakan dalam negara kamu yang pemerintahnya mengaku Islam ini?

    Adakah kamu akan bersorak gegak gumpita jika menang di Kuala Terengganu kerana berjaya menakutkan dan berjaya membangkitkan bantahan orang ramai khusunya bukan Islam kepada perintah Allah ini? Adakah kamu akan berpesta apa bila melihat orang bukan Islam tak sokong PAS kerana Hukum Allah ini?. Apa gunanya kamu mengaku Allah sebagai Tuhan kamu kalau arahan Tuhan ini kamu suka lihat orang terkial-kial nak buat, dan kamu bangga orang menentangnya kerana untungnya kepada kamu dapat mengekalkan kuasa?

    Sepatutnya Umno sedar tentang peri pentingnya pelaksanaan Hudud ini untuk kebaikan negara dan masyarakat. Kalau DAP tentang kerana tak faham, Umno patut bantu PAS menggembeleng tenaga dan wang ringgit supaya orang bukan Islam faham kebaikan hudud dan melihat kebaikan Islam sebagi satu sistem pemerintahan, bukannya seronok tengok PAS bergelut dengan Hudud, dan seronok tengok orang bukan Islam menentangnya."

    BalasPadam
  11. Karpal: Nik Aziz’s move an expediency


    PETALING JAYA: The threat by Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – that PAS would implement hudud laws – is nothing less than a political expediency without considering the political reality in the country, Karpal Singh said.

    The DAP chairman said the PAS spiritual leader also did not take into account the reasons given by DAP for objecting to the implementation of the laws in a multi-racial and multi-lingual country like Malaysia.

    “Nik Aziz has asked for reasons we are objecting to the move. To start off, the Federal Constitution does not provide for an Islamic state from which could follow introduction of Islamic criminal laws like hudud.

    “Next, PAS cannot afford to ignore the five-man unanimous decision of the Supreme Court, the highest court in the land, in 1988 that the country was not an Islamic state, but a secular state,” he said in a statement yesterday.

    He noted that it was Tun Salleh Abbas, who was at one time a PAS state exco member in Terengganu, who headed the five-man panel of the Supreme Court which made that judicial pronouncement.

    “The Federal Constitution is a sacred document which must be accepted and respected by everyone, including PAS. PAS leaders, including Nik Aziz, should not defy and continuously be in contempt of it when insisting on the implementation of hudud laws in the country.

    “It is wrong for PAS, for political expediency, to crave for what is clearly against the national interest,” he added.

    BalasPadam
  12. Dimalaysia ini, rakyatnya berbilang agama. Bukan saja cina dan India yang dianggap dulunya sebagai pendatang, malah Kadazan, Murut, Iban, Dayak, Bidayuh, Dusun dan sebagainya yang beragama kristian. Yang disebut bangsa/kaum yang beragama islam 100% ialah hanya melayu ( kita ). Saya memang setuju hukum hudud dilaksanakan. Sekarang ini telah banyak kerajaan UMNO/BN melaksanakan perundagan syiarah di Malaysia ini dengan sokongan MCA< MIC< GERAKAN< PBS< SAPP< PPP dsbnya. Dan mereka bukannya kaum yang beragama Islam. Dan UMNO mampu membuatnya. Saya yakin suatu masa nanti setelah bukan islam faham secara mendalam, hukum hudud juga akan dilaksanakan.
    Tunggulah. Kita takboleh gelojoh seolah negaranya milik kaum melayu saja.
    PAS sentiasa menemui kegagalan, Buat hukum Hudud di Kelantan gagal, Buat di Trengganu, Gagal. Kerana bukan begitu pendekatannya. Dan paling teruk, Negeri dimana mereka ikut memerintah spt di Perak, Selangor da Pulau Pinang, DEB terhapus dan Kadang babi menjelma. Suara PAS, rakannya pun tak mahu dengar.
    UMNO, MCA dan MIC bekerjasama dalam baik. Buka Bank Islam disokong, Buka Mahkamah Syariah, dosokong, Buka Universiti Islam disokong MCA dan Parti yang ahlinya majoriti bukan Islam.

    BalasPadam
  13. UMNO melaksanakan Islam dengan hikmah dan bukan slogan.. sebab itu banyak pencapaian dan kemajuan mengenai Islam disokong oleh rakan komponen sebagaimana kata bunga raya...

    bukan seperti PAS... bukan nak kata laksana Hudud... tetapi nak usulkan pengharaman arak pun takut.. baru nak usul bukan laksana... itupun bukan dengan BN tetapi dengan 'rakan seperjuangan mereka' Pakatan Rapuh (PR)@ Pakatan Rabun...

    BalasPadam